Tampal gambar mangsa yang didakwa gagal melangsaikan hutang pada berpuluh tiang lampu. Itu tindakan konco ceti haram yang dikesan melakukan perbuatan itu berhampiran Taman Kota Laksamana di sini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E. Sundra Rajan berkata, kejadian bermula apabila seorang pelajar yang menetap di taman itu didatangi seorang suspek lelaki sambil menunjukkan sekeping gambar dan nombor kad pengenalan kakaknya pada Sabtu lalu. Menurutnya, suspek memaklumkan kakak pelajar itu gagal membayar hutang. "Suspek kemudian mengambil gambar rumah pelajar itu sebelum bertindak menampal gambar kakak mangsa di tiang-tiang lampu di kawasan itu. "Susulan kejadian itu, mangsa segera tampil ke Balai Polis Tengkera untuk membuat laporan berkaitan kejadian berkenaan pada Jumaat lalu.
"Bertindak atas maklumat diperolehi, seorang lelaki berusia 36 tahun ditangkap di Jalan Merdeka, Banda Hilir di sini, untuk membantu siasatan mengikut sekysen 117 Kanun Prosedur Jenayah yang boleh membawa hukuman denda tidak melebihi 50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya tadi. Sumber: Harian Metro |
Artemesiaa replied at 9-12-2020 04:40 PM
Bila pinjam dengan ceti cam tu ler jadinya
Skuau replied at 9-12-2020 04:51 PM
ok la tu...pinjam kat kwn...bila kwn minta balik...dimaki pulok...ngn along/ceti haram....amik ko ...
mawarika replied at 9-12-2020 04:56 PM
Dah pinjam bayo la! Padan la muka kena mcm tu. Kalau kena kerat mcmana pulak? Benci species yg suka ...
noor2 replied at 10-12-2020 05:48 AM
Pinjam ceti haram ni bukan mcm kita sangka... walaupun kita bayar...bunga tu berlipat kali ganda.. ...
ADVERTISEMENT