CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Mungkin Ramai Bantah, Tapi..." - Dr Maza Puji Langkah Pengharaman Jualan Arak

17-11-2020 04:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5284| Komen: 48

Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menghalang larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka mendapat reaksi positif pelbagai pihak.


Tidak terkecuali, Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang berharap pihak berwajib tegas dalam melaksanakan langkah pengharaman penjualan arak.


Kredit foto: FB Dr Maza

Jelasnya, langkah tersebut adalah suatu yang perlu dipuji bukan sahaja demi menjaga kemaslahatan umat Islam tetapi mengelak daripada berlaku insiden tidak diingini termasuk kemalangan jalan raya.

“Alhamdulillah, kita memuji langkah ini. Semoga Allah merahmati mereka yang memutuskan hal ini. 


“Tindakan ini mungkin akan dibantah oleh sesetengah yang ‘pro minuman keras’ namun saya percaya ia baik di sudut kemaslahatan awam dan kehidupan beragama,” katanya di media sosial hari ini.


Kredit foto: FB Dr Maza

Semalam, DBKL memaklumkan akan menguatkuasakan larangan penjualan minuman keras di kedai runcit dan serbaneka bermula Oktober 2021.

DBKL berkata, sekatan berkenaan dikenakan ke atas kedai serbaneka dan kedai runcit bermula 9 malam. 

Sebelum ini, kemalangan membabitkan pemandu mabuk semakin membimbangkan selepas ramai yang menjadi korban angkara kecuaian mereka. 


Kredit foto: FB Dr Maza

Kebimbangan ini disuarakan masyarakat malah kerajaan dalam usaha mengenakan hukuman lebih keras terhadap pemandu mabuk. 


Sumber: ProjekMM

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 17-11-2020 04:10 PM
Harap takde komen rasis dalam ni.
Quote darkness 17-11-2020 04:12 PM
Biarkan pusat meminum arak ja ada nih. Bar ke apa...kalau 7E ada ke apa, for sure sentiasa ada yg mati dilanggar oleh org mabuk
Quote kemaruk 17-11-2020 04:17 PM
Todi, samsu dengan arak murah je yang diharamkan

Bir masih boleh dijual ye
Quote stingerstylos 17-11-2020 04:17 PM
Kemaslahatan umat Islam?

Kalau arak terus dijual akan terus mempengaruhi umat islam utk membeli lantas jadi penunggang arak keww?

Sendiri tak boleh kontrol arak yg dipersalahkan....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote stingerstylos 17-11-2020 04:20 PM
Persoalan aku satu aja utk org agama ini..

Adakah undang undang yg sedia ada sekarang ini tidak dapat membendung atau membanteras penyalagunaan arak atau yg bersangkutan dgnnya sehingga wajib diharamkan dari terus dijual?



Quote Skuau 17-11-2020 04:26 PM
stingerstylos replied at 17-11-2020 04:20 PM
Persoalan aku satu aja utk org agama ini..

Adakah undang undang yg sedia ada sekarang ini tidak d ...

isunya lebih kpd....mabuk dan menyusahkan orang lain(contoh... memandu dan melanggar orng yg menyebabkan kematian).kalo mabuk pastu bunuh diri...mungkin 'citernya berbeza'.
Quote sarah82 17-11-2020 04:29 PM
Aku sokong.

Note :

Bila bangsa suci kena kutuk  RASIS
Bila bangsa suci RASIS tu adalah fitnah
Quote stingerstylos 17-11-2020 04:35 PM
Edited by stingerstylos at 17-11-2020 04:36 PM
Skuau replied at 17-11-2020 04:26 PM
isunya lebih kpd....mabuk dan menyusahkan orang lain(contoh... memandu dan melanggar orng yg menye ...


Pindaan undang undang yg baru diluluskan terhadap mereka mereka  yg menyebabkan kematian dlm keadaan mabuk telah diluluskan...yes? No?

if you need to even pinda sekali lagi rang undang undang tersebut jika dirasakan hukuman tidak lagi berat to deter rakyat then pinda la lagi....kenapa begitu bodoh bengap dan haramjad sehingga nak mengharamkan penjualan arak? Sedangkan ramai yg diluar sana merupakan casual drinkers dan yg merupakan law abiding citizens?

Quote alesandra 17-11-2020 04:40 PM
ko ckp  setuju je x boleh ke.ini  tetap la nak mengadu domba low class ppr..'ini  mungkin dibantah pro minuman keras'...blabla yadayada
Quote stingerstylos 17-11-2020 04:41 PM
Edited by stingerstylos at 17-11-2020 04:44 PM

Dr maza mungkin lupa, selama mana dia hidup...taxation dari penjualan arak inilah juga merupakan hasil kutipan revenue pihak kerajaan islam dan akhirnya digunakan utk sektor pembinaan negara yg termasuk lebuhraya serta jalanraya yg pastinya digunakan juga oleh dr maza saban hari....silap hari bulan gajinya yg diperolehi oun selama ini dari kutipan taxation arak negara..

You will never know right?



Quote awanysss 17-11-2020 04:42 PM
stingerstylos replied at 17-11-2020 04:35 PM
Pindaan undang undang yg baru diluluskan terhadap mereka mereka  yg menyebabkan kematian dlm kea ...

orang kalau nak cari salah, buat la ape pun tetap salah..undang2 kuat macam mana pun, orang mati takkan dapat hidup kembali.. sekian
Quote apam 17-11-2020 04:43 PM
Elokle tu. Patut kena buat 1malaysia.
Quote kakigebang 17-11-2020 04:48 PM
nampak dah pro minuman keras dlm ni...hang nak tonggang sambil terbalik pun boleh, pi balik yindia..mabuk, bunuh diri, bunuh org atas jalan mmg perangai pro minuman keras
Quote stingerstylos 17-11-2020 04:50 PM
Edited by stingerstylos at 17-11-2020 04:52 PM
awanysss replied at 17-11-2020 04:42 PM
orang kalau nak cari salah, buat la ape pun tetap salah..undang2 kuat macam mana pun, orang mati t ...


There are as many good responsible drinkers out there dan hakikatnya revenue dari kutipan taxation arak ini adalah tinggi bagi membantu menjana perbelanjaan negara....kau nak ban for the sake of minority idiots out there sedangkan ramai yg seperti aku sebut are responsible citizens.....so jgn menidakkan hakikat jika kita melantang bersetuju pengharaman penjuslan arak..dimanakan sudut islam kita bilamama kita seolah tidak boleh accomodate golongan yg minum arak?

Jgn jadi macam lahanat hanya kerna agama mengharamkan arak dan golongan yg tidak beetanggunjawab iteww  hanyalah segelintir, dgn kita terus nak mengharamkan penjualan arak?

What signal are we giving sebagai ilmuan agama terhsdap rakyat multiethinicity dinegara kita yg tercinta ini?
Quote Skuau 17-11-2020 04:57 PM
stingerstylos replied at 17-11-2020 04:35 PM
Pindaan undang undang yg baru diluluskan terhadap mereka mereka  yg menyebabkan kematian dlm kea ...

hukuman BERAT vs MATI.........
Quote zacks 17-11-2020 04:58 PM
kalau dah haramkan penjualan arak, hg ingat gaji geng keja gomen tu mai dari mana sebahagiannya tu? gaji pak menteri, YB, elaun sultan/raja dan sebagainya?

pembangunan negara?
BPN?
repair jalan berlubang?

kerajaan kena cari alternatif lain yg boleh menggandakan income negara jika nak menghapuskan penjualan arak secara TOTAL.
Quote stingerstylos 17-11-2020 05:04 PM
Skuau replied at 17-11-2020 04:57 PM
hukuman BERAT vs MATI.........

Just because agama kita iteww sendiri mengharamkan arak, then it becomes easier utk kita bersetuju akan pengharaman penjualan arak kheunz?

Yes? No?

Kenapa sebagai penganut kita sering hendak tonjolkan diri kita sebagai ahli masyarakat yg exclusive and not inclusive?
Quote apam 17-11-2020 05:05 PM
Kedai yg ada lesen todi ada jual lagi kan?beli la kat situ. Just curb penjualan secara meluas. Bukan haram terus.
Satu lagi, ingat hasil negara daripada todi aje ke? Org tak beli todi org beli minuman lain. Kerajaan bukan bayar gaji staf gomen isle aje. Kerajaan kasi duit kat bukan islam jugak. Kalau nak kira sangatlah.  Macamlah org islam hadap sangat duit cukai todi tu
Quote matseh 17-11-2020 05:09 PM
mmg setuju. Kuat kuasa undang2. Tapi kedai jual x der lesen ni pun byk.

Sblm PKP, Area aku ni, kalau mlm2 ramai je lepak kat tepi tasik sambil minum2. Lps tinggal botol2 liquer ni atas bangku atas meja taman. Tin dan botol beer tak usah cerita la. Bersepah. Petang time balik kerja boleh nampak, depa lepak2 sambil minum2 dan makan kacang. Time PKP waktu tgh hari dan balik kerja.
Tapi jawatan kuasa penduduk buat aduan jadi dah tak ada lagi manusia yg minum2 di taman ni. Polis motor sll ronda petang2.
Kalau duduk apartment ada asrama pekerja asing lagi la. Sbb boleh beli kat seven E. Nak balik, beli dulu, minum kat taman permainan. Mabuk2 buat bising. Botol tinggal merata. Dlm raga motor aku pun depa boleh letak botol kosong.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.143935 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top