Seorang kanak-kanak dari Desa Bori Matangkasa, Gowa, Indonesia dilaporkan buta dipercayai gara-gara menghadap skrin telefon pintar secara berterusan.
Ririn Indrianti Amran, 10, dikatakan mula mengalami gangguan pada penglihatannya ketika leka bermain dengan kawan-kawan di sekitar rumah. “Kebetulan di sana tempat dia bermain, ada juga abangnya, dia (Ririn) mengadu kepalanya sakit dan disuruh pulang. “Tiba sahaja di rumah, Ririn mulai berehat dan tidur di biliknya. Keesokan hari, Ririn mengadu dia tidak boleh melihat apa-apa pada mata kirinya.
“Pada awalnya belah kiri yang gagal melihat, sebelum ia ‘berjangkit’ ke mata kanan,” jelas neneknya, Sataria Daeng Nganne, 46, memetik laporan Fajar. Keadaan ‘misteri’ itu menimbulkan kerisauan seluruh ahli keluarganya, memandangkan Ririn masih terlalu muda untuk menghidapi masalah kehilangan penglihatan. Bagaimanapun, jelas Sataria, doktor mengatakan bahawa kerosakan pada mata kirinya lebih teruk berbanding mata kanan. “Ia mungkin kerana radiasi telefon pintar ketika dia belajar di kelas online, bermula jam lapan pagi sehingga 12 tengah hari. Dia menghadapnya secara berterusan,” katanya lagi. Dalam pada itu, Sataria turut mendakwa, cucunya itu terpaksa dipimpin setiap kali bergerak untuk melakukan aktiviti harian, termasuklah di dalam tandas.
|
Tinot7 replied at 24-11-2020 01:37 PM
Kalau mcm tu, ramai je poremers jadi buta...
Tinot7 replied at 24-11-2020 01:37 PM
Kalau mcm tu, ramai je poremers jadi buta...
ADVERTISEMENT