CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Agnez Monica Mengaku Diri Kurang Dekat Dengan Tuhan, Punca Sering Gagal Dalam Bercinta

25-2-2021 01:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2297| Komen: 1

Description: Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica, 34, mengaku dia sering gagal dalam hubungan cinta sebelum ini mungkin kerana kurang mendekatkan diri dengan Tuhan.
Penyanyi popular Indonesia, Agnes Monica, 34, mengaku dia sering gagal dalam hubungan cinta sebelum ini mungkin kerana kurang mendekatkan diri dengan Tuhan.

Agnes yang dikenali sebagai Agnez Mo dalam temubual di saluran YouTube bersama Daniel Mananta baru-baru ini berkata, dia juga masih mencari lelaki yang mampu membawanya dekat dengan agama.


Kredit foto: IG

"Selama ini, hubungan yang saya jalin dengan seseorang selalu terkandas kerana mungkin kurang didasari dengan tunjang agama, yang mana lebih dekat pada Tuhan.

"Sebenarnya ramai yang tahu, di mana sudah diingatkan bahawa apa saja pun yang kita lakukan, perkara yang membuat kita jauh dari Tuhan, harus ditinggalkan.


"Apapun, untuk saya selama ini mungkin tidaklah terlalu jauh dari agama, cuma kurang mendekatkan diri dengan Tuhan dan ini yang cuba saya perbaiki dulu," katanya.



Menurut penyanyi yang popular dengan lagu Matahariku itu, apa yang sudah berlaku dalam hubungan cintanya sebelum ini juga disebabkan dia belum bersedia untuk lebih serius.

"Apa yang pernah berlaku dulu, pengalaman saya. Malah, pada masa sekarang pun rasanya untuk menjalin hubungan cinta serius masih lagi bukan keutamaan saya.

"Kini, apa yang giat saya lakukan adalah belajar memperbaiki diri untuk menjadi seorang yang lebih baik sekali gus mendekatkan lagi hubungan dengan Tuhan," katanya.




Selain itu, Agnes berkata, dia juga banyak mengisi masanya dengan menghulur bantuan.

Katanya, dia selalu lebih fokus membantu orang lain hingga ada kala lupa pada diri sendiri. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 25-2-2021 03:55 PM
Akak suka sheols di usia 30an. Retis lain cerca sheol pun sheol balas cakap baik2 ja.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.039621 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top