CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kemaruk Cinta Janda, Warga Emas Putih Mata Ditipu Lebih RM200,000

7-12-2020 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2663| Komen: 4

Warga emas berputih mata selepas menjadi mangsa seorang lelaki yang menyamar sebagai, sekali gus mengalami kerugian sebanyak RM267,742.

Menurut Harian Metro yang memetil TribunNews, Chen Tran, 70, dari Quanzhou, Fujian ditipu Vuong Tam Lan, 'janda' yang mengaku jatuh cinta kepadanya.


Chen yang berkenalan dengan Vuong, 35, menerusi platform dalam talian popular berkata, Vuong menggunakan gambar profil wanita cantik.


Kredit foto: Eva.vn/TribunNews

Dia mengaku kini menjawat jawatan sebagai ketua bank pelaburan di wilayah Anhui selepas berpisah dengan suami.

Difahamkan, Chen jatuh hati dengan pertuturan dan penampilan ceria Vuong. Pendek kata, Chen menganggap janda berkenaan sebagai anugerah terindah Tuhan untuknya.

Baru tiga hari menjalin hubungan cinta, mereka sudah berlagak umpama sepasang suami isteri dengan memanggil satu sama lain dengan nama manja.


Lebih membuat Chen kemaruk cinta apabila Vuong berjanji menempah tiket pesawat untuk bertemu. Malah, dia menyatakan impiannya melahirkan anak lelaki mereka, membuatkan Chen menaruh sepenuh kepercayaan kepadanya.

Namun, Vuong mengadu dia memerlukan wang untuk projek institusi kewangannya mengembangkan perniagaan pengangkutan.

Chen yang mabuk cinta sanggup mengirimkan wang hingga nilainya mencecah 430,000 Yuan (RM267,742) tanpa sedar menerusi transaksi dalam talian.

Warga emas itu menyedari ditipu hanya selepas Vuong tidak lagi menghubunginya dan hilang tanpa jejak.

Selepas diperiksa, polis mendapati pengguna akaun Wang Xin Lan sebenarnya milik seorang lelaki di Ham Duong, Shaanxi yang dibeli dengan harga 70,000 Yuan (RM43,586) dan kes masih dalam siasatan. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sehirkedi 7-12-2020 04:38 PM
Edited by sehirkedi at 7-12-2020 04:39 PM

Gambar yg digunakan untuk menipu mangsa.
Screenshot_20201207-163648.png

Abesla duit atok tu kesian
Quote mamajawie 7-12-2020 05:19 PM
teringat kes kat n9 dulu atok pedo buat report polis sbab kena tipu dengan remaja konon nak jadi kekasih dia..kiwak la atok hitam melekat tu
Quote Belibis 7-12-2020 07:12 PM
mamajawie: teringat kes kat n9 dulu atok pedo buat report polis sbab kena tipu dengan remaja konon nak jadi kekasih dia..kiwak la atok hitam melekat tu

Rasa macam ingat2 lupa kisah menarik tu.
Quote husna_amal 8-12-2020 10:51 AM
Biasalah tu dah selalu jadi lelaki jadi bodoh dan kena tipu dengan perempuan macam ni.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.096606 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top