CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Salahkan Syarikat Kurier Punca Barang Pecah, Pembeli Teruk Dihentam Netizen

28-1-2021 01:43 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8576| Komen: 45

Description: Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu komisyen pekerja J&T tidak dibayar dan menyebabkan longokkan parcel. Bagaimanapun, kali ini isu lain pula muncul.



Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai isu komisyen pekerja J&T tidak dibayar dan menyebabkan longokkan parcel. Bagaimanapun, kali ini isu lain pula muncul.

Tular di media sosial menunjukkan barang pelanggan yang menggunakan perkhidmatan syarikat tersebut dalam keadaan hancur dan langsung tidak boleh digunakan lagi.

Dapat dilihat barangan tersebut tidak menggunakan kotak, bubble wrap serta tiada tanda fragile diletakkan oleh penjual.


Bagaimanapun, tindakan pembeli yang menyalahkan pihak J&T berikutan barangan diterima rosak ternyata mengundang kecaman netizen.

Netizen berkata barangan itu rosak bukan disebabkan pihak kurier tetapi penjual yang tidak membungkus barangan berkenaan dengan baik.

Rata-rata netizen mengatakan barangan yang diterima menggunakan perkhidmatan J&T sentiasa dalam keadaan baik. Malah, peniaga turut mengatakan selama ini tiada masalah sepanjang mengunakan perkhidmatan kurier itu.

Kata netizen lagi, jika barangan lambat tiba mungkin boleh salahkan kurier berkenaan tetapi jika barangan rosak kerana tidak dibalut dengan baik ianya adalah salah penjual.



Bagaimanapun, difahamkan pemilik asal video tersebut telah pun memadam video berkenaan selepas menerima kecaman ramai. Apa pun diharap penjual lebih peka sebelum melakukan penghantaran, tak pasal-pasal orang lain dipersalahkan nanti.




SUMBER: Twitter/gulapop

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 28-1-2021 05:09 AM
So far dpt brg Dr J&t semua ok, cuma Kadang2 kotak kemek sikit tp x effect brg2 pon
Quote songhara1226 28-1-2021 07:23 AM
X sekarang ni brg iolls pakai JNT EXPRESS lagi, tpi 21 hari dh ni, x sampai2

Ada kaitan ke dengan pekerja mogok tu
Quote kaoru44 28-1-2021 08:28 AM
Stakat ni xda lg dpt brg pecah2 mcm tu..
Tp agak2 la..beli je la air susu tu dkt agent2 tdekat..
Xpsl2 kena kecam..
Brg iols pun mgkn tsangkut jgk kat tmpt ni..dlm 5hari kat situ..smlm baru smpai..tp brg ok..sbb seller balut tebal2..
Quote CiliPadiSedap 28-1-2021 10:01 AM
habislah barang lazada. selamat shopee dh sampai
Quote Megikari 28-1-2021 10:12 AM
Barang aku pun ada pending lagi 3 kat jnt, ada yg dah 4 hari diperam kat warehouse. Tapi aku husnuzon je la, maklum la musim pkp orang prefer to shop online, tambah pulak shopee lazada tgh galak buat cny punya sale
Quote mawar_mustika 28-1-2021 10:34 AM
sudah terang lg bersuluh salah seller p bungkus lagu tu
Quote Supersirap 28-1-2021 11:24 AM
Pergi lah tanya seller kenapa bungkus barang macam tu
Quote depresio 28-1-2021 11:33 AM
Tak faham kenapa nak salahkan customer tu 100%?
Kalu tgk barng tu hancur lebur kot
Bukannya takat terpenyek skit2...
n mmg ada buble wrap pon
Aku kerap je beli online elok je sampai

Quote rogayahtop 28-1-2021 12:14 PM
Kesian. Lain kali baca review seller packaging mcm mana.

Tp kan akak.nak tergelak pun ada  kalau baca review 1 star pasal kotak kemek. Nokk tujuan kotak tu nak protect benda kat dlm kalau kotak kemek brg ok tu maksudnya berkesan la packaging tu baling2 dgb bertindan2nya . Ingat  fairy godmother yg terbangkan package kut kotak nak perfect
Quote LadyCarefree 28-1-2021 12:41 PM
depresio: Tak faham kenapa nak salahkan customer tu 100%?Kalu tgk barng tu hancur lebur kotBukannya takat terpenyek skit2... n mmg ada buble wrap ponAku kerap j ...


Xcukup bubble wrap macam tu sedangkan susu adalah berat yakmat. Pack susu tu pun lembik. Kena masuk kotak la. Then kena ada outside bumper lagi, benda fragile. Seller yg ambil mudah atau customer tak nak beli extra bubble wrap.
Quote Ivysaur 28-1-2021 01:05 PM
Bungkus macam tu je memang padan muka je la
Quote husie91 28-1-2021 01:06 PM
Haha mcm mana la laki bini tukang viral tu skrg ehh niat dihati nak kecam n viral.. bnde lain plak yg dpt
Quote husie91 28-1-2021 01:12 PM
Kalau tgok komen2 kt fb dorg tknak ngaku salah pon dh salah ckp salahkn curier padahal salah seller.. siap ckp dh settle dgn jnt dah pon..
Quote salmon-suki 28-1-2021 01:52 PM
Tu sah2 salah seller y tak pack dalam kotak n bubble wrap kan susu tu..sekadar pack mcm tu,mmg laa terpenyet abes wehhhh...g komplen kt seller tu laa
Quote salmon-suki 28-1-2021 01:55 PM
songhara1226: X sekarang ni brg iolls pakai JNT EXPRESS lagi, tpi 21 hari dh ni, x sampai2 Ada kaitan ke dengan pekerja mogok tu


Bertabah laa sis..rendang ai setahun lps pun xde sampai tp kt shopee dia ltk delivered..bila complaint,xde apa2 tindakan pun..skrg apa2 bentuk makanan ai rela cod atau order mtk rider y htr .xnk guna post2 daa..tp brg, Alhamdulillah..selamat smpai..hihihi~{:smile
Quote Ain_h 28-1-2021 02:28 PM
So, conclusion wrap dgn betul
Quote exclusive_vvip 28-1-2021 02:36 PM
rogayahtop replied at 28-1-2021 12:14 PM
Kesian. Lain kali baca review seller packaging mcm mana.

Tp kan akak.nak tergelak pun ada  kalau ...

samalah sis..I pun nak tergelak kalu ada review customer complaint psl kotak kemek..pastu cakap plak, tapi barang ok...adoiii la..yg penting barang dlm itu elok takpe la kan..
Quote mieymiey 28-1-2021 02:53 PM
Habis ko ingat seller tu bagi j&t susu tu macamtu, kemudian j&t yang packing ker? Adoyaiiii.
Quote jazaa100 28-1-2021 03:29 PM
seller skrg pun kuang ajor.....nk bubble wrap kena byr lebih....eh, bkn kau ke kena pastikan brg tu dibalut elok.....

ni aku tak paham....

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.115938 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top