CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Berjangkit' Dengan Nenek, Penari Kuat Melatah Akui Stres Sering Diusik Kawan

20-1-2021 05:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2606| Komen: 8

Description: Ada dalam kalangan kita seronok mengusik individu yang melatah, tapi bagaimana pula perasaan mereka?
Ada dalam kalangan kita seronok mengusik individu yang melatah, tapi bagaimana pula perasaan mereka?

Menurut penari dari Sabah, Mohd Shamizal Francif, 26, dia yang mula melatah sejak tahun 2016 kadangkala sukar menjelaskan apa yang dialaminya itu.



Kredit foto: IG mStar

Mesra disapa Shah, dia bagaimanapun belajar menerima diri sendiri seadanya dan tidak pernah berasa malu.

"Bagi sesiapa yang melatah, jangan malu dengan diri sendiri. Belajar buka hati kita, belajar untuk orang terima kita seadanya.

"Lebih baik jadi diri sendiri, jangan munafiq. Tapi kadangkala stres juga bila diusik. Bila dalam keadaan penat, akan termarah kawan.

"Tapi kawan saya pun tidaklah terlalu kerap mengusik. Kalau waktu kerja, kena serius," ujarnya kepada mStar.

Imbas Shah, dia mula melatah gara-gara 'berjangkit' selepas mengusik neneknya yang turut mengalami masalah itu.



Video Shah melatah tular di TikTok

Malah, pernah berlaku beberapa insiden dia membaling objek gara-gara terkejut selepas diusik orang sekeliling.

"Puncanya sebab suka usik nenek, dia memang latah. Kemudian saya jadi terikut-ikut.

"Saya ni belum pernah sampai lempang orang, baling-baling barang tu ada. Antaranya terlempar props seperti kipas... saya kan penari.

"Nasihat saya kepada tukang usik ni, kena berpada-pada. Bukan all the time. Orang yang melatah pun ada masalah sendiri, kena cari waktu yang sesuai," ujarnya lagi.

Menurut Shah, rakan-rakan turut memberi idea agar dia berkongsi video latah yang dirakam secara spontan menerusi aplikasi TikTok.

Terkejut dirinya menjadi tular, Shah bagaimanapun bersyukur apabila semua komen yang ditinggalkan sangat positif.

"Kawan-kawan tempat kerja, mereka suruh saya kongsi video di TikTok. Tak sangka viral.

"Setakat ni belum ada kata-kata negatif. Kalau orang kata saya buat-buat, baik dia datang jumpa saya sendiri.

"Ini bukan kita minta atau buat-buat, ia original sudah ada dalam badan," ujarnya lagi.



Bercerita mengenai dirinya, Shah merupakan artis di bawah Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah sejak 2019.


Shah minat menari sejak kecil lagi

Menurut jejaka etnik Kadazan Dusun itu, dia minat menari sejak kecil lagi dan sudah menguasai lebih 10 jenis tarian tradisional.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ffbeauties 20-1-2021 06:45 AM
Penyakit lapar perhatian. Mula-mula dibuat-buat, seronok kan orang bagi perhatian.. asah sehingga jadi habit yang xboleh dibuang.
Dah tua cakap nt mula la penat, pengsan.
Quote Themilo 20-1-2021 09:31 AM
pondan bottom memang kuat latah kan @Kurex
Quote makneng 20-1-2021 10:06 AM
Mak tak suka org yg mengusik org melatah ni... Rasa rimas dengar latah tu berulang2. Kadang2 tu perkataan lucah habis keluar.. Kesian org yg kena usik.
Quote Kurex 20-1-2021 10:48 AM
Themilo replied at 20-1-2021 09:31 AM
pondan bottom memang kuat latah kan @Kurex

Mcm bekas member iols. Pondan bottom, kuat latah. Tapi bf dia suka kacau dia. tapi iols tak makan hati sebab tak helok pun bf dia
Quote mawar_mustika 20-1-2021 12:44 PM
org cepat melatah jgn dikacau penat tau diorg...arwah my mom cepat melatah jugak die xblh terkejut & pantang sgt tgk ular...kadang2 ular tu duk dlm tv je xde org usik pun die tgk ular tu gerak trus mulut die pot pet pot pet melatah...kadang2 duk sebelah die tgh tgk mmg kene tibai lh sbb die geli gila dgn ular...pernah skali ular nk msk rmh die p pukul sampai xde rupe dh ular tu...lps ular tu mati die ckp "aku mntk maaf aku bukan sengaja bunuh ko" adoi..igt lg ms tu i umur 11thn ketakutan tel my sister sruh dtg rmh sbb igt my mom xsedar dh mengamuk mcm org gila..mn taknye sambil pukul ular tu die sebut aku bunuh ko

penyakit ni mcm keturunan jugak...atuk i belah mak pun kuat melatah...lps arwah my mom meninggl trun pd arwah my sister..harap2 xtrun lh pd kiteorg ni...stakat ni xde lg yg melatah truk sekadar terkejut tu adelh jugak terkeluar kadang2 tp bukan carut marut...arwah my mom & sister ble latah xpernah lg kluar carut pelik2..
Quote Supersirap 20-1-2021 12:53 PM
Sekadar nak tahu, adakah simptom melatah ini melanda kepada masyarakat yang duduk di benua lain seperti amerika, afrika dan sebagainya? Selalu dengan simptom ini banyak di negara Asia sahaja
Quote Artemesiaa 20-1-2021 06:39 PM
Kalau tahu ada kawan jenis kuat melatah elok usah kacau mereka kalau jarang dikacau pasti lama2 hilang juga latahnyan tu
Quote b_n_c 22-1-2021 11:45 PM
aku benci org yg suka mengusik org latah ni walaupun si latah tu xde kena mengena dgn aku...

rs menyirap aje aku nk ketuk si pengusik tu...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:57 PM GMT+8 , Processed in 0.075221 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top