Natasha Hudson berterima kasih kepada semua pihak yang membuat kecoh kononnya dia berkahwin buat kali kelima kerana mereka secara tidak langsung telah menaikkan jumlah pengikutnya. Selepas berbulan berteka-teki, pelakon berusia 38 tahun itu bagaimanapun berkata, dirinya masih berstatus ibu tunggal.
Natasha Liana Hudson berkata kepada Gempak, tarikh 14 Oktober itu sebenarnya teaser bagi pelancaran produk, namun dibatalkan akibat pandemik Covid-19. "Jadi, bila ada yang nak kecoh-kecoh, terima kasihlah naikkan pengikut saya. Walhal, saya tak cakap apa pun (pasal kahwin), tapi orang buat andaian," katanya. Tambahnya, dia tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana masih belum bersedia. Proses sembuh masih belum selesai, katanya. "Pelbagai jenis lelaki yang cuba mendekati, bahkan ada juga wanita yang siap lamar untuk jadi madu.
"Saya pun tak tahu kenapa mereka berbuat begitu. Mereka mesej di Instagram, saya gelak bila baca," ujarnya. Pada Oktober lalu, Natasha mencetuskan spekulasi kononnya dia mengakhiri zaman janda selepas memuat naik sekeping gambar. Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin sebanyak empat kali, namun semuanya kecundang dan kali terakhir dia bercerai adalah pada 2019. - CARI
|
lattehazelnut replied at 8-1-2021 07:45 AM
Senang je jd founder produk timbang kilo kan
helicornia: ya Allah sapo nitengok vid baru tau kewujudan lana cosmeticcamne jual kosmetik tak popular tp kaya? adakah sejenis cuci duit jugak tp berselindung di ...
EvieWanKenobi replied at 8-1-2021 08:19 AM
baru tahu dah bercerai rupanya..
dua_chzy replied at 8-1-2021 12:10 PM
Bila masa cerai? Tak kuar di forom ka or weols yang terlepas?
helicornia replied at 8-1-2021 10:50 AM
ya Allah sapo ni
tengok vid baru tau kewujudan lana cosmetic
camne jual kosmetik tak popular tp ...
tagas replied at 8-1-2021 09:18 PM
betina gilerr
ADVERTISEMENT