CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Maaf Pak, Saya Berat" - Tak Tahu Digendong Ketua Polis Baik Hati

23-2-2021 09:39 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2297| Komen: 10

"Maaf pak, maaf sangat-sangat." Hanya perkataan itu diluahkan seorang warga emas apabila Ketua Polis Cilandak, Kompol Iskandarsyah nekad mengendongnya sejauh 100 meter untuk dibawa ke pusat pemindahan susulan kediamannya di Jalan Mandala Bawah 2, Cilandak Barat, ditenggelami banjir Sabtu lalu.



Sukarni yang diselamatkan Iskandarsyah

Kediaman Sukarni, 60, yang menghidap penyakit tulang reput dan gout ditenggelami air setinggi dua meter.

Wanita itu mengakui tidak mengenali lelaki yang membantu menyelamatkannya sebelum penghulu mendedahkan identiti individu berkenaan.

"Saya langsung tidak tahu lelaki itu ketua polis. Semalam baru saya tahu lelaki itu Ketua Polis Cilandak selepas diberitahu penghulu," katanya ketika ditemui di pusat pemindahan di sini.

Sukarni berkata, sepanjang tempoh dikendong dia meminta maaf kepada Iskandarsyah, tanpa mengetahui lelaki itu seorang ketua polis.


Ketika banjir melanda, Sukarni bersama cucu manakala anaknya menyelamatkan motosikal daripada dihanyut banjir.

Pasukan penyelamat termasuk Ketua Polis Cilandak kemudian ke rumahnya untuk membantu memindahkan wanita berkenaan.

"Pada awalnya lelaki itu memaklumkan untuk menyelamatkan saya kerana bimbang air semakin naik.

"Tetapi saya menolak kerana tidak dapat berjalan memandangkan kaki sakit," katanya.

Namun, katanya, Iskandarsyah bertegas untuk menyelamatkannya dengan mengendong di belakang.

"Saya segan ketika dia ingin mengendong saya, tetapi akhirnya menerima tawaran itu. Alhamdulillah, terima kasih kepada beliau, saya minta maaf kerana badan berat.

"Sepanjang perjalanan saya melihat Iskandarsyah sangat tenang sepanjang menyelamatkan mangsa banjir," katanya yang memiliki berat badan 80 kilogram.

Sementara, Iskandarsyah berkata, pasukan penyelamat menemui Sukarni berada di dalam rumah dan menyangka wanita itu tinggal seorang diri.


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 23-2-2021 09:55 AM
Muda ketua polis
Quote bottombikini 23-2-2021 10:21 AM
kira nik ezani versi indo la ni
Quote Tinot7 23-2-2021 10:45 AM
Nasib baik dia mampu angkut 80kg
Quote wirazam 23-2-2021 10:46 AM
bottombikini replied at 23-2-2021 10:21 AM
kira nik ezani versi indo la ni

mohon Tn Ezani..buat come back utk kalahkan ketua polis negara seberang nih..

all the best tuan ezani
Quote Zazama 23-2-2021 11:24 AM
Patutnya gambar peha acik ni di tindankan dgn emoji ke... asal kan tak nampak pehanya yg highly exposed tu. Cuma pandangan saya je. Mohon jgn dikecam ya!
Quote helicornia 23-2-2021 01:10 PM
bagusnye..tahniah
indon ni kebanyakan iols jumpa.jenis nk kelepet duit org je
klu tolong kita tu ada makna. kejap lagi dia tuntut habuan
Quote Supersirap 23-2-2021 02:41 PM
Berbaktilah kepada rakyat selagi kita mampu
Quote laksmanabentan 23-2-2021 02:58 PM
helicornia replied at 23-2-2021 01:10 PM
bagusnye..tahniah
indon ni kebanyakan iols jumpa.jenis nk kelepet duit org je
klu tolong kita tu a ...

hahhaa... kasihan uoolsss asyikk jumpa jenis yg kelepet jer...
Quote Suchi 23-2-2021 04:34 PM
Oh sana banjir plak ye, kita panas plak skrg ni sampai kering kontang pepokok.


Muka polis tu macam helok je kalau tengok dari lirikan mata
Tapi kalau bukak pelitup muka taktau la cemana.
Quote minguk 23-2-2021 04:44 PM
gebu lagi sukarni pun.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.031475 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top