CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

RM1,000 Terbang Sebab Tak Imbas Kod MySejahtera Masa Nak 'Cucuk Duit'

20-1-2021 05:03 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3015| Komen: 4

Menjadi kewajipan setiap rakyat Malaysia untuk mengimbas kos MySejahtera bagi membantu pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjejaki ke mana sahaja kita pergi. 


Gambar hiasan/LiveatPC.com


Terbaru, disebabkan tidak mengimbas QR kod melalui aplikasi MySejahtera, seorang individu disaman polis sebanyak RM1,000.

Gambar memaparkan surat kompaun yang diterima individu ini mula tersebar di media sosial sebagai peringatan kepada kita semua untuk mengimbas QR kod MySejahtera terlebih dahulu sebelum masuk ke mana-mana premis.

Kompaun ini diterima individu tersebut bertarikh 17 Januari 2021 pada jam 9.45 malam di CiMB Bank Taman Chukai Utama di Terengganu. Kesalahan yang tertulis adalah tidak mendaftar masuk melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki bank. 


Kredit foto: FB PenangKini


Oleh demikian, pesalah dikehendaki membayar kompaun sebanyak RM1,000.

Sehubungan itu, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan tindakan polis yang telah mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu yang tidak mengimbas kod MySejahtera terlebih dahulu. 

Penyebaran foto surat kompaun ini juga bagaimanapun dapat memberi peringatan kepada semua rakyat Malaysia untuk membantu pihak KKM.

Rata-rata netizen menghargai tindakan cekap pihak polis yang menjalankan tugas dengan baik dalam memastikan rakyat sentiasa mematuhi SOP dalam membendung penyebaran Covid-19.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FanTasyCreaTioN 20-1-2021 06:31 AM
Thread dah ada ...
https://mforum1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1232883

FC pindah kat Tular ...


Quote Ain_h 26-1-2021 02:23 AM
Bahayanya{:dot
Quote Itzy 28-2-2021 09:12 AM
Ni kalau menteri2 atau pihak berkuasa yg buat mesti lepas atau senyap terus. Undang2 double standard{:smile
Quote downiey 28-2-2021 06:27 PM
scan je, waima kedai sekecik2 alam or gerai tepi jalan.. sbb selalu rakyar marhaein target kene saman.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.234194 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top