Natasha Hudson berterima kasih kepada semua pihak yang membuat kecoh kononnya dia berkahwin buat kali kelima kerana mereka secara tidak langsung telah menaikkan jumlah pengikutnya.
Selepas berbulan berteka-teki, pelakon berusia 38 tahun itu bagaimanapun berkata, dirinya masih berstatus ibu tunggal.
Kredit foto: IG
Natasha Liana Hudson berkata kepada Gempak, tarikh 14 Oktober itu sebenarnya teaser bagi pelancaran produk, namun dibatalkan akibat pandemik Covid-19.
"Jadi, bila ada yang nak kecoh-kecoh, terima kasihlah naikkan pengikut saya. Walhal, saya tak cakap apa pun (pasal kahwin), tapi orang buat andaian," katanya.
Tambahnya, dia tidak merancang untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat kerana masih belum bersedia. Proses sembuh masih belum selesai, katanya.
"elbagai jenis lelaki yang cuba mendekati, bahkan ada juga wanita yang siap lamar untuk jadi madu.
"Saya pun tak tahu kenapa mereka berbuat begitu. Mereka mesej di Instagram, saya gelak bila baca," ujarnya.
Kredit foto: Harian Metro
Pada Oktober lalu, Natasha mencetuskan spekulasi kononnya dia mengakhiri zaman janda selepas memuat naik sekeping gambar.
Pelakon itu sebelum ini pernah berkahwin sebanyak empat kali, namun semuanya kecundang dan kali terakhir dia bercerai adalah pada 2019. - CARI |