|
View: 1475|Reply: 7
|
Takut Dan Tak Percaya, Puluhan Ribu Rakyat India Tolak Suntikan Vaksin
[Copy link]
|
|
|
Kerajaan India semalam memaklumkan akan menggandakan usaha untuk membina kepercayaan rakyatnya susulan hampir satu pertiga penduduk negara itu tidak muncul untuk menerima suntikan vaksin COVID-19 yang mula dibekalkan sejak Sabtu lalu.
Dalam tempoh tiga hari pertama program vaksin COVID-19 itu dimulakan, kerajaan berkata, 381,305 penduduk telah menerima suntikan vaksin berkenaan.
Di New Delhi, hanya 53 peratus penduduk hadir untuk menerima suntikan, lapor pihak berkuasa kesihatan.
" rogram ini baru diperkenalkan beberapa hari lalu dan kami faham, ramai yang masih ingin melihat bagaimana prosedur ini dijalankan dan menunggu perkembangan vaksin lain.
"Kami juga berusaha untuk menangani maklumat tidak tepat mengenai program ini bagi meningkatkan keyakinan orang ramai," kata salah seorang pasukan petugas coronavirus di bandar raya itu, Suneela Garg.
 Foto: EPA
Kerajaan India memulakan antara program vaksin COVID-19 yang terbesar di dunia dan berharap dapat memvaksin kira-kira 300 juta daripada 1.3 bilion penduduknya menjelang Julai depan.
Sementara itu, dalam satu laporan akhbar memaklumkan cuma 16 peratus penduduk di negeri Tamil Nadu yang hadir untuk menerima suntikan.
Selain itu, di pusat kesihatan komuniti di daerah Rohtak, dekat Haryana, cuma 29 orang daripada 100 penduduk yang sepatutnya menerima vaksin berkenaan hadir, kata seorang doktor kepada AFP.
"Ramai penduduk yang masih takut, jadi kita tidak boleh memaksa mereka untuk menerima suntikan ini kerana ia bersifat sukarela," katanya.
Menteri Kesihatan, Harsh Vardhan turut menukar 'tajuk' profil di Twitternya dengan catatan "Vaksin Berkesan'.
"Sejak awal lagi kita telah memaklumkan masyarakat supaya tidak bimbang terutama apabila banyak maklumat tidak tepat mengenai vaksin dikongsikan," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan turut memaklumkan, dalam tempoh tiga hari pertama program vaksinasi itu dijalankan, 580 individu dilaporkan mengalami gejala yang membimbangkan. - CARI
Sumber: Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan kat india je..kat malaysia pon bakalan macam ni nanti |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sama jaaa mana2 pun..sukahati koranglaaa |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
sb tu aku ckp....terai kat PATI dulu.... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Laaa haryana ni nama tempat ke.. Kawan kaka nama haryana |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Di malaysia dah berapa orang yg mendaftar untuk jadi sukarelawan ujikaji vaksin oleh KKM? Tak perlu hina rakyat negara lain jika sendiri pun takut mahu dicucuk vaksin. Apa beza kamu dgn orang yg dituduh anti vaxx jika kamu pun bimbang kesan sampingan. Samalah kamu dgn anti vaxx jua. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Seramnya nak kena cucuk esokk{:cryrun |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|