CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

21 Tahun Jadi Pelakon, Pertama Kali Marisa Menang Pelakon Wanita Terbaik

9-3-2021 08:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12517| Komen: 97

Description: Aktres Marisa Yasmin mengharumkan nama negara apabila diangkat Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri) menerusi Pesta Perdana Ke-16 yang berlangsung di Teater Mediacorp, Singapura ...
Aktres Marisa Yasmin mengharumkan nama negara apabila diangkat Pelakon Wanita Terbaik Dalam Watak Pembantu (Drama Bersiri) menerusi Pesta Perdana Ke-16 yang berlangsung di Teater Mediacorp, Singapura pada Jumaat lalu.


Marisa, 44, menggondol trofi berkenaan menerusi drama Poskad Dari Alhambra. Dia juga satu-satunya pelakon tempatan membintangi drama berkenaan.

Biarpun tidak dapat terbang ke Singapura mengambil trofi kemenangannya, Marisa berkata, dia tetap bersyukur, malah tidak menyangka boleh menewaskan empat pelakon lain termasuk Susan Lankester yang turut dicalonkan dalam kategori sama.


Foto: IG

Katanya, dia terus melakukan sujud syukur sebaik mengetahui kemenangan pertama yang disifatkan kenangan paling manis sepanjang kerjayanya sebagai pelakon.


"Alhamdulillah, akhirnya saya menerima pengiktirafan selepas 21 tahun bergelar pelakon. Sejujurnya, saya tidak meletakkan harapan tinggi apabila menembusi pencalonan Top 5. Saya cukup berbesar hati apabila nama disebut pada acara berkenaan.

"Sebelum ini, nama saya pernah dicalonkan untuk Anugerah Skrin dan Anugerah Seri Angkasa, namun belum pernah bernasib baik. Saya akui, bakat saya tidak sehebat pelakon lain, jadi saya tidak meletakkan sebarang harapan apabila dicalonkan menerusi Pesta Perdana.

"Saya hanya mengetahui kemenangan selepas pengumuman dibuat pengacara, Najib Ali. Saya terkejut apabila mendengar nama disebut, malah langsung tidak menyangka boleh menang, lebih lagi, melihatkan nama Susan turut dalam senarai," katanya kepada BH Online.



Pelakon kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang itu berkata, bukan trofi yang dikejar selama ini.

"Namun, apabila mendengar nama disebut buat kali kali sebagai pemenang sudah memadai. Apa lebih penting, dapat membuka mata pencinta drama mengenai bakat saya.

"Sebelum ini, mungkin pernah mendengar nama saya, tetapi tidak mengenali paras rupa. Ramai yang menyangka nama Marisa Yasmin adalah nama pentas saya, sedangkan ia adalah nama sebenar.

"Jadi, kemenangan ini sekurang-kurangnya membuka mata dan membuatkan mereka lebih mengenali saya.

"Saya mengharapkan kemenangan ini membuka pintu rezeki yang lebih luas," katanya.



Berkongsi mengenai drama Poskad Dari Alhamra, Marisa berkata, dia bukanlah pilihan pertama. Oleh kerana, kurang kenali di Singapura, namanya hampir disingkirkan daripada drama berkenaan.

"Penerbit meyakinkan jabatan penyiaran alasan mahu mengambil saya berlakon. Ini kerana mereka mahukan mengetengahkan bakat tempatan. Secara kebetulan, saya sedang sibuk menjalani penggambaran, jadi uji bakat pula hanya boleh dilakukan menerusi panggilan video.

"Selain itu, saya meminta mereka menonton lakonan saya melalui Instagram supaya dapat membayangkan cara lakonan saya. Lagipun, saya jarang berkongsi perkara lain selain kerja seni dalam laman sosial.

"Apabila mereka bersetuju tentunya saya tidak fikir dua kali untuk menerima. Saya melakukan sehabis baik untuk membuktikan saya mampu menandingi kehebatan pelakon mereka. Alhamdulillah, saya berjaya membuktikan menerusi kemenangan ini," katanya yang menjalani penggambaran selama sebulan di Granada, Sepanyol pada 2019.



Drama Poskad Dari Alhamra arahan Faisal Ishak mengisahkan Salmah yang menyerahkan anaknya kandung yang juga mangsa rogol kepada teman lama yang tidak memiliki zuriat. Salmah membawa diri ke Sepanyol lalu menukar nama kepada Natasha.

Marisa berkata, dia terpaksa belajar bertutur bahasa Sepanyol memandangkan jalan cerita berlatar belakangkan negara berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, dia hanya mempelajari bahasa Sepanyol menerusi laman YouTube serta rakan pelakon yang terbabit dalam drama berkenaan.

"Perkara paling sukar apabila terpaksa bertutur dalam bahasa Sepanyol, lebih lagi, ketika babak sedih. Itulah paling mencabar, tetapi Alhamdulillah, watak berat ini membawa tuah kepada saya," kata Marisa. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Geeayden 9-3-2021 08:26 AM
Tahniah semoga terus cemerlang dlm dunia lakonan
Quote buragazz 9-3-2021 08:38 AM
Aku pun baru tahu nama dia Marisa Yasmin..
Quote ais_kosong 9-3-2021 08:39 AM
Suka juga lakonan dia. Tahniah.
Quote NonaNaga 9-3-2021 08:40 AM
dia ni masa muda2 pun dah bawak watak mak mak.....
style dia meleweh sket...ckp seketul2
Quote Hessa 9-3-2021 08:43 AM
tahniah, suka jgk tgk lakonan dia..perintis watak mak2 yg muda lawa bergaya
Quote Nnasda53 9-3-2021 08:53 AM
Tahniah,suka tengok lakonan dia.
Quote zaraaqilah 9-3-2021 09:03 AM
tahniah seniorrrr
Quote kakakgarang 9-3-2021 09:04 AM
Aku suka acik ni belakon.. dia nk kalau belakon menjadi la.. nasib baik industri still nampak kau acik oi.. kalau tak.. lamberrrrt lgi
Quote Annaquinn009 9-3-2021 09:05 AM
lawa dia ni..aku suka tngok
Quote Mawar91 9-3-2021 10:01 AM
Suke tgok sheols berlakon as mak2 yg penyayang & caring.
Quote August 9-3-2021 10:12 AM
Minat dia ni.. berlakon pun menjadi
Quote woven11 9-3-2021 10:25 AM
Tahniah... suka dia ni. Teringat drama jelatang
Quote cikkuntum 9-3-2021 10:44 AM
pelakon lama majoriti x kayu even x dikenali bbnu sgt...
Quote ashilalat 9-3-2021 10:48 AM
Muda...tp dh jadi mak intan ladyana yg kertu dalam jelatang. Tp lakonan ok. Visual pon ok. Semoga berjaya di masa akan datang.
Quote Fly_over 9-3-2021 10:51 AM
suka sheols. cantik, classy..
Quote She-Ra 9-3-2021 10:52 AM
Alhamdulillah akhirnya.. rezeki dia
Antara pelakon kesukaan ketat meols
Lakonan dia sangat padu & mantap okay!
Quote mieymiey 9-3-2021 10:59 AM
Sheols selalu jadi mak datin pada anak yang dah kertu.
Quote cicicumel 9-3-2021 11:08 AM
NonaNaga replied at 9-3-2021 08:40 AM
dia ni masa muda2 pun dah bawak watak mak mak.....
style dia meleweh sket...ckp seketul2

pernah jadi mak kepada MAYA KARIM sadiss sangat padahal sebaya jeww

Quote asamfish 9-3-2021 11:15 AM

Satu sekolah dgn dia eh?
Ke satu airlines dgn dia?


Lihat semua komen(97)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.057437 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top