Perdana Menteri United Kingdom, Boris Jonhson menegaskan yang sesi persekolahan hanya akan dimulakan paling awal bermula 8 Mac 2021, itu pun jika mereka mendapat vaksin mengikut jadual.
Sekolah-sekolah di England ketika ini ditutup dan mereka belajar menerusi talian.
Ia berikutan angka kematian sudah pun melebihi 100,000 orang, Boris berkata semuanya bergantung kepada kejayaan vaksinasi serta kemampuan rakyat berhadapan dengan situasi genting ini.
"Sepanjang pandemik ini, kami membuat pemerhatian dengan ianya dilakukan secara bertahap. Bagaimanapun, agenda pembukaan sekolah tetap keutamaan negara."
Foto : PA
Menurut Johnson, antara tanda situasi pulih ialah dengan kembalinya pelajar ke kelas masing-masing. Oleh itu, kerajaan England mahu membuat penyesuaian bagi sesi pembelajaran generasi pelapis ini.
"Saya tahu pelajar dan guru masing-masing tidak sabar untuk kembali ke kelas. Malahan ibu bapa juga yang bekerja dan dalam masa sama, mengajar anak-anak di rumah bermula dengan sarapan pagi hinggalah anak-anak tidur."
Foto : EPA
Jadi, perintah berkurung sehingga 8 Mac akan dihapuskan jika kerajaan mendapat vaksinasi seperti yang dijanjikan, seperti yang dilaporkan oleh Daily Star.
"Jika kita berjaya mencapai sasaran vaksin ke atas semua rakyat dengan dos pertama pada 15 Februari dan kumpulan ini akan mempunyai kekebalan terhadap virus tiga minggu seterusnya iaitu 8 Mac, maka persekolahan akan dibuka."
Foto : PA
Sudah jelas yang kerajaan England begitu serius dengan pembelajaran generasi pelapis mereka sehingga Perdana Menteri sendiri membuat pengumuman mengenai sesi persekolahan. - CARI |