CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dah Tak Tinggal Sebumbung, Puteri Sarah Akui Rindu Pada Suami

26-11-2020 03:51 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24501| Komen: 136

Kisah rumah tangga pasangan selebriti terkenal, Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kembali menjadi perhatian selepas pengarah filem Munafik itu mendedahkan mereka tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lalu.


Menguatkan lagi spekulasi apabila terdapat dakwaan mengaitkan orang ketiga dalam hubungan mereka seperti yang dikongsikan Puteri Sarah di Instagram Story baru-baru ini.

Foto: IG

Menerusi laporan Metro Ahad lalu, Puteri Sarah, 35, atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mengakui wujud masalah dalam rumah tangga mereka dan mahukan perkara itu diajukan kepada Syamsul.

Enggan terus memanjangkan isu itu, Puteri Sarah sebaliknya mahu peminat dan semua pihak untuk terus mendoakan perkahwinan yang dibina sejak enam tahun lalu terus utuh dan berkekalan.


Apa yang pasti, Puteri Sarah yang mesra disapa Sarah mengakui rasa cinta dan sayang terhadap suaminya tidak pernah luntur. Malah, sepanjang dua bulan tidak bersama rasa rindu sentiasa ada.



"Dua bulan tidak sebumbung, memang ada rasa rindu. Saya masih sayangkan dia, tapi dalam situasi sekarang kami perlu perbaiki keadaan dan diri masing-masing dulu. Orang selalu cakap, lima tahun pertama perkahwinan memang akan ada masalah. Jadi, mungkin sekarang ini kami sedang melalui fasa itu dengan ujian yang datang.

"Dalam masa sama, sepanjang tempoh ini juga biarlah kami nak muhasabah diri masing-masing. Ramai cakap saya bodoh keluar rumah. Tapi, mereka tidak tahu saya dijemput mentua. Malah, saya keluar secara baik dan minta izin suami. Kenapa saya buat begini? Ini kerana kami perlukan ruang untuk menyelesaikan masalah yang saya anggap besar. Jika terus dibiarkan, ia pasti melarat," katanya yang kini tinggal bersama keluarga mentuanya.


Menurut Sarah, sepanjang dua bulan itu juga dianggap tempoh bertenang supaya dirinya lebih istiqamah dan sabar.

Justeru, apa yang dibuat Sarah adalah sibukkan diri dengan terbabit dalam penggambaran drama dan menguruskan beberapa rangkaian perniagaan kosmetik, Shara Skincare dan yang terbaru tudung Shara Basics.

"Setiap malam saya buat solat tahajud dan minta doa untuk perhubungan lebih baik serta memohon diberikan jawapan kepada semua pemasalahan. Malah, saya sibukkan diri dengan terbabit dengan penggambaran telefilem dan drama. Selain itu, saya mengembangkan lagi perniagaan.

"Masyarakat terutama warganet tidak tahu apa saya lalui, jadi mereka boleh cakap apa saja. Bagi saya, setiap orang melalui situasi berbeza. Jangan salahkan Syamsul saja, kerana antara kami masing-masing ada masalah. Sebaiknya doakan kami untuk lalui semua ini. Apa pun yang berlaku, saya tetap berada di belakang suami walaupun ada cubaan mengganggu. Ini kerana saya tahu cinta sesama kami masih utuh," katanya.


Dalam situasi sekarang, Sarah juga berasa bertuah kerana mendapat sokongan penuh daripada keluarga dan ibu bapa mentua yang juga penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam dan Datin Faridah Ismail.

"Mentua saya terlalu baik. Mereka sangat memahami dan sentiasa memberikan kata-kata semangat. Saya tidak tahu macam mana nak gambarkan lagi kebaikan mereka. Mereka sangat ambil berat dan sayangkan menantu serta cucu," katanya.

Berkongsi mengenai kerjaya lakonan, Sarah berkata, sejak kembali aktif berlakon beberapa bulan lalu, dia tidak putus menerima tawaran berlakon.

"Dari segi kerjaya lakonan, saya memang kembali aktif sepenuhnya. Alhamdulillah, selepas satu projek, saya dapat projek lain lagi. Saya baharu saja terbabit dalam drama Melastik Ke Hatimu untuk slot Lestary TV3.

"Insya-Allah, sekarang saya dalam perbincangan untuk menjadi duta kedai emas. Doakan semoga semuanya lancar. Bagi saya ini semua rezeki anak-anak," katanya.


Begitu juga dengan perniagaan, Sarah tidak menjangka produk kosmetik serta tudung yang baharu dilancarkan mendapat sambutan baik.

"Perniagaan tudung baharu saja dilancarkan dan dijual dalam talian saja. Alhamdulillah, sambutan baik. Untuk produk penjagaan kulit, alhamdulillah ia semakin berkembang. Seperti dikatakan tadi, ini antara aktiviti saya untuk menyibukkan diri dan dalam masa sama untuk pelan jangka masa panjang.

"Lagipun, dari dahulu lagi saya jenis kuat bekerja. Sekurang-kurangnya apabila sibuk, tidaklah saya terlalu memikirkan masalah saja," katanya.


Selain itu, Sarah juga dalam perancangan untuk mengerjakan umrah dan tinggal di Makkah selama sebulan bersama ibu bapa dan anak-anak jika kemasukan jemaah dari Malaysia dibenarkan. -CARI


1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gorjeous 26-11-2020 04:07 PM
doakan yg terbaik...
Quote Gomea 26-11-2020 04:09 PM
Kalau rindu, baliklah peluk laki tu. Kang dibiarkan lama2, nanti perasaan rindu tu boleh mati. Buat ape nak main tarik tali. Kalau masih sayang, salah sorang kenalah beralah.
Quote Acikgomen 26-11-2020 04:15 PM
Go sarah go
Pasang badan bagi nampak wangi mcm zaman chuols membujang dulu
Chuols jgn tunjuk desperate dan murah mcm babi sondol anak kaza tuh
Biaq sol jadi jantan loser tak ambik balik anak bini dok pikiaq2nak pertimbangkan apoooo
Sah2 rumahtangga numeros uno. Ko gadai rumahtangga utk babi sondol mcmtu hanya sekadar menjahanamkan kehidupan ko jeh
Quote Normabaru 26-11-2020 04:28 PM
Hahahaha

Hi sarahhhhh
baca cariforum ker tuuuu
Quote cempakaa 26-11-2020 04:31 PM
Absence makes the heart grow fonder gituhhh
Quote mrsbob87 26-11-2020 04:35 PM
udah ler ngajok lame2..... sesungguhnya tempat isteri di sisi suami....

kang perempuan lain take over, menangis tak berlagu...
Quote MsOryzaa 26-11-2020 04:41 PM
Buatla ape yg kau rasa baik tuk family kau Sarah tp jgn terlalu lama la..x selesai masalah
Quote Normabaru 26-11-2020 04:42 PM
mrsbob87 replied at 26-11-2020 04:35 PM
udah ler ngajok lame2..... sesungguhnya tempat isteri di sisi suami....

kang perempuan lain take  ...

Siap nak duduk sebulan kat Mekah apooo


Dr elok rindu lame2 tgk dh ada madu


By the way dia ni sentap juga eh
padahal sendiri yang sembang dekat media

sendiri jgk yang komen pasal suami

sendiri juga yang jadi defensif

Kalau kau settle senyap-senyap dengan suami kau tak adalah orang cakap kau bodoh
Quote mrsbob87 26-11-2020 04:45 PM
Normabaru replied at 26-11-2020 04:42 PM
Siap nak duduk sebulan kat Mekah apooo

another bella alif aziz.....

Quote azwanaliori 26-11-2020 04:46 PM
comelnyaaaa baby gurl dia
Quote ikanmasin 26-11-2020 04:47 PM
jangan tunggu lama2..
Quote mesmerize 26-11-2020 04:49 PM
sorang rindu sorang masih sayang.. tapi ego dan dendam memisahkan mereka.. eceh
Quote Normabaru 26-11-2020 04:50 PM
Edited by Normabaru at 26-11-2020 06:58 PM
mrsbob87 replied at 26-11-2020 04:45 PM
another bella alif aziz.....


Tapi laki dia bukan Alif Aziz dan lbh dr mampu ok hehehe
Quote JalaEmas 26-11-2020 04:52 PM
Ni semua ego je.. Takpelah, mengalah salah sorg.. Bwak2 la balik rumah..berlaga lutut ke lutut.. Cuba redakan keadaan.. Makin bwak diri cmtu lg si sondol bersorak.. Btw ank pmpuan sheolls comel gilos.. Iolls suke tgk..
Quote Normabaru 26-11-2020 04:53 PM
Edited by Normabaru at 26-11-2020 06:59 PM
mesmerize replied at 26-11-2020 04:49 PM
sorang rindu sorang masih sayang.. tapi ego dan dendam memisahkan mereka.. eceh


Sebab tu kakak kata dia bodoh

Tak sangka pula dia reply siap cakap dapat kebenaran


Pkpb keeewww. hahahahaha
Quote krustykrab 26-11-2020 04:54 PM
Anak dia yg girl tu mata hitam mcm bercahaya...
Dulu ada kes yg budak mata hitam bercahaya mcm ni rupa2nya penyakit..
Quote jijilaaa 26-11-2020 04:59 PM
acah2 jual mahal. sol sol sol tu poket tebal. bila2 je ada org lain boleh replace tempat kau sarah
Quote AbukRokok 26-11-2020 05:04 PM
abg sol bila nak mai pujuk?
Quote Suchi 26-11-2020 05:08 PM
Hat rindu ego gini sekali tergesel lengan je aummmm terus

Lihat semua komen(136)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:51 AM GMT+8 , Processed in 0.113500 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top