CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lepas Kes Janna, Muncul Pula Lelaki Ludah Botol Minuman Berwajah Lisa Blackpink

9-3-2021 08:25 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3205| Komen: 11

Description: Belum lapuk isu Janna Nick diserang peminat K-Pop pada Februari, timbul pula isu yang menjadi perbualan ramai di media sosial.
Belum lapuk isu Janna Nick diserang peminat K-Pop pada Februari, timbul pula isu yang menjadi perbualan ramai di media sosial.


Kredit foto: IG/Twitter


Terbaru, tular video seorang lelaki seolah-olah meludah wajah Lisa dari Kumpulan Blackpink yang menjadi penghias botol minuman berjenama popular.

"Tahu air apa ni? Inilah air plastik," ucap lelaki itu yang berdiri di hadapan peti ais dalam sebuah kedai sebelum melakukan perbuatan jijik itu.

Sebelum video berakhir, dia kelihatan meletakkan semula botol minuman itu ke tempat asal di dalam peti sejuk.

Selain TikTok, video itu turut meraih ratusan ribu tontonan selepas ia dikongsi semula ke laman Twitter.



Rata-rata pelayar Twitter turut menyuarakan rasa tidak puas hati atas tindakan lelaki itu yang disifatkan biadab dan pengotor.

Malah kata netizen, mereka marah bukan semata-mata mempertahankan artis K-Pop, namun lelaki itu dilihat sangat pengotor dan boleh memberi kesan terhadap pembeli di kedai tersebut.

Dalam pada itu, semakan mStar mendapati akaun TikTok pelaku sudah 'dikunci' dalam mod private. Lelaki itu memiliki hanya 13 pengikut di akaun TikTok miliknya.

Lisa merupakan ahli kumpulan Blackpink di bawah naungan YG Entertainment. Kumpulan K-Pop paling popular di dunia itu turut dibarisi tiga lagi ahli iaitu Jennie, Rose dan Jisoo.


Sumber: mStar

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 8-3-2021 06:30 PM
lisa blackpig

prfffffffght
Quote CiliPadiSedap 8-3-2021 06:38 PM
habislah tu belum campur vokuru army dan friska wiskes bibik army
Quote makneng 8-3-2021 07:32 PM
Ummah mengidolakan kpoop ni sampai jd untouchable diorg..layan la jpop ke, chipop ke..
Quote gigahertz 8-3-2021 08:21 PM
yang ini ke? rasa biasa je
Quote salmon-suki 9-3-2021 03:07 AM
Lawak betul..retis kpoop tu boleh bwk korg masuk syurga ke kemain lagi duk puja mcm sembah tuhan plak..

Alangkah bagusnya kalau korg pun sembah Allah mcm ni kan,patuh ajaran Nabi n Islam sepertimana korg sembah retis kpoop korg tuh..ni tak,smpai tergadai iman tu,nak peluk,nak sentuh,nak salam retis bukan sama jantina..geli lah! Apa beza korg dgn penyembah patung berhala zaman Nabi Ibrahim?

Meanwhile,psl y meludah tuh,dia letak balik air tu,sila lah tangkap..ni pasal moral and kebersihan..msti dah biasa pegi pasaraya m meludah mcm ni kan,xpun boleh join geng y bukak air, minum n ltk balik kt peti tu.. selamanya stupid!
Quote Kurex 9-3-2021 08:26 AM
Ke sebab kau nak perhatian je?
Quote Tinot7 9-3-2021 08:37 AM
Eewww gross..
Kalau nak buat content pun jgn la melibatkan kedai org, brg jualan onglain.. pembeli yg terbeli botol bekas ludah hang camne?

[youtube]ENeMd5GfGuQ[/youtube]
Quote cikatilia 9-3-2021 10:05 AM
ko dah puih puih ko beli la bukan letak balik dlm fridge
mengong
Quote annehuda 9-3-2021 10:25 AM
bkn sbb kpop pun, yang kecam tu sbb die ludah pastu masukkan balik dalam peti ais. geli kot. kalau die beli pastu die ludah takpela jugak
Quote bakingsoda 9-3-2021 07:26 PM
ko nak ludah lisa plastik tu lantak ler tapi yg gi buat kat botol air tempat public tu asal bodowwww
Quote cikpah27 12-3-2021 02:50 PM
Bodo la.. Nak ludah, beli la… ni dah ludah p simpan balik dalam peti..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.058908 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top