Beliau berkata hasrat kerajaan negeri untuk menjadi perintis kepada perkhidmatan mesra pelanggan tidak akan tercapai jika penjawat awam tidak mengubah sikap dengan segera menerusi peningkatan kualiti kerja. "Mutu penyampaian perkhidmatan setakat ini adalah memuaskan namun masih banyak ruang perlu diperbaiki, terutama dalam meningkatkan keberkesanan dan kecekapan perkhidmatan kepada rakyat," katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor Isnin. Abdul Khalid berkata perkhidmatan yang cekap serta berkualiti mampu mengurangkan kos operasi dan pihaknya sedia mewujudkan pelbagai program bagi memperkasa khidmat pelanggan lebih bermutu untuk seluruh rakyat. Beliau turut merasmikan sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor pada majlis sama. Abdul Khalid berkata beliau berpendapat mata pelajaran Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa Melayu bagi memastikan pelajar selesa semasa proses pembelajaran kedua-dua subjek. "Kira-Kira 10 peratus sahaja pelajar yang faham jika Sains dan Matematik diajar dalam bahasa Inggeris, maka saya rasa lebih mudah guna bahasa Melayu untuk guru mengajar dan pelajar faham apa yang dipelajari," katanya. Kementerian Pelajaran sebelum ini memperkenal program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada 2003 namun membatalkannya secara berperingkat menjelang 2016.
|
18
Bagus |
12
Marah |
11
Terkejut |
9
Sedih |
15
Lawak |
9
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
SulurBidar posted on 29-10-2013 04:57 PM
Pada aku, still lebih baik dan ada banyak improvement dari zaman Mahadey..
Zaman Mahadey era 90-a ...
ADVERTISEMENT