CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Baru 12 Tahun, Dah Berjaya Siapkan Projek Tingkatan 5

19-1-2021 04:28 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 2350| Komen: 6|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini sangat bertepatan dengan kisah ibu bapa ini yang menyedari anaknya meminati ilustrasi bangunan lalu mengambil keputusan untuk menyokongnya.




Melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Peribahasa ini sangat bertepatan dengan kisah ibu bapa ini yang menyedari anaknya meminati ilustrasi bangunan lalu mengambil keputusan untuk menyokongnya.

Biarpun baru berusia 12 tahun, ibu bapanya telah membelikan buku tingkatan empat dan lima kepada anaknya. Lebih menakjubkan, hasil yang dibuat oleh anaknya melebihi umur fizikalnya.


Foto :Twitter


Selepas mengetahui bakat dan kebolehan anaknya, Aeril Haziq, bapanya Mohd Hardy lantas memberikan tugasan membuat rekaan membesarkan dapur.

Aeril kemudiannya menelaah buku tersebut dan memahami teknik arkitek serta perisian untuk pelajar sekolah menengah.

Dari situ terhasil pelbagai lagi rekaan yang menarik seperti rumah semi-d dan merekabentuk masjid.



Foto : FB

Terbukti dengan dorongan dan bantuan daripada ibu bapa, ianya boleh menggilap bakat anak-anak dengan lebih cemerlang.

Malahan bukan Aeril sahaja yang berbakat, ada lagi kanak-kanak Malaysia yang berjaya cuma tidak diketengahkan. Antaranya ialah pandai mencipta coding.

"Akmal Hazim ketika dia present projek kt Jomlaunch, umur dia baru 13 tahun."


Foto : FB

Menurut pengguna Twitter ini lagi, pembelajaran di sekolah tidak boleh dipaksa, ianya cukup sekadar bagi memenuhi capaian pembelajaran negara sahaja. Jadi, ibu bapa tidak boleh memaksa sebaliknya mendorong minat dan bakat anak-anak supaya lebih diluaskan lagi.



Dengan pandemik Covid-19 yang tidak berkesudahan, mungkin ini masanya kita menyelongkar minat dan kebolehan anak-anak kita. Apa bakat anak anda? - CARI

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lavendernovella 19-1-2021 05:01 PM
Tak pelik pun , semua kanak2 ada potensi besar, cuma peluang ada atau tidak je.
Quote CiliPadiSedap 19-1-2021 05:10 PM
kaka form 5 masih main cariforum lagi. hmm
Quote merrissa 19-1-2021 06:07 PM
Edited by merrissa at 19-1-2021 06:08 PM
CiliPadiSedap replied at 19-1-2021 05:10 PM
kaka form 5 masih main cariforum lagi. hmm

aahahahaa...zaman ni ingat lagi..waktu form 5..berlagak giler buat coding html je ponnn...

if siap paling awal...gigih jerit..."siap!"...berlawan lg dgn classmate...masing2 xmau kalah ...siyes mcm bebudak2...skrng ni semua dh beranak pinak
Quote Artemesiaa 19-1-2021 07:35 PM
Jika benar2 mereka diberi peluang tak mustahil macam tu hasilnya
Quote dua_chzy 19-1-2021 07:43 PM
lavendernovella: Tak pelik pun , semua kanak2 ada potensi besar, cuma peluang ada atau tidak je.


Betul. Anak orang berduit paling best. Ada sokongan kewangan untuk pursue minat terutama yang perlu kos mahal.
Quote Xim 20-1-2021 01:48 AM
Kreatif dik....Xim drjh 5 lukis2 pelan rumah dalam buku je yg mampu....ujung2 cita2 ke mana,masa depan pn xde kaitan dgn aktvt lukis

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:38 AM GMT+8 , Processed in 0.198284 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top