CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Isteri Selamat Bersalin, Jamal Abdillah Dah Ada Azura Dan Zack

12-11-2020 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8574| Komen: 48

Impian penyanyi legenda tanah air, Datuk Jamal Abdillah, 61, untuk menyambut kehadiran 'Zack' kini menjadi kenyataan apabila isterinya, Datin Zai Izzati, 25, selamat melahirkan anak kedua mereka pada jam 4.01 petang hari ini di sebuah pusat perubatan di Ipoh, Perak.


Bayi lelaki seberat 3.05 kilogram dinamakan El Issac Yamani atau Zack dilahirkan secara pembedahan.

Foto: Harian Metro

"Kepada semua yang memberi ucapan tahniah dan doa, saya dan isteri mengucapkan terima kasih," katanya menerusi aplikasi WhatsApp kepada Harian Metro.

Terdahulu menerusi Harian Metro, Jamal pernah melahirkan hasratnya untuk menamakan anak keempatnya sebagai El Issac Yamani atau dipanggil Zack sebagai pelengkap kepada anak perempuan tunggalnya Nur Azura Yamani atau Azura.


"Kenapa saya pilih nama itu. Ini kerana panggilan hari-hari nanti adalah Zack sempena watak yang pernah saya lakonkan dalam filem Azura. Saya memang pilih ejaan Issac tetapi sebutan Melayunya ialah Ishak sempena nama nabi. Pun begitu, banyak juga pendapat dilontarkan kepada saya. Apabila saya pilih nama El Issac ini, ada yang kata El itu dari perkataan Yahudi, manakala Isaac (Ishak) dari Kristian," katanya.

Jamal berkata, ramai yang sedia maklum ia sebenarnya untuk Nabi Ishak, tapi masyarakat Barat menyebutnya sebagai Issac.    

Semalam, Jamal dalam kenyataannya kepada Harian Metro berkata, dia bakal menyambut kelahiran anak keempatnya hari ini. 

"Zai Izzati sepatutnya bersalin pada 17 November, namun kami memilih melakukan pembedahan esok (hari ini) kerana tarikhnya amat istimewa. Kami ambil tarikh 11.11.2020 kerana mudah nak ingat tarikh lahir Zack. Dulu Azura (Nur Azura Yamani) lahir pada 10.10.2019, tapi ketika itu ia hanya kebetulan," katanya. 

Jamal bernikah dengan Zai Izzati, 25, pada 1 April 2017. Beliau turut memiliki dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Osama Yamani, 18, dan Ahmad Zaki Yamani, 13. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote doubleA 12-11-2020 12:51 PM
Lawa2 tarikh lahir anak2nya. Banyak je malays buh nama isaac, ikut parent la. Dua kali operate dah ni pasni berehat dulu la datin, seriau teman pikiornya walau bukan perut teman
Quote yayarin 12-11-2020 12:51 PM
Alhamdulillah. Tahniah pakcik jamal dan isteri
Quote bambimo 12-11-2020 12:55 PM
Gigih dato justify.. Anak dato terpulang dato nk bg nama apa.
Tahniah dato datin dpt sepasang
Quote adelea 12-11-2020 12:56 PM
suka betul dia nama yamani
macam trademark utk anak2 dia
semua nama yamani
Quote JunkMail 12-11-2020 01:05 PM
Dulu bercinta, melalui pelbagai onak dan duri percintaan... Akhirnya plot twist... Zack dan Azura rupanya adik beradik.
Quote exclusive_vvip 12-11-2020 01:09 PM
mesti dari dulu hingga kini dia berbangga btol dgn filem Azura tu kan..
Quote stingerstylos 12-11-2020 01:20 PM
exclusive_vvip replied at 12-11-2020 01:09 PM
mesti dari dulu hingga kini dia berbangga btol dgn filem Azura tu kan..

Kekayuan lakonan dlm filem tersebut...memang tak mungkin dapat dilupakan ...

Kahkahkahkah
Quote printercomel 12-11-2020 01:21 PM
Hrap zak membesar nanti bila jumpe perempuan jangan pula dijual moto rd350 semata mata mahu puaskan hati perempuan itu.

Printer suka lelaki motor besar ni. Nampak maskulin, kacak berkrim dan disukai ramai.
Quote RumiMenari 12-11-2020 01:24 PM
JunkMail replied at 12-11-2020 01:05 PM
Dulu bercinta, melalui pelbagai onak dan duri percintaan... Akhirnya plot twist... Zack dan Azura ru ...

Hahahaha ni lawak
Quote getarsukma 12-11-2020 01:27 PM
Atok Jamal tetap maintain spek itam dan cap...

Sekiranya Azura binti Jamal Abdillah ingin masuk bidang lakonan semoga dia mengikut jejak langkah Ogy Azura yang berbakat bukan mengikut Nilopa Azura yang kayu cendana lakonannya...
Quote zeetot 12-11-2020 01:28 PM
Bestnya terus dapat sepasang n beza umur anak pun setahun je. Lepas ni boleh rehat panjang. Focus jaga dua2 azura n zack.
Quote tuntasha 12-11-2020 01:34 PM
Pokcik Jamal gak yg cool, chill je dia tunjuk baby baru. Tak der sorok sorok
Quote RumiMenari 12-11-2020 01:44 PM
Atok jamal kl dpt anak dikala zaman glemer, mau tutup gak muka anaknya dgn slimut.....


Skrg ni peminat tok jamal pun masing2 tgh melayan cucu sendiri.. x gigih nk bersosmed sgt
Quote aemon 12-11-2020 01:57 PM
anak sekolah rendah jamal dah 70
Quote aemon 12-11-2020 02:20 PM
getarsukma replied at 12-11-2020 01:27 PM
Atok Jamal tetap maintain spek itam dan cap...

Sekiranya Azura binti Jamal Abdillah ingin masuk  ...

lupa plak siti khodijah pernah berlakon watak azura
Quote imanda 12-11-2020 02:30 PM
aemon replied at 12-11-2020 02:20 PM
lupa plak siti khodijah pernah berlakon watak azura

kesian jahqobis, penah bergelar pelakon tapi org xingat pon.
anyway tahniah tokmal dpt baby lagi. alahai baby kecut lagi kat gambar tu, t dah segar lps beberapa bulan mesti ensem.
Quote husna_amal 12-11-2020 03:33 PM
Tarikh lahir anak istimewa sungguh. Macam date jualan murah shopee sale.
Quote Nenasketum 12-11-2020 03:35 PM
tak geli ke pompuan ni dengan lelaki tua? Demi nak kejar kan royalty ker bila Tok Mal dah tak der.
Quote inspektoremos21 12-11-2020 03:39 PM
La muda lagi bini tok mal ni. Ingat kan early 30's. Baya2 adik iols jah rupa nya huhu

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.714370 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top