‘Bantal busuk’ sememangnya sinonim dengan kanak-kanak, selalunya berupa bantal, selimut atau anak patung yang sering dipeluk agar mereka merasa tenang, selesa, dan selamat.
Namun seorang doktor di Twitter memberi amaran bantal peluk boleh menjadi sarang bakteria dan mengundang penyakit terutamanya demam dan batuk jika tidak dibasuh. Katanya, bantal busuk selalunya menjadi pendamping kanak-kanak sejak usia lapan hingga 12 bulan dan bersifat sementara.
Namun katanya ibu bapa tidak boleh memperlekehkan bantal busuk dan tidak boleh memaksa anak-anak meninggalkan tabiat itu. Tambahnya, kajian juga menunjukkan kanak-kanak berusia tiga tahun yang diletakkan di rumah pengasuh seharian akan cenderung untuk ada bantal busuk berbanding mereka yang cuma tinggal selama separuh hari. Dr Redza juga memberi beberapa tips kepada ibu bapa untuk memisahkan anak-anak daripada bantal busuk jika umur melebihi lima tahun. Sumber: ProjekMM |
ADVERTISEMENT