CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

PKP Atau Tidak, Album Sulung Ismail Izzani Tetap 'Jalan'

19-1-2021 01:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2656| Komen: 8

Description: Pernah tertangguh akibat fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac tahun lalu, kali ini, Ismail Izzani tidak sanggup menunggu lagi untuk meneruskan projek besarnya.
Pernah tertangguh akibat fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Mac tahun lalu, kali ini, Ismail Izzani tidak sanggup menunggu lagi untuk meneruskan projek besarnya.


Elok merancang melancarkan album sulung tahun ini, peningkatan kes penularan COVID-19 mula dilihat, namun, Ismail enggan niatnya sekali lagi terbantut.


Ismail, 21, sedang berbincang dengan syarikat rakaman, WP Entertainment mengenai pelancaran album sulungnya itu, tidak lama lagi.

"Selepas kerajaan melarang persembahan terbuka, kami ambil keputusan menangguhkan hasrat melancarkan album sulung saya kepada tahun ini.

"Bagaimanapun, melihat penularan COVID-19 belum reda, sebaliknya angka jangkitan turun naik, kami buat keputusan projek ini diteruskan juga tahun ini," katanya kepada BH Online.



Ismail berkata, pihak pengurusan akan menyusun rangka promosi bagi peminat yang sudah lama menantikan buah tangan sulungnya itu.

"Mungkin rangka promosi akan dibuat mengikut norma baharu. Saya tidak mahu usaha tenaga belakang tabir dalam menghasilkan album ini dipersia-siakan," katanya.

Mengumpul 16 lagu sepanjang tahun lalu, proses pemilihan lagu yang dimuatkan dalam album sulungnya itu dilakukan dengan berhati-hati.



Ismail berkata, singe pertama ciptaan Mas Dewangga dan Firdaus Rahmat bakal dilancarkan, Mac ini.

Apa yang menarik, katanya, single berkenaan ada kaitan dengan situasi yang berlaku sekarang dengan video muzik yang sudah siap untuk dilancarkan.

Ditanya apakah PKP memberi kesan kepada kerjaya nyanyiannya, anak kepada penyanyi era 1990-an, Datin Suliza Salam ini mengaku impaknya, sejak tahun lalu.


Foto: IG

Namun, Ismail berkata, dia meraih pendapatan sampingan daripada sumber lain termasuk lakonan.

"Kita perlu akur dengan keputusan kerajaan melaksanakan kembali PKP berikutan keadaan semakin kritikal.



"Pelaksanaan PKP ada baik dan buruknya. Pendapatan saya terjejas tetapi saya suka melihat daripada sudut positif.

"Saya simpati melihat individu yang terkesan dengan pandemik ini. Jadi, saya cuba usahakan apa yang mampu bagi membantu mereka yang memerlukan," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Normabaru 19-1-2021 02:52 PM
Nape muka mael serupa lagu tu.. Cry kaka tgk.. Esp tang mata.. Dgn rambut gegulung gitu. Huwahuwaaa...
Quote MontanaHannah 19-1-2021 03:01 PM
Normabaru replied at 19-1-2021 02:52 PM
Nape muka mael serupa lagu tu.. Cry kaka tgk.. Esp tang mata.. Dgn rambut gegulung gitu. Huwahuwaaa. ...

Sejenis mata penagih dadah ikut menurun mata mak dia, mak dia permpas laki org.
Mmg anak dia membesar  bagai parasit. Sekolah xhabis harapkan suara setakat guna duit sendiri buat album pun,itu pun gagal.
Quote Normabaru 19-1-2021 03:13 PM
MontanaHannah replied at 19-1-2021 03:01 PM
Sejenis mata penagih dadah ikut menurun mata mak dia, mak dia permpas laki org.
Mmg anak dia memb ...

Seriously mak dia homewrecker?ingt vip classy xcaras hak org. Eh lupa. Vip zj 2kali repeat order
Quote MontanaHannah 19-1-2021 03:33 PM
Normabaru replied at 19-1-2021 03:13 PM
Seriously mak dia homewrecker?ingt vip classy xcaras hak org. Eh lupa. Vip zj 2kali repeat order

ya mak dia perampas laki org.

mrk ni semua keturunan kepala butohhh anak xmenjadi ,duit berkepuk ...xboleh pakai.
Quote Kurex 19-1-2021 03:46 PM
Bila nak hasilkan video cikcap?
Quote Mawar91 19-1-2021 05:16 PM
Zaman cmni susah album nak laku kecuali ade strong fanbase mcm Tokti , yg produk sentiasa fans buru..tpi duet kome kan..ikut laa
Quote electricopop 27-1-2021 12:14 PM
Kurex replied at 19-1-2021 03:46 PM
Bila nak hasilkan video cikcap?

Hahahaha. Ayooo....
Quote ashcroft86 27-1-2021 12:23 PM
Go go dik mael. Nnt weols stream dkt Spotify yachh.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.325321 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top