CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Azwan Kombos Risau Banjir Di Sabah, Dah Lebih Setahun Tak Jumpa Ibu

19-1-2021 12:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3463| Komen: 7

Description: Lebih setahun tidak pulang ke kampung halaman di Sabah berikutan pandemik Covid-19, pelakon Azwan Kombos meluahkan rasa kerinduan terhadap ibunya iaitu Sakti Jaludin.
Lebih setahun tidak pulang ke kampung halaman di Sabah berikutan pandemik Covid-19, pelakon Azwan Kombos meluahkan rasa kerinduan terhadap ibunya iaitu Sakti Jaludin.

Azwan atau nama sebenarnya Mohamad Al-Azwan Kombos, berkata kali terakhir dia menziarahi ibunya pada November 2019 dan kebiasaannya dia akan terbang pulang ke kampung tiga kali setahun.

Justeru itu, pelakon berusia 35 tahun ini hanya dapat melepaskan kerinduan terhadap ibunya menerusi panggilan telefon.


Kredit foto: IG

"Itulah kali terakhir saya pulang ke kampung. Jika sebelum itu setahun mungkin tiga kali saya balik jumpa ibu... tahun lepas memang saya, isteri dan anak di Kuala Lumpur sahaja.


"Memandangkan tahun lepas kita kita semua berjaga-jaga dengan pandemik Covid-19, memang tak balik teruslah! Semasa dibenarkan rentas negeri, hati ini memang nak sangat balik tapi saya bimbangkan keadaan ibu dan batalkan hasrat itu.



"Sekarang ini hanya mampu bertanya khabar menerusi panggilan telefon... sejujurnya memang rindu sangat dekat ibu, hari-hari teringat dekat dia!” katanya kepada mStar.

Sementara itu, suami kepada aktres Ezzaty Abdullah ini berkata apa yang lebih membimbangkan kediaman ibunya yang terletak di Kota Belud, Sabah sedang dinaiki air akibat hujan yang tidak berhenti.


Kredit foto: via mStar Online

"Risau juga apabila ibu kata air semakin naik di kawasan rumah. Rumah kami itu jarang banjir, tapi kalau air dah naik memang kena berwaspada dan berjaga-jaga.

"Mujurlah kakak tinggal berdekatan jadi dia boleh jaga dan pantau keadaan ibu. Harap-harap keadaan baik sahaja dan air cepat surut, ” ujarnya.




Pada Ahad, media tempatan melaporkan sebanyak sembilan daerah di Sabah terkesan dengan banjir akibat hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Antara daerah yang terkesan ialah Kota Kinabalu, Putatan, Penampang, Tuaran, Papar, Pitas, Paitan dan Beaufort. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nordin84 19-1-2021 09:08 PM
rsenye rmi je retis sabah xblik sabah.. sabah tu lps PRN hri tu da mcm setiap rmh ade kes covid.. semoaga sabah pulih seperti biase
Quote 7doors 19-1-2021 09:16 PM
Xtau pulak dia ni org sabah
Quote sayawifenikmie 19-1-2021 10:28 PM

... hendak seribu daya ....
Quote Asdira 20-1-2021 12:38 AM
Rumah ku di putatan juga naik air..
lama sudah kami tidak pulang ke sana..last oktober 2019..
Quote TerataiMelur02 20-1-2021 02:27 AM
Azwan ni not bad jugak, berlakon pun ok cuma tak menyerlah.. Bini heols pun lawa kadang2 rileks je tak pakai filter kat ig
Quote rosmahisham 20-1-2021 06:08 AM
Untung azwan dpt izzati yg lawa dah la pandai & rajin cari duit
Quote GigaMom 21-1-2021 01:55 AM
Spek tu hodoh sgt
Tukar2la
Byk sale sekrg ni

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.586353 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top