CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ada Kala Sakit Sangat, Gugurkanlah Dosaku" - Karl Shafek

29-1-2021 12:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8439| Komen: 32

Pengacara dan usahawan, Karl Shafek mendedahkan dirinya harus menjalani ujian darah pada setiap bulan bagi memantau tahap keradangan dalam tubuhnya.

Jelas Shafek, keradangan dialamainya itu berpunca daripada penyakit Ankylosing Spondilitis yang pernah dihadapinya sebelum ini.



Kredit foto: IG Karl Shafek

Katanya lagi, bacaan darahnya ketika ini jauh berbeza jika ingin dibandingkan dengan manusia normal.

“Rutin setiap bulan. Check darah untuk pantau tahap inflamation dalam badan sejak setahun lepas. Hopefully result darah keluar nanti takdelah tinggi sangat radang dalam badan ni.

Normal people 3-5 je reading dia. Tapi saya around 60-80. Pernah turun tiga kali je ke tahap 35-45. Tapi nak dapat normal bawah 10 memang susah dah akibat Ankylosing Spondilitis ni,” tulisnya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram, bekas pengacara Hlive ini turut memberi tahu dirinya harus mengambil ubat tahan sakit bagi mengawal tahap keradangannya itu.


Malah, ada kalanya juga dia hanya membiarkan sahaja rasa sakit tersebut kerana sudah menjadi kebiasaan.

“Hari-hari telan ubat untuk control radang tu dan ubat tahan sakit je la 5-6 jenis. Kalau radang naik sampai 70-80 memang kena jaga-jaga. Masa tu dia boleh serang mata atau tisu badan yang lain. So far sakit belakang memang sentiasa ada.

“Kena selalu physio je la utk kurangkan. Ada kala sakit sangat juga, tapi mungkin sebab dah terbiasa so hadap je la. Mental kena betul-betul kuat untuk lawan. Semoga Allah SWT gugurkanlah dosa-dosaku. Amin,” katanya lagi.



Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan semoga Shafek lekas sembuh.

Terdahulu, menurut laporan Harian Metro, ‘Ankylosing spondylitis’ (AS) adalah sejenis artritis yang umumnya memberi kesan kepada tulang belakang. Ia amat menyakitkan dan boleh bertambah buruk sehingga mengakibatkan keradangan pada sendi-sendi tulang belakang.


Sumber: Media Hiburan


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cicicumel 29-1-2021 12:21 PM
Selalu tertukar dia ngn ni si Haze tu. Muka sama je
Quote kucingitam 29-1-2021 12:58 PM
aku lak slalu confuse dia dgn syafiq kyle..
Quote doubleA 29-1-2021 01:34 PM
Siannya. Muda lagi dia. Masa awal2 sakit dulu dia memang down sgt, mungkin sekarang dah boleh terima hakikat. Ada kawan iols ceria sihat, tiba2 sakit berangkai2, mula dari cyst, then sakit pinggang kronik dan sakit2 lain, tapi dia masih teruskan hidup dengan enjoy life to the fullest. Pernah cuba kerja tapi tak mampu, yela dengan 3 kali seminggu dialisis lagi, baik jaga kesihatan, cukup la family boleh tanggung hidup. Sakit tak kira usia skg, and life can turn upside down sekelip mata. Semoga cepat sembuh dan diringankan kesakitan

#moodmuhasabah
#sarungtelekungkhadijoh
Quote YomiuriLandMae 29-1-2021 01:46 PM
teringat dia dkt masterchef dulu..
Quote Minami2013 29-1-2021 02:07 PM
cicicumel replied at 29-1-2021 04:21 AM
Selalu tertukar dia ngn ni si Haze tu. Muka sama je

Cara cakap pun macam sama.. baru je i nak komen dia macam haze.

Anyway, moga Allah beri kesembuhan kpd karl shafek.
Quote imanjannah 29-1-2021 02:15 PM
moga Allah sembuhkan ko dek
Quote Ain_h 29-1-2021 06:52 PM
Sakit itu penhapus dosa.. Semoga cpt sembuh
Quote fadzyjemi 29-1-2021 09:44 PM
Sian sgt.. semoga diberikan kesembuhan
Quote helicornia 29-1-2021 10:58 PM
bukan ari tu dia ckp kena buatan org ke
ni le org melayu sikit2 sihir, buatan org
rupa2 ada penyakit lain
Quote little_sis 30-1-2021 06:47 AM
Semoga Allah beri kesembuhan utk dia, aamiin
Quote de_ikea 30-1-2021 06:59 AM
Semoga cepat sembuh karl. Dia ni gigih meniaga juga utk cr rezeki. Kuat ya dik. InshaAllah tiada apa yg sesia pada pandangan Nya.
Quote kakakpositifker 30-1-2021 08:50 AM
Semoga allah memberi kesembuhan buat dia dan mereka2 yang serdang sakit. Amin
Quote BicaraHatiku 30-1-2021 08:51 AM
Dalam kelompok -arthritis. Kalau mak iols cakap...keras belakang. Org main golf byk kena ni..
Quote Geeayden 30-1-2021 09:37 AM
Semoga tabah menghadapi ujian Allah dan diberi kesembuhan.
Quote misi_psy 30-1-2021 09:40 AM
Penyakit autoimmune ni
Quote Jemahjemah 30-1-2021 10:52 AM
Sian dia. Semoga diberi kesembuhan
Quote caprut 30-1-2021 10:55 AM
doubleA replied at 29-1-2021 01:34 PM
Siannya. Muda lagi dia. Masa awal2 sakit dulu dia memang down sgt, mungkin sekarang dah boleh terima ...

Da nk 40 kan dia ni. Standard la tu. Lebih2 lagi kalau zman muda tkde nk jaga kesihatan mksod makan main lantak je smua bnda
Quote kelapaparut 30-1-2021 11:00 AM
susah sakit mcm ni, nak keje xboleh, nak kawen pun org xnak, mkn ubat byk2 nanti sakit buah pinggang pulak
Quote Nenasketum 30-1-2021 07:51 PM
Semoga berjumpa dengan penawar. Setiap penyakit ada ubatnya, Insyaallah

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.060156 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top