CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Panjat Papan Iklan, Tak Mahu Kahwin Dengan Jejaka Pilihan Ibu

12-11-2020 01:04 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2839| Komen: 10

Enggan mengahwini lelaki pilihan keluarga menyebabkan seorang gadis bawah umur di Madhya Pradesh, India, nekad memanjat papan iklan di jalan raya.

Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Pardesipura, Indore, baru-baru ini.

Gambar yang dikeluarkan agensi berita India, ANI tular di media sosial menunjukkan gadis berkenaan duduk di atas papan iklan sambil bercakap di telefon.



Berdasarkan laporan media tempatan, polis tiba di lokasi kejadian dan memujuk gadis itu turun, tetapi tidak berjaya.

Anggota polis kemudian terpaksa menghubungi lelaki yang ingin dikahwini gadis itu.

Polis Pardesipura Ashok Patidar berkata, siasatan mendapati gadis itu bertindak sedemikian selepas ibunya meminta dia berkahwin dengan seorang lelaki.


Bagaimanapun katanya, dia enggan menuruti permintaan itu kerana dipercayai sudah mempunyai kekasih.

Beliau berkata, susulan kejadian, gadis itu hanya bersetuju untuk turun selepas teman lelakinya memujuknya.

"Seorang gadis kecil memanjat papan iklan menuntut hak bagi mengahwini lelaki pilihannya," kata Patidar. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 12-11-2020 10:47 AM
Macam-macam hal mereka ini
Quote CARI-MRO 12-11-2020 01:04 PM
Enggan mengahwini lelaki pilihan keluarga menyebabkan seorang gadis bawah umur di Madhya Pradesh, India, nekad memanjat papan iklan di jalan raya.


Gulf News yang memetik laporan media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku di bandar Pardesipura, Indore, baru-baru ini.


Gambar yang dikeluarkan agensi berita India, ANI tular di media sosial menunjukkan gadis berkenaan duduk di atas papan iklan sambil bercakap di telefon.






Berdasarkan laporan media tempatan, polis tiba di lokasi kejadian dan memujuk gadis itu turun, tetapi tidak berjaya.


Anggota polis kemudian terpaksa menghubungi lelaki yang ingin dikahwini gadis itu.


Polis Pardesipura Ashok Patidar berkata, siasatan mendapati gadis itu bertindak sedemikian selepas ibunya meminta dia berkahwin dengan seorang lelaki.


Bagaimanapun katanya, dia enggan menuruti permintaan itu kerana dipercayai sudah mempunyai kekasih.


Beliau berkata, susulan kejadian, gadis itu hanya bersetuju untuk turun selepas teman lelakinya memujuknya.


"Seorang gadis kecil memanjat papan iklan menuntut hak bagi mengahwini lelaki pilihannya," kata Patidar. -CARI


Sumber: Harian Metro
Quote Kurex 12-11-2020 02:11 PM
Dengan baca tajuk je dah tau dari leluhur mana...
Quote Artemesiaa 12-11-2020 02:18 PM
Nasib sempat turun semula kalau tidak tak sempat seluruh keluarga nak beraya
Quote husna_amal 12-11-2020 03:41 PM
Mengadanya sampai merajuk macam tu sekali.
Quote haryatie 12-11-2020 03:52 PM
parah nya....x malu ker  
Quote dudaberhias 12-11-2020 04:13 PM
Actually berita ni menyedihkan.
Quote amyza 12-11-2020 04:16 PM
Risau pulak, jangan nanti dia mati kena rogol tak sempat nak kawen dgn bf
Quote chacon 12-11-2020 04:49 PM
lelaki pilihan mak dia kerja apa?? lawyer?? majestrit??? haruslah tak kan sampai panjat signboard
Quote Jorja 14-11-2020 11:27 AM
Sibuk aja nak atur kahwin anak.. mak tu da selamat menjalani kehidupan sendiri kan .. nak jalani kehidupan anak juga ker

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:25 AM GMT+8 , Processed in 0.041581 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top