CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Lucu Atau Sakit Hati Tengok Anak Kejut Ibu Dari Koma Dengan Menari TikTok?

27-1-2021 05:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4550| Komen: 14

Description: Tidak dinafikan, sinetron Indonesia sememangnya sering menjadi pilihan penonton kerana kebanyakan jalan cerita mereka agak menarik dan menghiburkan.
Tidak dinafikan, sinetron Indonesia sememangnya sering menjadi pilihan penonton kerana kebanyakan jalan cerita mereka agak menarik dan menghiburkan.

Walaupun kadangkala tidak logik, namun ianya mampu diingati ramai seperti video yang tular di TikTok, baru-baru ini.


Salah satu adegan dalam sinetron Kisah Nyata yang ditayangkan di Indosiar menjadi bualan hangat netizen. Mana tidaknya, ada babak di mana ibu koma tiba-tiba terbangun setelah mendengar muzik TikTok. 


Kredit foto: TikTok

Semuanya bermula ketika si bapa mengingatkan anaknya untuk terus berkomunikasi dengan ibunya walaupun dia dalam keadaan koma.

"Mudah-mudahan, dengan terus bercakap dengan ibu kamu, saraf otak ibu dapat bertindak balas dan ibu akan segera bangun," kata lelaki itu.

Apa yang menghiburkan apabila saat si anak tampil memberi cadangan agar mereka menari TikTok kerana ibunya sangat gemar bermain aplikasi tersebut dan dipersetujui bapanya.


Mereka kemudian memainkan video dan muzik di TikTok sambil menari mengikut rentak. Namun, secara tiba-tiba ibunya sedar dari koma.

"Kenapa kamu menari TikTok tanpa mengajak ibu?" soal wanita itu.



Rakaman video tular ini mula dibanjiri dengan komen-komen yang lucu. Rata-rata terhibur dengan babak drama tersebut dan ada juga yang menganggap ia terlalu merepek. 

Tak kurang juga yang berang dengan pengarah drama berkenaan yang seolah-olah menggalakkan orang ramai bermain TikTok tidak kira masa. 


Sumber: OhBulan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 27-1-2021 05:48 PM
teringat kat scene seniman bujang lapok
pasal masak sayur asam tak campur belacan pun nak pancung org
pramlee cakap "dah cerita dia macam tu apa boleh buat!!!"
Quote nsagb 27-1-2021 05:51 PM
Matilah nak...hahaha ibunya pun bangun dari koma macam baru bangun dari tido{:smile
Quote sawi_bayam 27-1-2021 05:54 PM
{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh{:laugh makasih tiktok bisa jagain ibu
Quote Skuau 27-1-2021 06:03 PM
Sinetron Indon...emangnya gituan..pak.....
Quote kakakpositifker 27-1-2021 10:22 PM
mdhelmi: teringat kat scene seniman bujang lapokpasal masak sayur asam tak campur belacan pun nak pancung orgpramlee cakap "dah cerita dia macam tu apa boleh ...

Ahhahah betul
Quote epal21 27-1-2021 11:13 PM
Koma tapi wajah glowing. Apa rahsianya? Bodohnya lahai cerita ni. Tiktok?
Quote azimodin 28-1-2021 12:13 AM
Dulu-dulu: "ya allah, bantuin nabila ya allah.. Nabila janji nabila ngak akan marah2 lagi"
Sekarang: bunda koma, ayuh menari tiktok.. Shiapa tau, ibuk bakal sadar

Tetiba aku teringat scene mayat masuk dalam mesin bancuh simen. Indoneaia boleh!
Quote sueburn 28-1-2021 12:59 AM
Ai kenot brain this..{:question
Quote nanies 28-1-2021 10:20 AM
hahahhaha biarla dorg claim benda alah ni. bangkit dr koma sbb tiktok
Quote eyansss 28-1-2021 11:46 AM
azimodin replied at 28-1-2021 12:13 AM
Dulu-dulu: "ya allah, bantuin nabila ya allah.. Nabila janji nabila ngak akan marah2 lagi"
Sekarang ...

hahaha...  yang tu memang kenot brain...  to the max penghinaan kepada jenazah tu...  punya la nak tunjuk jahat gila orang tu masa hidup...
Quote buapakperut 28-1-2021 01:49 PM
sayang sekali hero tu lakonkan watak sehina ini dalam sinetron sampah
Quote shuerin 28-1-2021 04:20 PM
urut dada + ketap gigi je klau tgk slot isteri yang tersakiti ni...

belum lg ditambah "ku menangissss...membayangkan betapa kejamnya..." tiap kali scene sedih sambil voice over
Quote gideoncross 14-4-2021 04:19 PM
mdhelmi: teringat kat scene seniman bujang lapokpasal masak sayur asam tak campur belacan pun nak pancung orgpramlee cakap "dah cerita dia macam tu apa boleh ...

Ahahahaha, nsi dh mnjdi bbur.
Quote rain2169 16-5-2021 04:23 PM
eiii tak suka taw tengok stock-stock citer cenggini...
tapi nak buat camna kannn dah masyarakat mereka suka... huu huu...
kalau I.... memang tak tengok la....

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 02:09 AM GMT+8 , Processed in 0.062267 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top