CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Buli Siber Boleh Disaman, Jangan Sampai Terkena Ya" - Bunga Isme

25-2-2021 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12941| Komen: 80

Description: Niat penyanyi rap Bunga Isme ingin bergurau dengan mengakui wajahnya pernah disamakan dengan selebriti antarabangsa Angelina Jolie disalahertikan segelintir pihak hingga dia teruk dikecam netizen.
Niat penyanyi rap Bunga Isme ingin bergurau dengan mengakui wajahnya pernah disamakan dengan selebriti antarabangsa Angelina Jolie disalahertikan segelintir pihak hingga dia teruk dikecam netizen.




Menerima kecaman sejak Jumaat lalu, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari tampil bersuara mengenai perkara tersebut dengan memberi amaran kepada netizen.



Menurutnya, semua komen yang berunsur negatif dianggap sebagai buli siber atau dan boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Biarkan saja orang kata kita perasan cantik sebab kita tak insecure. Kalau perasan bagus, itu (ditujukan) untuk orang yang kata kita perasan cantik tu. Renung-renungkan dan selamat beramal.


"Jangan lupa ya, komen berunsur negatif iaitu cyberbully... jika mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia, kalau saman... denda (apabila disabitkan) tak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun.

"Jadi jangan sampai terkena ya... semoga berjaya," kata penyanyi berusia 21 tahun ini.

Sebelum ini, beberapa portal hiburan mengeluarkan artikel mengenai penyanyi lagu Intan Payung itu mengakui dia kerap kali disamakan dengan Angelina Jolie.

Kenyataan Bunga itu akhirnya mengundang kecaman dan kritikan netizen kerana menganggap penyanyi yang dikenali gemar memakai baju kurung itu hanya syok sendiri memandangkan wajahnya jauh berbeza dengan Angelina Jolie.

Selain bekas isteri kepada pelakon Brad Pitt, wajah Bunga juga dikatakan mirip dengan beberapa selebriti tempatan antaranya Iman Troye, Azira Shafinaz dan Shalma Aina.



Dalam pada itu, penyanyi yang mula dikenali menerusi lagu Bunga ini memberitahu dia berasa lucu kerana kebanyakan komen yang melemparkan kebencian terhadap dirinya ditinggalkan oleh orang dewasa.

"Hanya sebab anda tidak mengenali saya, tidak bermaksud anda boleh lemparkan rasa benci di ruangan saya. Beratus komen daripada orang yang dikategorikan sebagai orang dewasa. Kelakar!" tulisnya.


Sumber: mStar
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • lyza2474


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-2-2021 02:06 PM
Kau siapa palat?
Quote Kurex 25-2-2021 02:06 PM
Kau siapa palat?
Quote orkidorkido 25-2-2021 02:08 PM
Tak lama kalau macam ni
Quote AshkieLa 25-2-2021 02:09 PM
Edited by AshkieLa at 25-2-2021 02:21 PM

ape yang kelakar? ape yang bergurau?
sendiri perasan pastu koyak...

Quote salmon-suki 25-2-2021 02:16 PM
Attitude ke laut..mujur laa ai tak pernah nak minat or nak kesah psl dia nih..semoga mereput jelaaa~
Quote JalaEmas 25-2-2021 02:20 PM
lain kali jgn nk bergurau kalau diri sndri cepat lah rabaknye.. dh masuk dunia retis terima jelaaa asam garamnyaaaaa.. yihhhhhhhhh
Quote mamajawie 25-2-2021 02:29 PM
ko dah la x popular, produk ko langsung takde orang tau pun..memang tak kan lama la konfem kena kambus karier ko kat blakang rumah
Quote pia250110 25-2-2021 02:34 PM
angelina jolie?
Quote Redmyvi 25-2-2021 02:36 PM
tak minat aku kalau jenis attitude cmni.. next..
Quote MsKathryn 25-2-2021 02:37 PM
Masa post kat ig ada letak caption bergurau ke
Quote beatgirlX 25-2-2021 02:39 PM
Woww...cepatnya rabak..cepatnya koyak..
Ermmm...susah la dekk kalau nak bertahann mcm ni...
Quote dudaberhias 25-2-2021 02:40 PM
bakal terjunam persis janna nick...
takkan bertahan lama dalam industri...
akan di benci dek netizen sampai ke mati
Quote cabai7 25-2-2021 02:40 PM
sampah
Quote mummydarling 25-2-2021 03:01 PM
koyak ke sis
Quote kikuri 25-2-2021 03:11 PM
die yang perasan salahkan jabatan netizen pulak... apooooo???
Quote rosasen 25-2-2021 03:11 PM
hmmm yolah bunga ehhhh
Quote helicornia 25-2-2021 03:28 PM
lohhh..dia sendiri kata muka angie
bila kena kutuk nak saman plak
Quote umbut 25-2-2021 03:31 PM
Kau yg kecoh pastu kena kecam nak sentap.. phuiiiiiiiiiiii
Quote nanies 25-2-2021 03:45 PM
syok sendiri

Lihat semua komen(80)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:07 PM GMT+8 , Processed in 0.132755 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top