CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlalu Cinta, Suami Sanggup Bekukan Mayat Isteri Selama 50 Tahun

25-1-2021 01:42 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3166| Komen: 7

Akibat terlalu sayang, seorang lelaki di China bertindak membekukan mayat isterinya yang meninggal dunia akibat kanser paru-paru untuk jangka masa 50 tahun.

Sebelum kematian isterinya itu, Gui Junmin terfikir mengenai tangki kriogenik, sebuah teknologi pembekuan menggunakan suhu yang terlampau rendah untuk membekukan isterinya, Zhan Wenlian.

Selepas membuat penyelidikan dan berbincang dengan pakar, Gui kemudian meminta kebenaran Zhan yang ketika itu sudah terlantar akibat penyakit berkenaan.

Ketika itu, sel kanser itu sudah merebak ke otak isterinya.


Foto: mothership.sg

Gui berkata, Zhan pada masa itu sudah tidak mampu melahirkan ekspresi mahupun menggerakkan otot wajahnya.


"Saya memintanya memegang tangan saya jika bersetuju dengan teknologi itu. Dia bersetuju apabila memegang tangan saya," katanya kepada media tempatan.

Jantung Zhan berhenti berdegup pada 8 Mei 2017.

Pasukan khas di Institut Penyelidikan Sains Hayat Yinfeng kemudian menjalankan prosedur 55 jam untuk pembekuan mayat wanita itu.

Jasad Zhan diletakkan dalam tangki kriogenik untuk dibekukan selama 50 tahun.

Tangki kriogenik itu diisi 2,000 liter cecair nitrogen dan disimpan pada suhu -196 darjah celcius.

Gui sempat melihat wajah isterinya buat kali terakhir yang disifatkannya seperti sedang tidur.

Bagaimanapun, jasad wanita itu bukanlah satu-satunya individu yang pernah menjalani prosedur itu.

Sehingga kini, 10 jasad membabitkan individu berusia yang antara 13 hingga 72 tahun dibekukan menerusi proses sama di institut berkenaan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jamilahpropa 25-1-2021 01:47 PM
Shuk ko tgk camne laki ni punya syg bini.. Lahhh tibe komen pasal shuk kat sini {:run
Quote jalfa 25-1-2021 01:53 PM
Ala ala melting me softly kan..cuma dlm cite tu masuk dlm kapsul  beku masa masih hidup....then sampai  teknologi perubatan dah canggih,cairkan balik..
Quote zulka 25-1-2021 02:11 PM
wow...kagum
Quote jojie 25-1-2021 03:50 PM
Untong isteri dia dapat suami yg sayang sgt.
Jgn jadi hantu lompat- lompat sudah!
Quote hatikudus 25-1-2021 03:57 PM
Dlm pada berita shuk yg kantoi curang tinggal kat rumah awek, dato yg ugut & pukul bini....ada gak spesis laki yg syg bini camni...
Quote matchstick 25-1-2021 04:12 PM
Boleh jenguk ke utk tgk wajah mayat dalam tong tu. Dlm citer Korea tu tangki dia transparent so boleh nmpk sekujur badan yg dibekukan tu..ni simpan dlm tong besi gitu nk buat gapo..
Quote bungasakura89 21-3-2021 08:27 AM
Romantiknyaa hahaaa

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:22 PM GMT+8 , Processed in 0.036028 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top