CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sedih Stalk Kebahagiaan Bapa Dengan Keluarga Baru - "Kenapa Buat Adik Macam Ni?"

25-2-2021 01:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10296| Komen: 61

Dek penceraian yang berlaku di antara ibu bapa, ramai kanak-kanak terpaksa menanggung derita.

Begitulah gambaran kisah hidup seorang gadis berusia 17 tahun apabila ditinggalkan oleh bapanya sejak usia setahun selepas bercerai dengan ibunya.


Meskipun sudah lama ditinggalkan, gadis ini mengakui saban hari perasaan rindukan kasih sayang seorang bapa semakin kuat.

"Maafkan saya terlalu banyak menangis," tulisnya di kapsyen TikTok.



Ketika dihubungi mStar, Nur Nashazleen Nabila Che Ramzul Zaman berkata sebelum mengambil keputusan untuk memuat naik video di aplikasi TikTok itu dia turut memikirkan kesannya.

Anak bongsu daripada tiga beradik itu mengakui sejak kebelakangan ini dia sudah tidak mampu menahan rindu terhadap bapanya sehinggakan terpaksa meluahkan isi hatinya dengan harapan bapanya akan terbuka hati untuk berjumpa dengannya.

Sehingga kini perkongsian video di aplikasi TikTok mengenai imbas semula perbualannya bersama rakan mendapat 21,000 tanda suka dan 300 komen.

"Bertahun juga saya pendam untuk tidak mahu berkongsi keperitan dan kesedihan yang saya rasai secara umum tetapi saya manusia biasa sampai satu tahap saya tak mampu untuk menahan lagi.

"Saya rindu sangat pada ayah saya. Saya dah tak larat nak menangis. Setiap kali kawan tanya tentang kehadiran ayah atau saya tengok kebahagiaan kawan bersama ayah mereka, saya rasa tersentuh sangat.

"Sebelum saya muat naik memang saya dah fikir komen negatif ataupun takut ayah marah tetapi saya rasa itu sahaja cara yang ada. Mana tahu terbuka hati satu hari nanti dia datang jumpa saya.

"Apa yang saya buat ini semua ibu saya tahu. Ibu banyak beri kata-kata semangat pada saya walaupun dia tak pernah kata setuju ataupun tidak dengan tindakan saya ini," ujarnya.

Gadis yang menetap di Kuantan, Pahang ini memberitahu sejak kecil dia bersama dua abangnya dibesarkan oleh ibu mereka dengan penuh kasih sayang dan kehidupan yang serba mencukupi.

Lebih mesra disapa Aileen, katanya, kedua-dua abangnya iaitu Che Nazurin Haikal, 20 dan Che Nazrul Hakim, 19 jarang menunjukkan rasa sedih dengan ketiadaan bapa mungkin kerana mereka lelaki dan telah menerimanya dengan rela hati.


Kredit foto: TikTok

"Dari kecil, ibu banyak berkorban dalam membesarkan kami tiga beradik. Ayah saya dah kahwin lain dan tak silap saya ada dua anak perempuan.

"Ada juga kadang saya tengok media sosial ayah. Nampak bahagia sangat dengan keluarga baharu. Alhamdulillah. Saya pun gembira tetapi janganlah lupa kami di sini," katanya.

Malahan, kejadian sehari sebelum sambutan hari lahirnya yang ke-17 minggu lalu sememangnya menyentuh hati Aileen..

"Cerita betul... Saya ada hantar mesej kepada ayah sehari sebelum hari jadi. Tetapi ayah saya 'seen' sahaja.

"Saya pun fikir yang baik saja mungkin dia sibuk tetapi beberapa hari lepas tu ayah saya muat naik gambar di WhatsApp status sambut hari jadi dengan anak tirinya. Sedih rasa hati ini," ujarnya lagi.

Ibu Aileen yang hanya mahu dikenali sebagai Nur Hedayu, 38, enggan memberi sebarang komen, namun dia berdoa agar hajat anaknya untuk bertemu bapanya tercapai.

Dari kecil sehingga sekarang ibu tunggal ini membesarkan tiga anaknya dengan bekerja sebagai jurujual kereta di Kuantan.

Tambah Aileen, dia tidak mengharapkan wang bapanya tetapi lebih kepada mahu melepaskan rindu dan dahagakan kasih sayangnya sahaja.

"Tahun ini InsyaAllah saya akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya harap sangat dapat berjumpa ayah untuk dapat keberkatan," katanya.


Sumber: mStar
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 25-2-2021 01:47 PM
bapak tu dapat bini baru hangsuang kot..
tak bagi bapak jumpa anak bini lama..
ataupun bapak tu memang jenis tak guna..
cuba tunjuk kerja bagus duit berkepuk..
masa tu nanti bapak tu yang terhegeh-hegeh sua muka mengaku anak..
Quote umbut 25-2-2021 01:51 PM
Celaka punya bapak.. ko seen je.. tanyalah khabar ke apa.. jantan ni bila kahwin lain anak macam x wujud. Dah tua baru nak sibuk.
Quote TulenBang 25-2-2021 02:07 PM
Benda biasa....
Quote Kurex 25-2-2021 02:08 PM
Dah tua baru bapak kau cari kau.. percaya la. Btw pahal muka kau tua sebelum usia dik
Quote husna_amal 25-2-2021 02:24 PM
Baik jangan tagih kasih kat ayah yang tak guna tu. Sekian lama abaikan anak macam tu je.
Quote salmon-suki 25-2-2021 02:24 PM
Ai malas nk ckp ape2..sbb dak2 tiktok ngn twidderland ni sanggup bt apa saja nak feymes~

Baidewei,umur dah 17thn kan,kalau bapak tu dah xnak tgk ke apa,move on jah..kalau dia boleh abaikn ko,ko abaikn jela dia..fikir kt mak tu,nak ratib apa org dah x peduli..baik fokus kt y depan mata..nak bersedih sgt,xpayah laa..lg satu,rindu kt bapak betul2 or rindu duit bapak?{:smile sorry ai mmg xleh husnuzon kalau kisah meratib budak2 besar nih
Quote Redmyvi 25-2-2021 02:34 PM
Kalau aku mmg tak kan la rindu pada org yg tak ingat aku.. baik fokus blaja.. esok jaga mak tu
Quote mrsbale 25-2-2021 02:49 PM
Tahlah. Berat rase hati nk caye budak2 tiktok nih.. kalau btul, akak feel sorry for u dik. Tp kalau utk views/likes
Quote bioessence 25-2-2021 02:53 PM
Betul la tu
Rindu duit bapa kot
Quote bioessence 25-2-2021 02:54 PM
Emak nya muda lagi
Baya2 fazura
Jap pagi jumpa la balak baru
Ko pun cantik dik
Quote mummydarling 25-2-2021 03:00 PM
takpela dik bile kawen nanti bahagia jela ngan laki ngan mertua adik
Quote awanysss 25-2-2021 03:12 PM
salmon-suki replied at 25-2-2021 02:24 PM
Ai malas nk ckp ape2..sbb dak2 tiktok ngn twidderland ni sanggup bt apa saja nak feymes~

Baidewei ...

ye wehh..
kau tgk skrg trend ppuan2 takde maruah kot, buat cerita pegi dating laki tinggal sorang2..
aku rasa kalau kite yg normal ni, malu kot laki tinggal camtu je, mcm takde maruah..
dorang dgn bangga buat content.. ramai lak tu.. aku rasa laki2 tu tak wujud..
tp BBNU ngan page2 bodoh kan suka cerita2 camni..

yg budak ni, bapak dia tinggalkan dari baby.. kenapa baru skrg nak terhegeh2..
sbb tiktok kan.. demi sesuap content..
Quote awanysss 25-2-2021 03:14 PM
mrsbale replied at 25-2-2021 02:49 PM
Tahlah. Berat rase hati nk caye budak2 tiktok nih.. kalau btul, akak feel sorry for u dik. Tp kalau  ...

rindu2, sedih2 pun gigih boleh buat video tu..drama nak mampus..
dia tak fikir ke buat camni, bapak dia tu dimaki maki..
kalau betul rindu sayang takde buat camni..
ni sbb dari kecik bapak tak jaga, kurang sayang la kot, tu yg akal pendek..
nak femes cepat..
Quote uori 25-2-2021 03:30 PM
move on la, dik. hargai orang keliling kau yang hargai kau, buat apa hadap orang yang tak hinginkan kau. dok ratap2 ingat famili kau tak terasa ke, especially mak kau yang dah banyak berkorban
Quote Artemesiaa 25-2-2021 03:30 PM
Mesti dia anggap kalau bapaknya masih bersama hidup dia akan lebih baik dari tu tapi itu semua hanyalah dalam anggapannya je
Quote mrsbob87 25-2-2021 04:06 PM
i feel you dik...

pernah terserempak dekat luar, tapi hanya mampu pandang dari jauh.. tau dia ayah kita tapi entahlah rase cam jauh..

kalau terjumpa time family gathering, rase kekok gila.. cam krik2 je..
dalam hati rindu sangat, tapi tak terluah dengan kata2..

mujurlah mase nak nikah tu dia sign borang kebenaran nikah, walaupun dia tak datang pun mase nikah... dia lepaskan hak nikah pada imam..

sentiase doakan kebahagian dia dengan family baru, tapi tak mungkin melupakan apa yang dia penah buat pada kami terutama mak..

adoiiii terpotong bawang sendiri plak petang2 ni
Quote manehnya 25-2-2021 04:40 PM
susah2 ja cari bapak, dia mmg x nak kau, x yah laaa bg harapan...nti makan diri
Quote makcun14 25-2-2021 04:49 PM
Abang abang sheols jenis pendam dalam diam tu. Anak teruna mesti sayang mak lebih kan, ego lagi... sejuta kali terasa bila bapak buat perangai. Antara tunjuk ngan tak jer yach

Quote LostStar 25-2-2021 05:04 PM
Moga bapaknya jelaskan balik pada dia knp x hubungi dia.. mesti ada sebab.. kesian..

Ini cerita rakan ku... bapak dia gan family satu lg kemain lg.. gan dia seen saja whatsappnya.. rupenya anak family baru tu hah yg delete, yg block dia.. lama dia pendam perasaan.. skali oneday terjumpa ayah sendiri dlm grab.. ayahnya pickup dia.. terus luah semua la dlm tu.. hujung2 ayah dia bg phone utk save number dia balik.. rupenya telah d block.. bila soal2 mmg anak dia sorg tu suke main phone ayahnya.. gituuuu

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:16 PM GMT+8 , Processed in 0.053838 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top