CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dan Tak Percaya, Puluhan Ribu Rakyat India Tolak Suntikan Vaksin

19-1-2021 09:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1900| Komen: 7

Kerajaan India semalam memaklumkan akan menggandakan usaha untuk membina kepercayaan rakyatnya susulan hampir satu pertiga penduduk negara itu tidak muncul untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang mula dibekalkan sejak Sabtu lalu.


Dalam tempoh tiga hari pertama program vaksin COVID-19 itu dimulakan, kerajaan berkata, 381,305 penduduk telah menerima suntikan vaksin berkenaan.

Di New Delhi, hanya 53 peratus penduduk hadir untuk menerima suntikan, lapor pihak berkuasa kesihatan.

"Program ini baru diperkenalkan beberapa hari lalu dan kami faham, ramai yang masih ingin melihat bagaimana prosedur ini dijalankan dan menunggu perkembangan vaksin lain.

"Kami juga berusaha untuk menangani maklumat tidak tepat mengenai program ini bagi meningkatkan keyakinan orang ramai," kata salah seorang pasukan petugas coronavirus di bandar raya itu, Suneela Garg.

Foto: EPA


Kerajaan India memulakan antara program vaksin COVID-19 yang terbesar di dunia dan berharap dapat memvaksin kira-kira 300 juta daripada 1.3 bilion penduduknya menjelang Julai depan.

Sementara itu, dalam satu laporan akhbar memaklumkan cuma 16 peratus penduduk di negeri Tamil Nadu yang hadir untuk menerima suntikan.

Selain itu, di pusat kesihatan komuniti di daerah Rohtak, dekat Haryana, cuma 29 orang daripada 100 penduduk yang sepatutnya menerima vaksin berkenaan hadir, kata seorang doktor kepada AFP.

"Ramai penduduk yang masih takut, jadi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerima suntikan ini kerana ia bersifat sukarela," katanya.

Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan turut menukar 'tajuk' profil di Twitternya dengan catatan "Vaksin Berkesan'.

"Sejak awal lagi kita telah memaklumkan masyarakat supaya tidak bimbang terutama apabila banyak maklumat tidak tepat mengenai vaksin dikongsikan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut memaklumkan, dalam tempoh tiga hari pertama program vaksinasi itu dijalankan, 580 individu dilaporkan mengalami gejala yang membimbangkan. - CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 19-1-2021 10:01 AM
Bukan kat india je..kat malaysia pon bakalan macam ni nanti
Quote cutieslilies 19-1-2021 10:02 AM
sama jaaa mana2 pun..sukahati koranglaaa
Quote Skuau 19-1-2021 10:41 AM
sb tu aku ckp....terai kat PATI dulu....
Quote Normabaru 19-1-2021 12:27 PM
Laaa haryana ni nama tempat ke.. Kawan kaka nama haryana
Quote chinta89 19-1-2021 12:38 PM
Diorg ni mcm2 laaaa
Quote Aerhys 19-1-2021 12:43 PM
Di malaysia dah berapa orang yg mendaftar untuk jadi sukarelawan ujikaji vaksin oleh KKM? Tak perlu hina rakyat negara lain jika sendiri pun takut mahu dicucuk vaksin. Apa beza kamu dgn orang yg dituduh anti vaxx jika kamu pun bimbang kesan sampingan. Samalah kamu dgn anti vaxx jua.
Quote intanblur 20-3-2021 12:40 AM
Seramnya nak kena cucuk esokk{:cryrun

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.397068 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top