CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Jangan Tembak, Bising" - Duterte Arah Tikam Individu Guna Namanya Untuk Rasuah

28-1-2021 12:57 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2824| Komen: 11

Description: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menegaskan kepada rakyat agar menikam mana-mana penipu yang menggunakan namanya dan pegawai Kabinet untuk tujuan rasuah.
Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menegaskan kepada rakyat agar menikam mana-mana penipu yang menggunakan namanya dan pegawai Kabinet untuk tujuan rasuah.

Berdasarkan laporan The Times, Duterte memberi amaran agar tidak berurusan dengan orang yang menggunakan namanya atau pegawai kanan kerajaan lain atas tujuan mendapatkan kontrak perniagaan dan mempercepat pemprosesan.



Kredit foto: Global Times

"Tikam sahaja. Jangan menembak kerana ia bising dan anda mudah tertangkap," katanya turut menggambarkan pengamal rasuah sebagai 'parasit' dan 'lintah'.

Beliau berkata demikian pada satu perutusan mingguan yang disiarkan di televisyen bagi memaklumkan perkembangan berhubung tindak balas kerajaan terhadap pandemik Covid-19.

Komennya itu kemungkinan akan menimbulkan kemarahan kumpulan hak asasi manusia dan pengkritik kerajaan.


Ini kerana Duterte tidak layak untuk pemilihan semula presiden apabila penggalnya berakhir tetapi dengan memenuhi manifesto janji kempen untuk membanteras gejala rasuah dapat meningkatkan peluang penggantinya untuk dipilih dalam pemilihan pada 2022 nanti.

Sebelum ini, jurucakap Duterte pernah mengatakan bahawa presidennya sudah biasa menggunakan bahasa berbunga, hiperbola atau lawak.

Ribuan orang yang disyaki pengedar dadah telah terbunuh dalam kempen anti-narkotik khas Duterte itu.

Sementara itu, jurucakap presiden, Harry Roque tidak memberikan sebarang respons terhadap kenyataan yang dikeluarkan Duterte.


Sumber: Sinar Harian

6

Bagus
2

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nanies 28-1-2021 01:21 PM
hahhaha bijaksana juga ckp dia tu
Quote Churchill 28-1-2021 01:28 PM
bayangkan kalau Tun yang cakap begini

pasti makin ramai yang sayangkan Tun

Quote Lagubestbest 28-1-2021 02:07 PM
Churchill replied at 28-1-2021 01:28 PM
bayangkan kalau Tun yang cakap begini

pasti makin ramai yang sayangkan Tun

tak boleh, nanti belum apa2 tun yg kena tikam dulu.
Quote Churchill 28-1-2021 02:15 PM
Lagubestbest replied at 28-1-2021 02:07 PM
tak boleh, nanti belum apa2 tun yg kena tikam dulu.

semoga Tun sentiasa dilindungi Yang Maha Pelindung dari segala kejahatan dan dipanjangkan usianya kepada 120 tahun

Amin
Quote Ain_h 28-1-2021 02:25 PM
Wow sekata dibenarkan eh kat sana
Quote VioletsAre_Blue 28-1-2021 03:41 PM
Pakai je la suppressor
Quote ninja9 29-1-2021 09:44 PM
kira hebat juga dia ni... lepas pengedar dadah bergelimpangan mati, skrg macam dah nak istihar perang dengan rasuah pulak..
Quote pinkpunk 29-1-2021 10:05 PM
dia ni patut ada kt msia..
Quote ashilalat 29-1-2021 10:29 PM
Churchill replied at 28-1-2021 01:28 PM
bayangkan kalau Tun yang cakap begini

pasti makin ramai yang sayangkan Tun

Aku rasa tun yg kena tikam dlu...hahahaha
Quote gideoncross 2-2-2021 11:38 AM

An intellectual.
Quote notM 2-2-2021 03:08 PM
Duterte ni bengang sebab Negara dia hancur sebab dadah dan rasuah.

Tapi itu je cara nak banteras.

Cara dia tu berjaya.

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.050302 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top