CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Syukur Masih Ada Duit Simpanan" - Zaiton Sameon

19-1-2021 09:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3870| Komen: 17

Description: Penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon,64, bersyukur dia masih mampu bertahan meneruskan kehidupan harian dengan bekalan wang simpanannya.
Penyanyi lagu Menaruh Harapan, Zaiton Sameon,64, bersyukur dia masih mampu bertahan meneruskan kehidupan harian dengan bekalan wang simpanannya.

Zaiton dihubungi berkata meski jumlah wang simpanannya itu tidaklah begitu banyak dan kini semakin merosot, namun dia dapat bertahan lagi.

"Saya pun tak tahu sampai berapa lama lagi bekalan wang simpanan itu dapat digunakan berterusan, tetapi harapnya semoga krisis pandemik Covid-19 ini segera berakhir.

"Sebagai penyanyi, saya rindu untuk membuat persembahan dan selagi ada rezeki, saya takkan meninggalkan kerjaya ini kerana nyanyian sudah sebati dengan saya," katanya kepada Harian Metro.


Foto: Harian Metro

Jika sebelum ini, Zaiton memaklumkan wang simpanannya dikumpul hasil persembahan menyanyi, berniaga rendang dan minyak wangi, namun kini semua itu 'terhenti' seketika.

"Buat masa sekarang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, saya hanya duduk di rumah sahaja. Usia pun makin emas, dan saya tumpu sepenuhnya pada amal ibadat.

"Nak buat apa lagi pada ketika dah tak boleh keluar bekerja sekarang. Saya pun individu berisiko kerana faktor usia, jika keluar rumah. Jadi, untuk keselamatan duduklah di rumah dan tingkatkan amalan untuk bekalan diri," katanya.

Menurut Zaiton, dia bagaimanapun berkesempatan membuat dua persembahan nyanyian di Melaka, sekitar Oktober tahun lalu. Katanya, dapatlah juga rezeki ketika itu untuk menampung wang simpanan.

Mengenai perjalanan kerjaya, Zaiton berkata dia sepatutnya sudah merakamkan dua lagu baharu hasil ciptaan komposer Allahyarham A Ali, pada tahun lalu tetapi, tidak kesampaian.

"Dua karya daripada arwah untuk saya iaitu lagu solo dan duet itu sudah disiapkannya, namun kami tidak sempat bekerjasama untuk proses rakaman kerana Covid-19 dan arwah meninggal dunia pada 21 November, tahun lalu," katanya.

Menurut Zaiton lagi, jika ada rezeki dia berharap dapat merakamkan dua lagu berkenaan selepas PKP ini dan krisis Covid-19 berakhir. Ujarnya, kena tunggu keadaan semasa kembali membaik. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingitam 19-1-2021 10:23 AM
gambar dia ke tu? lain betul
Quote Kpoplovers 19-1-2021 11:32 AM
Alhamdulillah..
Quote AyaqMeloSuam 19-1-2021 12:07 PM
Lain sungguh.. makin segak akak zaiton.. syabas !
Quote Itzy 19-1-2021 04:45 PM
Alhamdulillah. Amal ibadah lebih penting, kalau hidup dalam kesempitan pun tetap pergi dalam keadaan beriman kepada Allah.
Quote chandrahusin 19-1-2021 04:55 PM
Alhamdulillah
bagus Kak Zaiton ni
pandai urus kewangan
bertahan smpai skrg
Quote ctamira 19-1-2021 05:08 PM
Alhamdulillah..hasil berjimat cermat
Quote MontanaHannah 19-1-2021 07:40 PM
      Alhamdulillah !!!
Quote helicornia 19-1-2021 07:57 PM
dia ni dh ok kan
tengok kt astro ari tu rancangan apa ntah tp berbentuk unplugged. elok je dia nyanyi n berborak dgn host.siap buat lawak lagi
Quote supernaturalee 20-1-2021 12:44 AM
helicornia replied at 19-1-2021 07:57 PM
dia ni dh ok kan
tengok kt astro ari tu rancangan apa ntah tp berbentuk unplugged. elok je dia nyan ...

Kelakar je Klu tgk interview die
Jwpn jujur sgt


But seriously lh
Vokal dh x blh pegi

Nyanyi2 lg pun sbb gahnya nm die tu sbg pemenang juara lagu 1987
Plus ats dasar simpati org ramai

Quote babyleo68 20-1-2021 03:33 AM
Ingat kan gambar bini muda rahim tadi
Quote Rhyno 20-1-2021 03:39 AM
Kak Eton zaman muda2 dulu bayaran mahal kan...

bagus la dia menyimpan untuk masa depan tak boros mcm retis lain....
Quote Rhyno 20-1-2021 03:41 AM
helicornia replied at 19-1-2021 07:57 PM
dia ni dh ok kan
tengok kt astro ari tu rancangan apa ntah tp berbentuk unplugged. elok je dia nyan ...

nah Menaruh Harapan versi duet Kak Eton dan To'Ki

[youtube]JeVeq2ffxWk[/youtube]
Quote rosmahisham 20-1-2021 06:03 AM
Lawanye dia skrg..
Quote helicornia 20-1-2021 07:23 PM
Rhyno replied at 20-1-2021 03:41 AM
nah Menaruh Harapan versi duet Kak Eton dan To'Ki

toceh toceh
Quote LembingDayanti 20-1-2021 07:35 PM
syabas zaiton sameon. dia kekal tenang dan tak menggelupur. saya doakan kak eton dimudahkan urusan dan ada rezeki masuk soon!
Quote Mulotkoyak 7-4-2021 06:06 PM
Calon utk Gegar Vaganjaaaa...
Quote laksmanabentan 7-4-2021 06:27 PM
bagus kak ton nih...
sihat terus ya kak ton...

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.433275 second(s), 62 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top