CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ada Yang Kata Makan Aiskrim Baik Untuk Demam Selesema, Ya Ke?

4-3-2021 04:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9444| Komen: 3

Demam dan selesema merupakan keadaan tubuh badan dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C. Ia hadir bersama gejala termasuk batuk, sakit kerongkong, hidung berhingus dan bersin.




Demam selesema terjadi disebabkan oleh jangkitan atau keradangan. Ketika ini, badan akan terasa panas, pernafasan meningkat, muka menjadi merah dan pesakit akan menjadi tidak aktif.

Kebiasaannya, penyakit ini akan beransur hilang dalam tujuh hingga 10 hari, dan sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu.

Bagi mengurangkan rasa tidak selesa akibat demam selesema, berikut adalah antara makanan yang boleh diambil oleh pesakit seperti dipetik dari Public Health Malaysia:

1. Teh panas: melegakan hidung tersumbat

2. Sup dan air kosong: untuk mengekalkan hidrasi

3. Halia: melegakan rasa loya pada tekak


4. Pisang: untuk penghadaman dan rasa kenyang.

5. Ais pop: untuk melegakan rasa sakit tekak

6. Bawang putih: untuk melegakan masalah hidung tersumbat.



Namun, sekiranya demam  berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat laporan kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar, sila dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Ia penting bagi rawatan susulan dilakukan kepada pesakit.


Sumber: Era.je
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nowhite 4-3-2021 06:10 PM
X pernah dengar pun..untuk hilangkan sakit tekak pernah la..makan soft ice cream mcm ice cream mcd tu
Quote Johi 5-3-2021 11:06 AM
Kalau terdesak sgt hidung tersumbat tak da ubat lain vicks ke apa,sapu garam/ air garam  kat hidung memang berkesan
Quote rajamoney 7-3-2021 10:12 PM
hidung berair banyakkan makan anggur

mmg mahal tetapi anggur bagus utk hidung yg sering berair

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:01 PM GMT+8 , Processed in 0.110457 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top