CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pasangan Kembar 5 Tahun Dikahwinkan Ibu Bapa Sebab Percaya Jodoh Di Masa Lampau

7-3-2021 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4199| Komen: 18

Description: Sepasang adik-beradik kembar berumur 5 tahun dikahwinkan di Thailand kerana ibu bapa mereka yang beragama Buddha, percaya kedua-duanya adalah jodoh dalam kehidupan lampau, lapor akhbar Daily Mail kelm ...
Sepasang adik-beradik kembar berumur 5 tahun dikahwinkan di Thailand kerana ibu bapa mereka yang beragama Buddha, percaya kedua-duanya adalah jodoh dalam kehidupan lampau, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.


Washirawit Bee Moosika dikahwinkan dengan adik kembar perempuannya, Rinrada Breem di kediaman mereka di bandar Nakhon Si Thammarat, Khamis lalu.


Washirawit Bee Moosika (kiri) dan adik perempuannya Rinrada Breem Moosika selamat berkahwin dalam sebuah upacara meriah di kediaman mereka di Nakhon Si Thammarat. - Viral Press

Bapa pasangan itu, Weerasak,31 dan isterinya, Rawadee, 30, merupakan berpegang kepada kepercayaan bahawa semua pasangan kembar yang dilahirkan di dunia merupakan pasangan kekasih daripada kehidupan lampau yang terpisah dan tidak sempat berkahwin.

Rawadee percaya perkahwinan anak kembarnya itu dapat mengusir nasib malang atau ‘karma’ daripada kehidupan mereka.


“Saya bersyukur dikurniakan anak kembar namun saya bimbang ada ‘sesuatu’ daripada kehidupan lampau yang akan mengekori mereka.

“Kami percaya pasangan kembar ini perlu berkahwin untuk membuang nasib buruk itu,” ujarnya seperti dilapor akhbar Daily Mail.


Kredit foto: Viral Press

Majlis perkahwinan itu mengikut upacara perkahwinan tradisional Thailand dan dipenuhi dengan perarakan dan tarian.

Menurut Weerasak pula, dia tidak mempunyai pilihan dan terpaksa mengahwinkan anak kembarnya itu mengikut kepercayaan agama dianutinya.

“Kami percaya, jika anak-anak saya tidak dikahwinkan, salah seorang daripada mereka akan jatuh sakit,” katanya.


Majlis perkahwinan pasangan kembar berusia 5 tahun di Thailand, baru-baru ini. – Viral Press

Perkahwinan pasangan kembar itu bagaimanapun bukan bermakna mereka akan menjalani kehidupan sebagai suami isteri normal tetapi diadakan bagi tujuan adat sahaja.

Jelas Weerasak, ia dibuat bagi memastikan keselamatan kedua-dua anak kembarnya itu.

“Kami tak mahu mereka jatuh sakit. Lagi pun, kami tidak rugi apa-apa pun jika mengikut adat ini,” jelasnya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote glump 7-3-2021 03:26 PM
Kalau pasangan kembar sama jantina kena kahwin jugak ke
Quote Amandaminaj96 7-3-2021 04:08 PM
Mak aih {:yameteh
Quote crossline 7-3-2021 04:14 PM
Mak bapaknya baru 30 & 31, tapi kenapa diaorang nmpk macam pakcik makcik umur 60s kat kampung meols? Bukan ke Thailand pakar bab2 memudakan diri dari usia sebenar?
Quote bakingsoda 7-3-2021 04:22 PM
glump replied at 7-3-2021 03:26 PM
Kalau pasangan kembar sama jantina kena kahwin jugak ke

pasangan gay tak kesampaian dlm hidup lampau akibat parents anti lgbt kot
Quote rajamoney 7-3-2021 04:25 PM
kecik2 dah pedo

mana pejuang2 gay2 pondan2 pedo medo memedo pemuja2 gay thailand?

tak nampak pun dlm thread ni?

tengah memedo ngn adik angkat ke tu?

ish ish ish
Quote Suchi 7-3-2021 04:42 PM
Salah tulis umur ke?

Tahlaa mungkin orang skrg terlalu cepat matang gaknya.
#sekadarbersangkabaik

Tp jadahnya ko kawen anak2 ko sesama sendiri
Quote notM 7-3-2021 04:55 PM
bakingsoda replied at 7-3-2021 04:22 PM
pasangan gay tak kesampaian dlm hidup lampau akibat parents anti lgbt kot

Ramai la gegayah tanah air nak mati camtu...
Quote dudaberhias 7-3-2021 05:05 PM
Ni biasa dekat sana, iols tau pun sebab rajin dok menjengah youtube tup tup keluar vid wedding rhopernya vid budak2 kahwin yang aku ingatkan youtuber saira mirror... Gila punya mak bapak
Quote dudaberhias 7-3-2021 05:07 PM
Ada lakorn deorang pun, kembar kahwin dengan kembar, tapi heroin dan heronya herlok soo iols takleh komplen yang tu sebab drama jah.
Quote dudaberhias 7-3-2021 05:13 PM
glump replied at 7-3-2021 03:26 PM
Kalau pasangan kembar sama jantina kena kahwin jugak ke

Kena kahwin jugak katanya sebab salah seorang kembar jantan tu punya kehidupan sebelumnya (past life) adalah seorang perempuan...

Tapi kahwin2 theyols ni kahwin main2 je ikut adat deorang... Takde persetubuhan atau hidup macam suami isteri. Just cukup syarat gittew... Nakhon si thammarat ni ujung2 thailand mundur2 sikit dan boleh dikatama
Pendalaman.
Quote Cyempaka 7-3-2021 05:26 PM
Terkejut tgk muka mak pak anak kembar ni. Terpaksa patah balik baca umo
Tak salah baca rupanya
Quote rosmahisham 7-3-2021 06:17 PM
Walopn aku minat giler dgn thai lakorn tp x setuju dgn tindakan mkbpk bdk ni dan kepercayaan derang pon aku x suka..aku klu tgk citer thailand boleh ketawa berdekah2 berbanding kdrama ha ha..lawak org kg derang best!
Quote angelofish 7-3-2021 06:49 PM
mengikut kepercayaan agama dianutinya....
Quote makadek 7-3-2021 06:51 PM
crossline replied at 7-3-2021 04:14 PM
Mak bapaknya baru 30 & 31, tapi kenapa diaorang nmpk macam pakcik makcik umur 60s kat kampung meols? ...

Ntah2 tu atuk nenek diaorg tak
Quote cmf_almondpecan 7-3-2021 07:02 PM
dudaberhias replied at 7-3-2021 05:13 PM
Kena kahwin jugak katanya sebab salah seorang kembar jantan tu punya kehidupan sebelumnya (past li ...

Oo just dibuat upacara perkahwinan tu nak tolak bala la kiranya gitu. So bila besar esok bole kawin dgn org lain mcm biasa la kan
Quote Tinot7 7-3-2021 07:59 PM
dudaberhias replied at 7-3-2021 05:13 PM
Kena kahwin jugak katanya sebab salah seorang kembar jantan tu punya kehidupan sebelumnya (past li ...

Ooo.. kawen main2 je la utk cukupkan syarat.. tingat jaman tadika iols. Iols tukang pakaikan lipstik utk pasangan kawen dlm pertandingan speed wedding. Kumpulan yg paling cepat prepare bride and groom utk wedding, menang.
Quote dudaberhias 8-3-2021 12:48 AM
cmf_almondpecan replied at 7-3-2021 07:02 PM
Oo just dibuat upacara perkahwinan tu nak tolak bala la kiranya gitu. So bila besar esok bole kawi ...

ha'ah gitu lerr gamaknyer kaka...lelaki dan lelaki pun kena kahwin sbb katanya yg salah sorg kemungkinan pompuan dalam hidup sebelum2 tu...
tapi kahwin main2 gitu la ala2 main kahwin2...
Quote mawar_mustika 8-3-2021 11:30 AM
btul ke umur mak ayah bdk2 tu huhuhu

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-6-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.053016 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top