CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Mujur Tak Berpisah Dengan Suami," -Nina Iskandar Terkandas Di Brunei

25-1-2021 01:19 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4835| Komen: 14

Description: Diam tak diam, sudah hampir setahun pelakon, Nina Iskandar pulang ke negara kelahirannya, Brunei dan belum berpeluang kembali ke Malaysia, akibat penularan COVID-19.
Diam tak diam, sudah hampir setahun pelakon, Nina Iskandar pulang ke negara kelahirannya, Brunei dan belum berpeluang kembali ke Malaysia, akibat penularan COVID-19.

Umpama 'cuti' panjang, Nina mengakui ada hikmah di sebalik ujian pandemik COVID-19 apabila dia dapat meluangkan masa bersama suami, Azlan Adzanan dan anak mereka, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.

Nina yang popular melalui drama Andainya Takdir sepatutnya pulang ke Malaysia sebaik habis berpantang selepas melahirkan anak sulung, Mac tahun lalu.

Namun, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama yang dilaksanakan kerajaan, menghalang dia kembali aktif.

Foto: IG

"Berikutan PKP dilaksanakan, saya terpaksa tolak tawaran itu. Apatah lagi, sekarang fasa kedua PKP, saya tidak mahu ambil risiko.


"Ada kemanisan apabila saya 'terkandas' di Brunei. Saya dapat melihat anak membesar di depan mata dan kembali ke pangkuan keluarga.

"Mujur suami saya menetap di Brunei... Tidak dapat dibayangkan jika kami terpisah andai dia tinggal di Kuala Lumpur," katanya kepada BH Online.

Kali terakhir Nina membintangi drama Rumah Siti Khadijah arahan Heykal Hanifah mengisi slot Samarinda TV3 pada 2019.

Nina seronok menimba pengalaman menjadi ibu kepada putera sulungnya.

"Anak saya sudah berusia setahun... Macam-macam ragamnya sekarang. Mencabar juga dengan Aaryan yang lasak dan 'hyper'... Maklumlah anak lelaki," katanya.

Mengenai penularan COVID-19 di Brunei, Nina yang mula menceburi sektor pemasaran membabitkan operasi dua negara berkata, keadaan adalah terkawal.


Foto: IG

"Mula menerap norma baharu dan prosedur operasi standard (SOP), kehidupan di negara ini seperti biasa tetapi penuh disiplin," katanya.

Ditanya mengenai perancangan kembali ke Malaysia, Nina mengaku berbelah bahagi dengan situasi penularan pandemik COVID-19.

"Sepatutnya, akhir tahun lalu, kami merancang pulang ke Malaysia. Namun, selepas dipertimbangkan, masanya belum sesuai.

"Jika diikutkan, saya boleh memohon kebenaran daripada kerajaan. Namun, ia bukan prosedur mudah. Jadi, saya ambil konsep 'tunggu dan lihat'.

"Pada masa sama, saya menunggu perkembangan pembekalan vaksin bagi mencegah penularan wabak ini. Jadi, buat sementara waktu, kami tinggal di Brunei," katanya. -CARI

Sumber: Beruta Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jamilahpropa 25-1-2021 01:39 PM
Stay Brunei dulu la Nina.. Ko tgk ape jadi kt Mesia ni, adoi la tah bila nak settle tak tau la..

Rindu hidup normal woiii
Quote KIM.K 25-1-2021 01:43 PM
Org brunei kata yang bawak positif semua bukan warganegara
Quote pavlovachoc 25-1-2021 02:00 PM
Tua nya muke dia dlm gmbr tu
Quote Nenasketum 25-1-2021 02:04 PM
Aku ingat makcik mana tadi?
Quote sukacactus 25-1-2021 02:26 PM
Aku xleh lupa nama laki dia, Lan Lebah
Rupa xkenal, tapi nama dia tu
Quote ToungeSoup 25-1-2021 04:37 PM
acik acik sgt muka dia...rasanya tak sampai 40an lg
Quote Acikgomen 25-1-2021 05:12 PM
Tak payah balik sini lah
Pelakon sini pun takde job
Quote airisa 25-1-2021 06:00 PM
pic dgn suami & anak tu .. elok pun kening dia... selalu masuk tv naik rimas tgk kening dilukis tebal sgt
Quote yoppoy 26-1-2021 03:50 AM
Dulu ada rupa now mmmm. Ok la big license baru bersalin
Quote LadyCarefree 26-1-2021 08:07 AM
Ini pun berita?
Quote rosevelvet 26-1-2021 06:15 PM
sukacactus replied at 25-1-2021 02:26 PM
Aku xleh lupa nama laki dia, Lan Lebah
Rupa xkenal, tapi nama dia tu

Aku baru tpikir psl nm laki dia. Aku ingt nama lan tebuan. Rupanya lebah ye. Tp nmpk lain plak muka laki dia. Konpius nina skandar mn ni. Yg ni ke yg kontroversi kawen sbb laki tu cerai bini nk kawen ngn dia
Quote reddots 26-1-2021 07:54 PM
KIM.K replied at 25-1-2021 01:43 PM
Org brunei kata yang bawak positif semua bukan warganegara

Maksudnya yg ada positif case skrng ada lah kes import. Contoh hari ni ada 1 new case import dr  Nepal via KL.
Mereka ni sebaik mendarat akan di swab dan kurantin terus selama 14 hari.

Utk local case, dh lama clear. Sejak May 2020.

Quote sukacactus 26-1-2021 08:12 PM
rosevelvet replied at 26-1-2021 06:15 PM
Aku baru tpikir psl nm laki dia. Aku ingt nama lan tebuan. Rupanya lebah ye. Tp nmpk lain plak muk ...

Ye betul!
Tp pencaras tak kan mengaku mencaras khannnn....
Quote KIM.K 26-1-2021 09:56 PM
reddots replied at 26-1-2021 07:54 PM
Maksudnya yg ada positif case skrng ada lah kes import. Contoh hari ni ada 1 new case import dr  N ...

Ya kes import. Iols tanya agen brunei dia dah lama tak amik stok
Katanya sejak pandemik kena melalui kastam. Kes import few weeks ago 15 indians dari UK

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.052048 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top