CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Ditegur Ustazah Asma’, Ini Respons Admin FB Riak Apa Hari Ini

23-2-2021 02:17 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 24048| Komen: 151

Pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma’ Harun menasihati secara terbuka kepada sebuah akaun kumpulan Facebook agar tidak menggunakan perkataan riak untuk tujuan bergurau.

Menerusi perkongsiannya di Facebook hari ini, Ustazah Asma’ menegur pentadbir kumpulan “Riak Apa Hari Ini” supaya menukar nama atau terus menutup kumpulan itu yang disifatkan mengindahkan perbuatan riak.




“Mohon admin group ‘Riak Apa Hari Ini’ boleh tukar tajuk atau tutup terus. Pelbagai kemungkaran dan dosa sedang dihalalkan atas nama gurauan.

“Perbualan bebas bergurau senda lelaki perempuan, dedah aurat sebab nak tunjuk putih melepak dan emas sampai lengan, tunjuk harta dengan kepsyen riak tapi kata gurau dan lain-lain yang sangat aib. Jangan indahkan perkataan keji riak atas nama gurauan,” katanya.



Tinjauan Kosmo! di ruang komen juga mendapati teguran Ustazah Asma’ turut disokong oleh rata-rata netizen yang kebanyakannya menggesa supaya akaun tersebut ditutup.

Seorang netizen dikenali sebagai Irdina berkata, perbuatan riak itu tidak sewajarnya dijadikan senda gurau.

“Sangat takut apabila riak itu pada awalnya hanyalah sekadar untuk berkongsi rasa. Kini dijadikan senda gurau pula, akhirnya bertukar jadi tabiat,” katanya.



Loading FB Post...

Baru-baru ini, akaun kumpulan Facebook tersebut menjadi tular di laman sosial.

Difahamkan kumpulan tersebut dicipta supaya pelayar Facebook boleh menunjuk-nunjuk kemewahan untuk tujuan bergurau dan menghiburkan semata-mata.



Akaun yang dicipta pada awal bulan Februari itu kini mempunyai lebih 120,000 pengikut. 


Sumber: K! ONLINE
2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 23-2-2021 02:21 PM
Dah makin merepek dah grup2 mcm ni. Mula drpd
- Masak Apa Harini
- Masak Apa Tak Jadi Harini
- Komplen Apa Harini
- Kucing Sepahkan Apa Harini
Skrg Riak Apa Harini. Mcm bodoh.
Kalau ada yg "Pasti Senak", boleh ke post gambar ke grup Riak tu?
Quote songhara1226 23-2-2021 02:23 PM
Carcosa replied at 23-2-2021 02:21 PM
Dah makin merepek dah grup2 mcm ni. Mula drpd
- Masak Apa Harini
- Masak Apa Tak Jadi Harini

Sekarang yg sedang hangat, “ JNT buat hal apa hrini?”
Quote Carcosa 23-2-2021 02:25 PM
songhara1226 replied at 23-2-2021 02:23 PM
Sekarang yg sedang hangat, “ JNT buat hal apa hrini?”

Loh? Ada ke?? Ya hamponnnnn.
Jgn pulak acik porom bukak grup fesbuk lps ni -
"Forummers Gossip Apa Harini"
Quote Belibis 23-2-2021 02:25 PM
Riak ni antara syirik yang tersembunyi.minta jauh laa.
Quote songhara1226 23-2-2021 02:26 PM
Carcosa replied at 23-2-2021 02:25 PM
Loh? Ada ke?? Ya hamponnnnn.
Jgn pulak acik porom bukak grup fesbuk lps ni -
"Forummers Gossip A ...

Haha, lepastu nama kita berdua pulak yg akn disebut nnti
Quote user.name 23-2-2021 02:27 PM
Quote user.name 23-2-2021 02:28 PM
Quote user.name 23-2-2021 02:28 PM
Quote user.name 23-2-2021 02:29 PM
Quote user.name 23-2-2021 02:30 PM
Quote VespaSilbe 23-2-2021 02:31 PM
Ya ampun... Dah lupa ustaz tu kata
Macam tak masuk syurga
Dgr pepagi mata ngantuk2 program 'Tanyalah Ustaz'
Quote Innrukia 23-2-2021 02:31 PM
amboi mcm2 manusia zaman social media ni. Pening kepala tgk
Quote becir 23-2-2021 02:33 PM
Ustazah got no life, be like....


Quote white_musk 23-2-2021 02:33 PM
Netizen malayu semakin sakit...
Quote sufi^_^ 23-2-2021 02:33 PM
I baca bunyinya macam sarcasm saja, tak perlu serius sangat la setazah. Where's your sense of humour?
Quote sufi^_^ 23-2-2021 02:34 PM

Emas bertingkek2, takkan lauk ulam petai aje.
Quote sufi^_^ 23-2-2021 02:36 PM
becir replied at 23-2-2021 06:33 AM
Ustazah got no life, be like....

semua nak ditegur, ada masa netizen cuma nak bergurau, buat troll, buat meme.
macam2 ragam manusia ada dalam internet ni, kalau setiap titik bengik buat setazah panas punggung susahla.
Quote Suchi 23-2-2021 02:36 PM
Weh iols baru perasan ada dlm group ni, dia auto add ke atau ada orang yg add kita dlm group ni?
Iols tak berminat laa nak show off bagai sbb takde reta nk show off pun.

Pelik plak padahal takde request pun nak masuk group ni sapa la yg mandai2 add masuk.

Tah hapa2 group fb skrg sampai group benci taugeh pun ada
Quote sharlenetexas 23-2-2021 02:36 PM
Dah takde content lain ke?

Lihat semua komen(151)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.153828 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top