CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Meninggal Dunia Ketika Melaungkan Azan Pada Kalimah Allahu Akbar Dan Shahadah

25-1-2021 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3070| Komen: 12

Description: Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ini cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla ...




Seluruh penghuni apartment Sri Ixora Seksyen 27 Shah Alam berasa pelik kenapa azan subuh dari Surau Ar-Rayyan pagi ini cuma kedengaran dua rangkap dari kalimah yang mulia (Allahu Akbar dan Ashadu alla illaha illa Allah) dan kemudian terhenti. Kemudian bersambung di corong pembesar suara semacam cemas.

Selang kemudian terdengar ajk lain membuat pengumuman menyeru ahli keluarga En Man dari blok 45 turun ke surau dengan kadar segera dan kelihatan ambulan tiba di kawasan surau.

Setibanya di ruang solat surau, kelihatan sekujur tubuh kaku terbaring di ruang azan.

Abang Rosliman atau lebih mesra dengan panggilan Abang Man, telah kembali bertemu PenciptaNya dalam keadaan semua orang beriman impikan. Arwah meninggaal dunia ketika melaungkan azan pada kalimah Allahu Akbar dan Shahadah.


Sebak dan bergenang air mata ini para jemaah sahabat rapat.

“Malam tadi baru dia yang beriya-iya mahu menjayakan majlis kenduri kesyukuran Ustaz Sahari yang baru keluar hospital yang akan diadakan di surau.

Dia yang nampak sangat gembira dengan menu yang dicadangkan. Dia yang menawarkan diri untuk menyediakan kopi o kaw. Rupanya dia Allah panggil dalam keadaaan sangat-sangat kami cemburu.” ujar salah seorang jemaah.

Paling kami terkejut hari ini adalah hari ketiga arwah memberanikan diri dan juga sangat teruja untuk azan subuh walaupun beliau bukan bilal surau.

Beliau merupakan AJK Pemeriksa Kira-kira surau.

Allah sayang Abang Man lebih dari kami semua bang. Abang Man pernah berseloroh :
“Kita jaga amanah surau ni bukan untuk kita sekarang, tapi gunanya bila kita kat sana nanti”.

Moga Allah pilih Abang Man menjadi penghuni Al-Firdaus. Allah Maha Mengetahui.



Kredit : AJK Surau Ar-Rayan
#Allahuakbar
#IndahnyaKema tianMu.

Sumber: fb Cikgu Jie Maju Jaya
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote grouper 25-1-2021 04:00 PM
Inna lillahi wa inna ilayhi raji'un...
Sebak pulak baca berita ni
Quote Lengkong 25-1-2021 04:10 PM
Dah keluar kat Cari berita ni





Quote isseliparjepun 25-1-2021 04:35 PM
Allah..kematian yang dicemburui. Tersentuh hati.
Quote ulamalu 25-1-2021 04:37 PM
Lengkong replied at 25-1-2021 04:10 PM
Dah keluar kat Cari berita ni

Ya, dah ada dulu.
Quote anony-mous 25-1-2021 05:35 PM
Sgt3 jealous!!! Apa la yg dia amalkan masa hidup smpai mcm ni Allah jemput dia. No amount of money can make me jealous tahap ni
Quote Nenolen 25-1-2021 06:41 PM
Cerita thn bile nie...ikut komen porumner berita dah pernah keluar di porum...sebb mcm pelik juga nak buat kenduri kat surau walhal sekrg nie pkp...
Quote olaklempit 25-1-2021 07:22 PM
ni cerita lama kan?
Allahuakbar..untunglah orang yang meninggal dalam wudhu dan bersedia untuk solat ini.
Quote Supersirap 25-1-2021 08:54 PM
Salam takziah kepada allahyarham, semoga dipermudahkan segala urusan
Quote 234126 25-1-2021 10:58 PM
Suka berita ni dari malaysia. Innalillah, indahnya dia dijemput waktu nak azan dgn kalimah tu pulak.
Quote bambimo 25-1-2021 11:03 PM
Ya Allah detik kematian yg sgt dcemburui
Quote Ain_h 26-1-2021 11:57 AM
Al fatihah
Quote jerukkedondong 26-1-2021 12:42 PM
Sebaik2 pengakhiran hidup..
Sayang nya Allah pd dia

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 12:14 PM GMT+8 , Processed in 0.051135 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top