CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mukanya Garang," -Nad Zainal Gerun Berlakon Dengan Rosyam Nor

25-1-2021 01:05 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3217| Komen: 11

Description: Aktres Nad Zainal meletakkan bintang digelar 'Hero Malaya', Datuk Rosyam Nor sebagai aktor paling digeruni apabila mereka digandingkan dalam dua projek telefilem.
Aktres Nad Zainal meletakkan bintang digelar 'Hero Malaya', Datuk Rosyam Nor sebagai aktor paling digeruni apabila mereka digandingkan dalam dua projek telefilem.

Nad mengaku pengalaman berlakon bersama Rosyam cukup menggerunkan bagi dirinya yang sudah 13 tahun bertapak dalam dunia seni.

Tidak hairanlah, ketika berkongsi senarai aktor yang pernah berganding dengannya melalui Instagram (IG) TV, baru-baru ini, Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin meletakkan nama Rosyam pada tangga pertama.


Foto: IG

"Dua kali berganding dengan Rosyam dianggap momen indah dalam kerjaya seni. Siapa tidak gerun berlakon di sisinya. Namanya hebat dan cukup karisma.


"Bayangkanlah, dapat berlakon dengan pelakon pujaan hati. Malah, ibu bapa saya juga sukakan Rosyam.

"Ketika mereka tahu saya berganding dengannya buat kali pertama, ibu dan ayah teruja. Sedangkan, saya pula gementar bercampur takut," katanya.


Nad dan Rosyam pertama kali digandingkan dalam telefilem Mawar Putih Tanda Perpisahan pada 2013. Kali kedua, mereka tampil dalam telefilem sempena Aidilfitri, Terputusnya Sebuah Doa.

Nad yang bakal melahirkan anak kedua, April depan, kagum dengan Rosyam yang tidak lokek berkongsi ilmu lakonan dan nasihat.

"Lihatlah sekarang, biarpun tidak aktif berlakon dan fokus berniaga, pengaruhnya kuat. Beliau pemurah mengajar saya skil lakonan.

"Mukanya tampak garang, tapi orangnya sempoi, kelakar dan merendah diri. Selain itu, beliau tidak pernah lupa diri dan sentiasa menghargai peminat.

"Rosyam beritahu saya, tanpa peminat, artis tak akan ke mana-mana, terutama makcik dan pakcik di kampung yang menonton lakonan kita. Nasihat itu saya ingat dan pegang sampai bila-bila," katanya.




Dalam perkembangan terbaru, Nad teruja berkongsi mengenai wataknya sebagai Juweta dalam Takdir Yang Tertulis arahan Sharulezad Mohameddin.

Drama yang menghiasi slot Samarinda TV3 itu turut dibintangi Nazim Othman, Elvina Mohamed dan Alvin Chong.

"Jika dalam Hati Yang Tersakiti saya jadi isteri dan wanita teraniaya, kali ini, saya bawa watak wanita agresif," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 25-1-2021 01:07 PM
Danish kan
Quote jamilahpropa 25-1-2021 01:08 PM
Suka la tengok nad ni.. Life dia x menarik sgt, mmg totally bakat lakonan dia best..
Quote She-Ra 25-1-2021 01:30 PM
dia ni antara yg betul2 berbakat seiring dgn rupa
lakonan sentiasa mantap

mlm td layan sherry show, ada rosyam nor. boleh tahan kaki lawak, sweet talker pun yea jgk
Quote nanies 25-1-2021 03:58 PM
boleh la.. tak minat sgt
Quote yoppoy 26-1-2021 04:00 AM
Sheols idok le lawa level terkesima tapi berlakon mantep
Quote Perawankota 26-1-2021 05:20 AM
Berlakon best..
Quote de_ikea 26-1-2021 07:16 AM
So far nad antara actress berbakat yg hebat di malaya ni. Lately byk pulak job dia dgn watak yg semua org nak. She nailed it. All the best nad.

Quote pichee 26-1-2021 07:23 AM
Jmpe die kt parkson pavi...tme ank die masih baby...i kt dlm tgh bf ank i...dlm nursing room..die tgu kt luar ketuk nk masuk...hihi...

Comel kecik . Hsbd i minat die...haha
Quote Mawar91 26-1-2021 09:43 AM
Makin kerap Nad berlakon lately ni tpi since sheols  berlakon mantap x de la org nak bising.Meols pon tgh gigih khatamkan drama sheols bukan bidadari
Quote Mawar91 26-1-2021 09:45 AM
Makin bnyk drama Nad kuar tv lately ni.Tpi since sheols berlakon mantap x de yg bising.Meols pon tgh gigih habiskan drama sheols bukan bidadari.
Quote hidet 26-1-2021 11:41 AM
Nad mmg berlakon mantap...i loike

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 04:28 AM GMT+8 , Processed in 0.051491 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top