CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM UK Janji Sekolah Buka Bila Semua Dapat Vaksin 8 Mac Ini

28-1-2021 11:49 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2068| Komen: 9|Original author: Oleh: Cari-Azza




Perdana Menteri United Kingdom, Boris Jonhson menegaskan yang sesi persekolahan hanya akan dimulakan paling awal bermula 8 Mac 2021, itu pun jika mereka mendapat vaksin mengikut jadual.

Sekolah-sekolah di England ketika ini ditutup dan mereka belajar menerusi talian.

Ia berikutan angka kematian sudah pun melebihi 100,000 orang, Boris berkata semuanya bergantung kepada kejayaan vaksinasi serta kemampuan rakyat berhadapan dengan situasi genting ini.

"Sepanjang pandemik ini, kami membuat pemerhatian dengan ianya dilakukan secara bertahap. Bagaimanapun, agenda pembukaan sekolah tetap keutamaan negara."


Foto : PA


Menurut Johnson, antara tanda situasi pulih ialah dengan kembalinya pelajar ke kelas masing-masing. Oleh itu, kerajaan England mahu membuat penyesuaian bagi sesi pembelajaran generasi pelapis ini.

"Saya tahu pelajar dan guru masing-masing tidak sabar untuk kembali ke kelas. Malahan ibu bapa juga yang bekerja dan dalam masa sama, mengajar anak-anak di rumah bermula dengan sarapan pagi hinggalah anak-anak tidur."


Foto : EPA


Jadi, perintah berkurung sehingga 8 Mac akan dihapuskan jika kerajaan mendapat vaksinasi seperti yang dijanjikan, seperti yang dilaporkan oleh Daily Star.

"Jika kita berjaya mencapai sasaran vaksin ke atas semua rakyat dengan dos pertama pada 15 Februari dan kumpulan ini akan mempunyai kekebalan terhadap virus tiga minggu seterusnya iaitu 8 Mac, maka persekolahan akan dibuka."


Foto : PA

Sudah jelas yang kerajaan England begitu serius dengan pembelajaran generasi pelapis mereka sehingga Perdana Menteri sendiri membuat pengumuman mengenai sesi persekolahan. - CARI
2

Bagus
5

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
5

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Churchill 28-1-2021 12:02 PM
sekolah tidak penting

yang penting pekerjaan

sekolah tinggi-tinggi tetapi masih berpegang teguh pada teori graviti buat apa?

Quote Ivysaur 28-1-2021 12:41 PM
Lupa nak tanya sedara mara kat sana. Cikgu kat sana mengajar OK tak ke dok? kat sini macam2 komplen. Plus cikgu upload dah sampai sekolah ya kat instagram
Quote izwan_izi 28-1-2021 12:44 PM
Teori konspirasi : Salah satu cubaan mewajibkan vaksin covid ke semua penduduk..

Quote GigaMom 28-1-2021 02:07 PM
Ivysaur: Lupa nak tanya sedara mara kat sana. Cikgu kat sana mengajar OK tak ke dok? kat sini macam2 komplen. Plus cikgu upload dah sampai sekolah ya kat insta ...


Apa mksud ayat last u?
Quote Kitty_catz 28-1-2021 02:15 PM
so mr prime minister... GCSE kensel ke on?

Quote Ain_h 28-1-2021 02:18 PM
Yeay for uk
Quote damsel_fiji 28-1-2021 02:39 PM
Dorg ni sekelas bukannya ramai pun kan sampai berpuluh2 org mcm kt malaysia nih
Quote dua_chzy 29-1-2021 01:08 AM
damsel_fiji: Dorg ni sekelas bukannya ramai pun kan sampai berpuluh2 org mcm kt malaysia nih


Belas2 je. Fasilitis pun tiptop. Cikgu kokesen ngajo kat sekolah gomen tanahair ini pun merungut chuolllllssz.
Quote dua_chzy 29-1-2021 01:14 AM
Ivysaur: Lupa nak tanya sedara mara kat sana. Cikgu kat sana mengajar OK tak ke dok? kat sini macam2 komplen. Plus cikgu upload dah sampai sekolah ya kat insta ...


Aiol pernah bercerita (lama dulu) dengan cikgu BI kokesen ngajo kat Manchester. Dari cerita sheols, ai boleh simpulkan as long as ngko cikgu, masalah yang ko hadapi sama saja di serata dunia. Peel stodens dengan mak pak pun sama saja. Paling best cikgu tu kata jangan ingat lahir kokesen terus terer BI. Ramai jugak yang bengap2 belaka tak mampo kuasai bahasa sundri. Oh yaaa aiol kata seraya teringat terus stodens tanahair.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:03 AM GMT+8 , Processed in 0.070613 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top