CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pulang Motosikal, Pencuri Tinggal Nota Minta Maaf

9-3-2021 08:29 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1126| Komen: 0

Description: "Saya minta maaf, saya silap," demikian nota permohonan maaf ditinggalkan pencuri bersama motosikal yang dipulangkan kepada pemilik asal.
"Saya minta maaf, saya silap," demikian nota permohonan maaf ditinggalkan pencuri bersama motosikal yang dipulangkan kepada pemilik asal.

Kisah itu mendapat perhatian warganet selepas ia tular di laman sosial.


Tribun News melaporkan pemilik berkenaan yang juga seorang wanita memaklumkan dia menyedari kehilangan motosikalnya Rabu lalu.


Motosikal mangsa

Namun, motosikal itu hanya hilang beberapa hari sebelum ditemui di hadapan parkir rumahnya pada pagi Sabtu lalu.

"Pencuri itu tidak bertemu saya sebaliknya meletakkan motosikal di parkir bersama nota.

"Bagaimanapun, saya lega kerana dia memulangkan motosikal saya.

"Semua dalam keadaan baik kecuali pada badan motosikal kerana warna asal biru, tetapi ditampal pelekat merah," katanya.

Insiden kecurian itu dilaporkan berlaku di penempatan asrama dekat daerah Matraman, Jakarta Timur, Indonesia dan sempat dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).


Menerusi rakaman CCTV, pencuri berkenaan dilihat gagal melarikan motosikal Kawasaki Ninja.

Dia bagaimanapun tidak pulang tangan kosong kerana mencuri motosikal model Honda Beat milik penghuni lain.

Pelaku berkenaan memanjat pagar untuk masuk ke dalam kawasan asrama.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.040000 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top