CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Dakwa Boleh Sembuhkan Covid-19 Guna Jampi, Rawatan Dibuat Secara Maya

19-1-2021 09:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1663| Komen: 9

Description: Dakwaan seorang lelaki memiliki kemampuan untuk menyembuhkan individu dijangkiti Covid-19 dengan membaca jampi secara maya, sekali gus mengubati ribuan orang hanya pembohongan.
Dakwaan seorang lelaki memiliki kemampuan untuk menyembuhkan individu dijangkiti Covid-19 dengan membaca jampi secara maya, sekali gus mengubati ribuan orang hanya pembohongan.


Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) Leftenan Kolonel (Kehormat) Che Hassan Che Johan berkata, perkara itu diketahui selepas pihaknya menerima aduan daripada dua warga Bangladesh yang menjadi mangsa, baru-baru ini.

Menurutnya, lelaki berkenaan turut menawarkan khidmat untuk merawat semua pekerja sebuah kilang di Selangor yang disahkan positif wabak itu, baru-baru ini dengan pakej harga berpatutan.

"Dia juga mendakwa boleh merawat penyakit mengikut keadaan dan sejak dari awal lagi kita kesan ia satu pembohongan kerana menjalankan rawatan secara maya dan mengenakan bayaran tertentu.

"Dengan hanya satu panggilan dalam masa beberapa minit, dia boleh mengetahui jenis penyakit, tahapnya dan kesan kepada pesakit sedangkan ia tidak berlaku pun," katanya kepada Harian Metro.


Kredit foto: Harian Metro

Menurutnya, PPMM akan membawa isu penipuan rawatan berkenaan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan polis bagi tindakan lanjut bagi memastikan tiada mangsa lain terperdaya.

Katanya, pihaknya juga meminta masyarakat agar lebih berhati-hati dengan sebarang tawaran meragukan, sebaliknya merujuk kepada klinik atau hospital jika berdepan masalah khususnya gejala Covid-19. Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti kes terbabit terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

"Jais akan teliti faktanya dan akan dibawa ke jawatankuasa pengawalan akidah untuk penelitian lanjut dan status berkenaan," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Bholatchomel 19-1-2021 09:45 AM
Wah hebat gila
Quote kasibiman 19-1-2021 09:46 AM
Bangla bodoh.
Quote cutieslilies 19-1-2021 09:47 AM
ada jugak yg bingai ...
Quote Nenasketum 19-1-2021 10:08 AM
Yindon lah tu. Dalam Lazada, minyak dagu pun ada jual, don play play
Quote Supersirap 19-1-2021 10:33 AM
Sangat tinggi ilmunya
Quote lattehazelnut 19-1-2021 10:41 AM
Vaksin or covid suma xnak caya.. lg percaya bomoh..
Quote zuuu 19-1-2021 01:17 PM
Seriously ada yg percaya???
Quote Rob07 20-1-2021 10:25 AM
ramai nya yg bingai zaman2 covid nih{:run
Quote MissVixen 20-1-2021 12:26 PM
Bangla pun percaya ke? Apa nama gelaran ilmu hitam diorang?

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.052726 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top