CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Buku Teks Percuma, Tapi Kenapa Dijual?

25-1-2021 12:56 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3692| Komen: 20|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Memandangkan sesi persekolahan kini diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat wabak Covid-19 yang masih berleluasa, maka segala aktiviti belajar diadakan secara dalam talian ...




Memandangkan sesi persekolahan kini diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akibat wabak Covid-19 yang masih berleluasa, maka segala aktiviti belajar diadakan secara dalam talian.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut memberikan buku teks digital untuk dimuat turun oleh ibu bapa bagi tujuan tersebut.

Bagaimanapun, yang menghairankan ialah ada juga pihak tidak bertanggungjawab menjual buku digital tersebut di platform dalam talian.

Ianya turut disuarakan oleh mantan Menteri Pendidikan, Dr.Maszlee Malik mengenai situasi yang tidak sepatutnya berlaku.


Foto :Twitter

Warganet turut berkongsi pendapat menyatakan bahawa tidak semua ibu bapa mempunyai capaian internet yang laju, maka edisi sebegini lebih membantu mereka.


Foto : Pendidikan 4all


Difahamkan bahawa penjual tersebut sebenarnya menjual edisi e-book juga, bukannya buku teks fizikal. Tetapi dengan menjual barangan yang sepatutnya diperolehi secara percuma, adalah tidak wajar.

Foto : Twitter

Namun, setelah desakan ramai pihak, akhirnya platform tersebut telah membuang akses penjualan buku KPM itu.

Foto : Twitter

Pembelajaran anak-anak Malaysia tidak seharusnya dijadikan medan kapitalis menangguk di air keruh. Dalam erti kata lain, ada sahaja pihak yang mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain.

Foto : Sabah Post

Dari satu segi pula, tiada penawaran jika tiada permintaan, betul kan? - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote orkid_amani 25-1-2021 03:22 PM
memang la free masalahnya anak aku hat darjah satu ni sekolah tak register lagi. tetap la tak boleh nak download buku teks tu. baru dapat view buku math & pendidikan islam ja.
Quote depresio 25-1-2021 04:10 PM
orkid_amani replied at 25-1-2021 03:22 PM
memang la free masalahnya anak aku hat darjah satu ni sekolah tak register lagi. tetap la tak boleh  ...

Kontengok kat mana
Aku baru tolong dload untuk anak buah aku

Kat sini

https://www.bumigemilang.com/koleksi-buku-teks-digital-kssr-tahun-1-satu/
Quote AyaqMeloSuam 25-1-2021 04:58 PM
Uoollss ada link fliphtml5.com.... buku teks tu flip books
Quote orkid_amani 25-1-2021 05:20 PM
depresio replied at 25-1-2021 04:10 PM
Kontengok kat mana
Aku baru tolong dload untuk anak buah aku


yaa ka?ini boleh download terus save ka? tak payah pakai account moe la? yg link ada tu kena pakai acc moe..sekolah belum daftarkan
Quote depresio 25-1-2021 05:36 PM
orkid_amani replied at 25-1-2021 05:20 PM
yaa ka?ini boleh download terus save ka? tak payah pakai account moe la? yg link ada tu kena pakai ...

Tak payah aku dload cam biasa je

Lagi 1 aku tgk kat telegram pon ada ko type je buku teks darjah 1 tapi yg ni aku x pnh try dload yg link aku bg tu mmg aku dload

Plan ngan adik aku kalau kami xdapt gi amik buku teks nak print ke camne janji anak2 boleh belajar
Quote depresio 25-1-2021 05:38 PM
AyaqMeloSuam replied at 25-1-2021 04:58 PM
Uoollss ada link fliphtml5.com.... buku teks tu flip books

Yg tu aku tgk gak
Ada yg xleh dloqd boelh view ja
Yg ni jd susah skit kalau tgh google meet nak buka buku lagi nak tgk slide cikgu lg. Klu anak akula ..
Quote orkid_amani 25-1-2021 08:15 PM
depresio replied at 25-1-2021 05:36 PM
Tak payah aku dload cam biasa je

Lagi 1 aku tgk kat telegram pon ada ko type je buku teks darja ...

kat telegram la yang dapat subjek matematik & pendidikan islam. yang link u bagi tu xpandai la nak download asik kluaq link..link..link ja. nak try cari kat tele..tq naa
Quote freakazoid 25-1-2021 11:47 PM
aku guna link gdrive je senang. Malas nak download view terus
Quote depresio 26-1-2021 12:51 AM
orkid_amani replied at 25-1-2021 08:15 PM
kat telegram la yang dapat subjek matematik & pendidikan islam. yang link u bagi tu xpandai la nak ...

Hoh link apa
Klik ja keluar la buku  tu n boleh dload
Quote AyaqMeloSuam 26-1-2021 01:45 AM
depresio replied at 25-1-2021 05:38 PM
Yg tu aku tgk gak
Ada yg xleh dloqd boelh view ja
Yg ni jd susah skit kalau tgh google meet nak  ...

Skrg dh blh amik buku teks kt skolah. & module hwork
Quote depresio 26-1-2021 02:53 AM
AyaqMeloSuam replied at 26-1-2021 01:45 AM
Skrg dh blh amik buku teks kt skolah. & module hwork

Ye mmg dah boleh
Aku plan ngan adik aku in case kami x sempat ke apa
Sbb setiap tingkatan ada sehari ja nak gi amik kalau sekolah anak akulah
Quote orkid_amani 26-1-2021 12:16 PM
AyaqMeloSuam replied at 26-1-2021 01:45 AM
Skrg dh blh amik buku teks kt skolah. & module hwork

penang belum..bulan 2 ni baru p ambik. boleh la tara minggu orentasi ni tunjuk buku dulu kat anak. apa yg dia akan belajaq nti
Quote kechikchomel 26-1-2021 12:48 PM
zaman iolss dulu, mana2 mak pak yg mampu, anak2 tak dapat pinjaman buku teks.
adik iolss yg bongsu berapa kali je kot dapat pinjaman. sebab masa dia start sekolah, kakak2 n abang dia dah masuk uni, dah kerja. so, takde tanggungan sgt la.

tapi kalau yg free download pun dijual, ermmmm......
Quote AyaqMeloSuam 26-1-2021 01:06 PM
depresio replied at 26-1-2021 02:53 AM
Ye mmg dah boleh
Aku plan ngan adik aku in case kami x sempat ke apa
Sbb setiap tingkatan ada se ...

Owh.. ptt la.. skg pakai flipsbook ja.. tu masalahnya
Quote AyaqMeloSuam 26-1-2021 01:06 PM
orkid_amani replied at 26-1-2021 12:16 PM
penang belum..bulan 2 ni baru p ambik. boleh la tara minggu orentasi ni tunjuk buku dulu kat anak. ...

Lambat gak noh penang.. buku on9 cuma flipbooks ja
Quote depresio 26-1-2021 01:10 PM
AyaqMeloSuam replied at 26-1-2021 01:06 PM
Owh.. ptt la.. skg pakai flipsbook ja.. tu masalahnya

Masa ulangkaji ok je
Tapi kalu tgh online kelas mmg susah skitla melainkan budak ada 2 gajet
Quote acikhan 26-1-2021 04:25 PM
sekolah ank haku besok da bleh pulang n ambik buku area seremban
Quote Lagubestbest 26-1-2021 06:00 PM
flipbook bagai. Nape tak biar dalam PDF je? saiz kecil dan tak lag.
Quote SepupuBen10 26-1-2021 07:36 PM
Akak beli je buku teks yang sebenar. Susah tgk kat online takleh pegang belek

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 03:04 PM GMT+8 , Processed in 0.051625 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top