CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PU Rahmat Dilabel ‘Ustaz Dajjal’ Sebab Sokong Vaksin

25-2-2021 12:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3191| Komen: 10

Description: Baru-baru ini, penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan ada memuat naik sebuah video bagi berkongsi pemandangannya mengenai kebaikan vaksin sebagai salah satu cara untuk membe ...
Baru-baru ini, penceramah dan pendakwah bebas, Pencetus Ummah (PU) Rahmat Ikhsan ada memuat naik sebuah video bagi berkongsi pemandangannya mengenai kebaikan vaksin sebagai salah satu cara untuk membendung penularan wabak Covid-19.


Video berdurasi hampir sembilan minit itu nyata menarik perhatian ramai pihak termasuklah daripada golongan antivaksin.

Malah, terdapat juga segelintir pihak yang mengugut mahu memboikot PU Rahmat di semua platform media sosial gara-gara kenyataannya itu.

Enggan melatah, PU Rahmat sebaliknya menegaskan dia tidak kisah mengenai penerimaan orang ramai terhadap dirinya kerana sejak dari kecil dia telah diajar untuk tidak mencari kegembiraan ketika berdakwah.


Foto: IG

“DEMI ALLAH..Demi Allah saya tak kisah jika kamu semua nak unfollow saya dan nak benci saya.

“Saya sejak umur 12 tahun dah diajar berdakwah ni bukan cari kegembiraan dan kesukaan manusia.

“Saya buat kerana Allah, buat kerana jujur dengan ilmu, buat kerana ikut Nabi Sallahu alaihi wassalam,” tulisnya.




Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas peserta program Pencetus Ummah musim pertama itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.

Dalam pada itu, PU Rahmat turut mendedahkan dia telah menyekat hampir kebanyakkan akaun-akaun golongan antivaksin kerana tidak mahu mereka terus melakukan fitnah yang boleh mendatangkan dosa.

Malah, PU Rahmat turut berharap agar orang ramai dapat menonton videonya itu dengan hati yang tenang dan terbuka.



“Sejak semalam saya dah block berpuluh orang anti-Vacc yang hina saya dan panggil saya dengan bermacam gelaran seperti Ustaz Dajjal.

“Saya block bukan marah tapi nak halang kamu buat dosa. Jangan risau kamu semua masih boleh baca dan tonton video saya. Mana tau satu hari nanti kalian terbuka hati menerima kebenaran,” jelasnya lagi.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen memuji semangat yang ditunjukkan oleh PU Rahmat selain turut berharap agar dia sentiasa diberikan kekuatan untuk berdakwah menyampaikan ilmu Islam. -CARI

Sumber: Media Hiburan
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tumpanglalu74 25-2-2021 12:54 PM
Kalo nak berdakwah usah mengade2.  Takde sape nak kasi gelaran dajal kat dia.  Whoaayusss...?
Quote airfilterkotor 25-2-2021 12:56 PM
Antivax+penyembah tegar teori.... apa yg boleh diharapkan.
Quote sharlenetexas 25-2-2021 01:09 PM
Boringlah heols ni.

Quote iman_kasih 25-2-2021 03:06 PM
Teruskan usaha mendidik masyarakat PU. Gerakan antivaksin dh makin berani menghasut secara terang2an. Yg duk mendajalkan org dan rasa paling mulia tu kalau dia jumpa dajal nnt ntah2 dia yg dulu jd pengikut dajal.
Quote Bholatchomel 25-2-2021 08:00 PM
Akulah sebenarnya tak paham yg sibuk dajjal itu dajjal ini.. amalan tu dah cukup ke.. Memang confirm ke diorg golongan yg tak terperdaya dgn tipu helah dajjal. Bising sgt pasal dajjal dh turun... Tp main facebook, tik toklah, twitterlah telepon mcm berjahit kat tangan.
Quote MadameOnion 26-2-2021 09:33 AM
semua nak salahkan dajjal..tapi hari jumaat yg pompuan sibuk pegi shopping..yg laki tak pi semayang lepak kat redbox..surah al kahfi tu dengar pun takmau..apakan lagi nak baca ye dak...ni semua sbb dajjal la
Quote Jemahkepam 26-2-2021 09:52 AM
MadameOnion replied at 26-2-2021 09:33 AM
semua nak salahkan dajjal..tapi hari jumaat yg pompuan sibuk pegi shopping..yg laki tak pi semayang  ...

Betul.
setakat sembang boleh la..
sikit2 semua nk salah dajjal
diri sendiri punya salah x nmpk



Quote akuHavocczz 26-2-2021 09:56 AM
nak menempel je dia ni
Quote bakingsoda 26-2-2021 09:57 AM
buat bodo sudah dgn antivaxx. lgpon vaksin free bukannya cukup utk cover 100% populasi malaysia kan?
Quote arm_band 26-2-2021 12:44 PM
hahaha antivaxx ni ingat org heran ke kalau diorg nak unfollow?

meratib dajjal freemason yahudi bill gates tak habis2..... ngkorang sembah dajjal freemason yahudi ke sembah tuhan sebenarnya??

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 07:21 PM GMT+8 , Processed in 0.064083 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top