CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Clubhouse Ni Tempat T20 Berlagak & Syok Sendiri Je

25-2-2021 10:12 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14122| Komen: 51|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: "Clubhouse ni bodoh dan syok sendiri ya."




"Clubhouse ni bodoh dan syok sendiri ya."

Populariti aplikasi Clubhouse mencanak naik kebelakangan ini. Sementelah ianya hanya boleh diakses pengguna iPhone semata-mata membuatkan mereka yang berada di dalam aplikasi ini berasa bangga.

Kononnya kehebatan Clubhouse ini mampu membuka minda, sekali gus mencari jalan penyelesaian terhadap sesuatu isu. Apatah lagi ianya turut dihadiri oleh Orang terkaya di dunia, Elon Musk dan ramai lagi jutawan di seluruh dunia


Akan tetapi, sejauh mana kah bagusnya aplikasi ini jika sesiapa sahaja boleh membuka 'room'? Lebih-lebih lagi isu yang dibincangkan juga bukan kepakaran mereka? Tak ke syok sendiri namanya tu?


Foto :Clubhouse

Betapa mudahnya membincangkan sesuatu topik di luar kepakaran dan masing-masing pula membuat tafsiran sendiri. Secara jujurnya topik dakwah sentap yang dibualkan sesama remaja ini pastinya mendapat jawapan Nay berbanding Yay.

"Syok sendiri je, semua jenis penyokong ohhh tegur jela lembut mana tau lambat laun dia dengar."

Foto : The Verge

Bagaimanapun ianya dinafikan oleh moderator serta ahli di dalam room tersebut bahawa mereka berbincang secara sihat dan adanya pakar yang memperbetulkan salah anggap mereka selama ini.


Foto : Twitter

Ianya turut diperbetulkan oleh Ustaz Musuza mengenai pendekatan dakwah lembut dan juga dakwah sentap. Menariknya, ahli di dalam 'room' tersebut turut menerima nasihat itu dengan baik.



Jadi, masih ada yang kata Clubhouse hanya perbincangan sia-sia? Anda suka perbincangan room yang mana? - CARI
2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-2-2021 10:15 AM
Apa yg best dgn iphone ni?? Ramai kenalan aku pakai iphone tapi suka lari hutang, sampai orang yg bagi hutang tu meninggal, member aku tak bayar lagi. Ada yg mintak aku hotspot. Aku pakai android biasa je...
Quote Kurex 25-2-2021 10:17 AM
Apa yg best dgn iphone ni?? Ramai kenalan aku pakai iphone tapi suka lari hutang, sampai orang yg bagi hutang tu meninggal, member aku tak bayar lagi. Ada yg mintak aku hotspot. Aku pakai android biasa je...
Quote tagas 25-2-2021 10:42 AM
Wastin time laa mende alah jadah2 gini

yg bleh menimbulkan pertikaian isu etc then

viral bagai melainkan cari.forum jah ko balun la nak

ckp apa pun kurang2 kena potong credit jah pun
Quote pxlbb 25-2-2021 10:58 AM
iols guna iphone 5 tahun lepas, dan iols pun dlm clubhouse dan twidder jua. pandai2 la cari port nak melepak. dlm twiderland ke, clubhouse ke, fesbuk je, even caridotcom, kalau tahi yang chuols cari tahi yang chuols jumpa. banyak je aktiviti berpekdah iols dengar rafizi ramli cakap pasal politik, bill gates discuss pasal leadership, start-up biz owner bincang pasal mcm mana nak start company.

but iols akui mmg ada ummah iphone bankrap dan twidder yang delusional. biasa kalau tengok melayu kat clubhouse mmg ada yang jenis bangsat bubble pun.
Quote prettyuglybabe 25-2-2021 12:06 PM
cam bodoh je..
konon exclusive untuk ipong user..
pastu pi sebar discussion kat twidder buat apa..
tak boleh ke any discussion kat situ end kat situ takyah leak ke mana-mana..
Quote Normabaru 25-2-2021 12:20 PM
laaaa ni ke function clubhouse.. kaka beria isi sbb kawan invite.. ingtkn apa.. choii... cult norma baru pesen gini rupanya. Luls
Quote Tinot7 25-2-2021 12:50 PM
Kalau ada iphone, maknanya golongan t20 ke?
Quote umbut 25-2-2021 03:39 PM
Yg pki iphone ni jenis biar papa asal bergaya... koserrrr. Yg x papa jgn terasa.. mostly bbnu
Quote TabletSusu 25-2-2021 04:41 PM
pxlbb replied at 25-2-2021 02:58 AM
iols guna iphone 5 tahun lepas, dan iols pun dlm clubhouse dan twidder jua. pandai2 la cari port nak ...

ni aku setuju
ada kwn2 aku join clubhouse ni
port psl anak2, psl sekolah, psl mengaji
lepaklah kat tmpt2 yg boleh bg manfaat kat kita n famili
jgn join port yg merepek2

aku msih blom ada rs nak install
byk keja bila jaga 4,5 projek ni
Quote lil_honey 25-2-2021 06:47 PM
pxlbb replied at 25-2-2021 10:58 AM
iols guna iphone 5 tahun lepas, dan iols pun dlm clubhouse dan twidder jua. pandai2 la cari port nak ...

kalau forum ade butang like, iols like post uols nih.
kalau pandai explore byk je topik yang best.
club house nih famous sebab hari tu elon musk buat talk and share dalam club house tu.
tibeh set2 twitterland nih pon nak skali. last2 mengata kat twitter gak.
Quote giyomi 25-2-2021 07:34 PM
rasanya tak salah tuk luahkan pendapat masing2 yg tersirat
Quote Levespa 26-2-2021 10:05 AM
pelik org bangga sangat dengan iphone.. bukan harga 300 ribu sebijik..dahla sekarang ada ansuran...siapa2 ada gaji tetap semua boleh pakai
Quote ckenj 26-2-2021 12:22 PM
myb sebab new norma..aku da tak sgup nk dgr org sembang selain bnde wajib aku meeting online kat ms team.
Quote Suchi 26-2-2021 02:42 PM
Laa borak guna audio je ye? Tak join pun walau ipong user
Lantaklaa korang byk plak masa nak nyembang itu ini.
Quote bungarose 26-2-2021 03:04 PM
Aper yang raser hebat pakai iphone ekk
Raser kaya ker acaner
Fon aku andriod tapi harga lebey dari iphone12
Takder raser aper2 pun nak bangga tak tentu hala
Quote BoongaKertas 26-2-2021 03:27 PM
Kurex replied at 25-2-2021 02:15 AM
Apa yg best dgn iphone ni?? Ramai kenalan aku pakai iphone tapi suka lari hutang, sampai orang yg ba ...

tu mesti sbb bayo iphone jer dh mahal, maka amek pakej basic utk telco. ok done speku. hahaha!
Quote BoongaKertas 26-2-2021 03:28 PM
bungarose replied at 26-2-2021 07:04 AM
Aper yang raser hebat pakai iphone ekk
Raser kaya ker acaner
Fon aku andriod tapi harga lebe ...

samsung 21 tu eh chuols? best tak hp tu? review sikit.
Quote BoongaKertas 26-2-2021 03:30 PM
pxlbb replied at 25-2-2021 02:58 AM
iols guna iphone 5 tahun lepas, dan iols pun dlm clubhouse dan twidder jua. pandai2 la cari port nak ...

hahaha! iols baca begitu serius komen chuols. sampai tang 'bangsat bubble' tu, tersembur kopi nyaahhhh. ke chuols typo tu?
Quote tootii 26-2-2021 05:01 PM
aku slalu ngk kawan2 yg pakai aipong ni dok letak kat story ig memasing pasal club ni ..
tapi sbb aku hanyalah bekas pengguna aipong , so aku jeling2 je la ..
and sebenarnya aku tak tau apa pun pasal ni ..
kalau kelab dangdut, maybe aku amek pusing sikit hahahhaaa

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:29 PM GMT+8 , Processed in 0.069014 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top