View: 3285|Reply: 3
|
Ada Yang Kata Makan Aiskrim Baik Untuk Demam Selesema, Ya Ke?
[Copy link]
|
|
Demam dan selesema merupakan keadaan tubuh badan dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C. Ia hadir bersama gejala termasuk batuk, sakit kerongkong, hidung berhingus dan bersin.
Demam selesema terjadi disebabkan oleh jangkitan atau keradangan. Ketika ini, badan akan terasa panas, pernafasan meningkat, muka menjadi merah dan pesakit akan menjadi tidak aktif.
Kebiasaannya, penyakit ini akan beransur hilang dalam tujuh hingga 10 hari, dan sesetengah gejala berlanjutan sehingga tiga minggu.
Bagi mengurangkan rasa tidak selesa akibat demam selesema, berikut adalah antara makanan yang boleh diambil oleh pesakit seperti dipetik dari Public Health Malaysia:
1. Teh panas: melegakan hidung tersumbat
2. Sup dan air kosong: untuk mengekalkan hidrasi
3. Halia: melegakan rasa loya pada tekak
4. Pisang: untuk penghadaman dan rasa kenyang.
5. Ais pop: untuk melegakan rasa sakit tekak
6. Bawang putih: untuk melegakan masalah hidung tersumbat.
Namun, sekiranya demam berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat laporan kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar, sila dapatkan rawatan di klinik atau hospital berdekatan. Ia penting bagi rawatan susulan dilakukan kepada pesakit.
Sumber: Era.je |
|
|
|
|
|
|
|
X pernah dengar pun..untuk hilangkan sakit tekak pernah la..makan soft ice cream mcm ice cream mcd tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau terdesak sgt hidung tersumbat tak da ubat lain vicks ke apa,sapu garam/ air garam kat hidung memang berkesan |
|
|
|
|
|
|
|
hidung berair banyakkan makan anggur
mmg mahal tetapi anggur bagus utk hidung yg sering berair |
|
|
|
|
|
|
| |
|