CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Tak Adil, Kluster Binaan Tak Pakai Mask Tapi Kami Yang Kena Shut Down'

28-1-2021 11:52 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8497| Komen: 56|Original author: Oleh: Cari-Azza



Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini sangat mencabar. Dengan jumlah kes Covid-19 masih di takuk sama, kira-kira 3,000 kes setiap hari biarpun setelah tiga minggu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan, menunjukkan masih ada isu yang belum diselesaikan.

Memandangkan banyak kes Covid-19 berpunca daripada kluster pembinaan, rata-rata masyarakat tidak berpuas hati dengan situasi yang membenarkan beberapa industri rancak bekerja biarpun dalam tempoh PKP.

Sementelah lagi, pekerja pembinaan didakwa tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) iaitu tidak memakai pelitup muka ketika bekerja membuatkan netizen marah.

Namun begitu, seorang pekerja industri binaan tampil menjawab persoalan tersebut.


Foto :Twitter


Bagi Safiudin, membandingkan pekerjaan yang berada di dalam pejabat dan boleh memakai pelitup muka sepanjang hari berbanding pekerja binaan yang perlu bermandi peluh di bawah matahari adalah perbandingan tidak adil.

"Doktor duk dalam bilik berhawa dingin, cuba dulu berdiri lima minit bawah matahari, berdiri dulu takyah buat apa."


Foto : Twitter

Ianya turut dipersetujui oleh netizen lain yang menegaskan bahawa pekerjaan tersebut sukar kerana berhadapan kepanasan, jadi pemakaian pelitup muka hanya akan membuatkan si pemakai cepat berpeluh seterusnya menyukarkan pernafasan.



Foto : Twitter

Memahami kemarahan pengadu adalah kerana di bawah PKP, banyak sektor terpaksa ditutup manakala beberapa industri lain dibenarkan dibuka, ianya dilihat tidak adil.

Namun, untuk menunding jari tanpa menyelidik juga sebenarnya tidak wajar. Sama-sama kita berharap agar kes ini semakin berkurangan. - CARI
3

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
7

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jemahjemah 28-1-2021 11:57 AM
Tau xpe. Ni paling bongok. Kes naik sbb kluster kilang2 n tapak binaan. Yg kena bkurung, org industri lain. So nak expect kes turun ke ?
Quote cikatilia 28-1-2021 12:03 PM
sapa kata dr duduk bawah ekon je
bodo
ingat dr2 tu tido?

yg duduk keluar bawah khemas buat swab test dan tentu2 risiko tinggi sbb org yg dtg tak tau menipu ke apa

nak suruh dr tu pasang tiang baru kata dr kerja ke apa
Quote tagas 28-1-2021 12:05 PM
Mmg sesak nafas kalo manjang pakai mask

dgn panas terik nya skang

mmg berlemuih laa
Quote rogayahtop 28-1-2021 12:09 PM
Kalau tak pakai mask kenapa tak saman je 1k sorsng? Kalau kat luar ni ingat boleh suka2 hato bg alasan panas tak nak pakai mask?

Bangla construction, menteri, sapa lg yg dapat pelepasan tak payah pakai mask? Restoran mamak pun mcm ye susah nak tgk mamak pakai mask.
Quote airmineral 28-1-2021 12:10 PM
aku p keje nek lrt
dr station ke opis jlan kakk lm 10minit pali g laju la
ni pon ras semput nak bernapas
da la panas berlengas mmg merimaskan
tp kalau sikit je yg jaln kaki dan jarak2 aku bukak je mask tu sblm ku pengsan srg2 tgh jln

apatah lagi org yg kerja berat2 peluh berlemuih gini nak berfacemask{:freak siannn
Quote krustykrab 28-1-2021 12:14 PM
Betul la apa dia ckp...cuaca negara kita yg panas terik ni bila korg pakai mask buat keje2 berat tgh panas mmg la sesak napas..gila apa nk suruh org tu pakai mask tgh panas
Quote kasibiman 28-1-2021 12:42 PM
So shutdown construction la. Apa susah.
Quote Decaffeinated 28-1-2021 12:47 PM
Apa yang tak adil nya... ko try lah membanting tulang tengah panas tu pakai mask nak tengok cemaner pulak ko meroyan
Quote CiliPadiSedap 28-1-2021 12:53 PM
ni baru api dunia dik, api neraka lg panas.
Quote Ivysaur 28-1-2021 12:59 PM
Aduh pesawwh ladi macam mana pulak tu..
Quote monreyes 28-1-2021 01:08 PM
airmineral replied at 28-1-2021 12:10 PM
aku p keje nek lrt
dr station ke opis jlan kakk lm 10minit pali g laju la
ni pon ras semput nak be ...

kalau aku jln sorang2 mmg aku turunkan ke bawah hidung...
bila selisih dgn orang..aku naikkan semula...
kat opis pun camtu...
turun naik turun naik je mask tu....
Quote nanies 28-1-2021 01:20 PM
kalo mask dah berpeluh basah, lg susah nk napas nanti
Quote JunkMail 28-1-2021 01:24 PM
Walaupun aku memahami seksa pakai mask keje panas.. still aku rasa tak adil. Yg bergasak banyak kes construction dgn kilang. Yg kena kuarantin group lain tak berkaitan. So tang mana nak turun kes nya? Kuarantin la kilang2 construction bagai ni semua. Bagi diorang pergi ke balik keje je jgn bercampur dgn masyarakat. Keji tak hatiku yg hitam ni.
Quote MarryPottet 28-1-2021 01:32 PM
airmineral replied at 28-1-2021 12:10 PM
aku p keje nek lrt
dr station ke opis jlan kakk lm 10minit pali g laju la
ni pon ras semput nak be ...


Simpati sangat kat sis nak kena keluar cari rezeki time pandemik mcm ni, naik lrt pulak tu
Jaga diri ya sis, jaga pemakanan jugak
Semoga Allah lindungi sis & semua yg keluar mencari rezeki dari marabahaya & wabak penyakit terutamanya covid-19. Aamiin
Quote ~boolean 28-1-2021 01:38 PM
habis spm, terus masuk universiti, interview kerja terus masuk ofis beraircond...
tapi tetap bodoh...
masalah bila hidup ada privilege, tapi tak ada empati dan kesedaran terhadap orang lain...

campak pekerja2 yang nyaman hidup WFH/ ofis air cond ni ke tengah panas, tengok lama mana mampu buat kerja dengan mask...cuba..cuba..
Quote ninja boy 28-1-2021 01:57 PM
Pekerja bangla indon mesti swab test sblm duduk camp or hostel majikan sediakan kantin kedai runcit camp hostel ber sop dikawal ketat guard tak boleh keluar bercampur dgn org luar, pasang pagar keliling cctv, bangla panjat pagar siren bunyi terus kepung soalsiasat Dan humban brg2 nyah ko dari sini x boleh masuk lagi camp.
Malangnya majikan x kontrol hal pekerja, pekerja merayau, org luar dtg menginap secara Haram bawa virus
Quote ninja boy 28-1-2021 02:10 PM
X boleh stop kerja, mesin tersadai, kerja x jln, besi berkarat, kos meningkat
Quote GigaMom 28-1-2021 02:18 PM
cikatilia: sapa kata dr duduk bawah ekon jebodoingat dr2 tu tido?yg duduk keluar bawah khemas buat swab test dan tentu2 risiko tinggi sbb org yg dtg tak tau meni ...


Adoi, u baca mcm mana
Dia suh buat pbndingan tang pakai mask je
X da langsung kata Dr x buat kja
Masa2 teruk covid gini,berani nk kata Dr. x buat kja
Bhy cara u bc cerita klu perlu mnyampai info kat org lain
Quote Ain_h 28-1-2021 02:18 PM
Harap pihak wajib dpt mempertimbangkan

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 09:34 AM GMT+8 , Processed in 0.066363 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top