CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Power Dari Tinder! Ini Antara Cara Orang Dulu-dulu Cari Jodoh, Ada Yang Cuba?

27-10-2020 03:10 PM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 8851| Komen: 24|Original author: Oleh: natrahn



Sebelum wujudnya jaringan Internet atau media sosial, antara usaha mencari jodoh adalah berpandukan ruangan di majalah dan keratan akhbar.

Ianya ketara berbeza dengan zaman serba moden ini di mana semuanya boleh dicapai dengan hujung jari sahaja.

Pemilik akaun @melayu_baru telah memuat naik satu ciapan bergambar menunjukkan cara orang dahulu mencari jodoh dengan menghantar maklumat peribadi untuk diterbitkan.



Dengan halaman bertajuk Mencari Jodoh menerusi Majalah URTV, majalah hiburan popular suatu ketika dulu, biodata peribadi dipaparkan buat tatapan umum termasuk gambar serta sedikit info ciri-ciri lelaki atau wanita yang mereka mahukan.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah sebahagian daripada mereka meletakkan ciri-ciri wanita atau lelaki yang mereka mahukan dengan gaya lucu dan bersahaja.



Kredit foto: Twitter

'Teruna atau duda beranak satu', 'Tak suka yang cemburu buta', 'Ingin dara tua dari usianya', 'Tidak suka lelaki perokok' atau yang paling menarik perhatian netizen adalah 'Hobinya mengusik wanita seksi'.




Kredit foto: Twitter

Sejak dikongsikan, ciapan ini telah mendapat lebih 3,000 ciapan balas dan pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya terhibur dengan info ciri-ciri pilihan pasangan masing-masing.

Atuk siapalah yang suka mengusik wanita seksi tu

Kredit foto: Twitter

Power dari Tinder

Kredit foto: Twitter

Dapat surat cinta hari-hari
Kredit foto:

Begitulah. Nampak seperti susah, tetapi itulah antara cara yang popular pada zaman dahulu. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dua_chzy 27-10-2020 03:22 PM
Zaman awal 90an teknik ni masih digunapakai.
Quote airmineral 27-10-2020 03:23 PM
hahaha kelakar juga baca
tp ni style zaman dulu
ntah berapa suami/ isteri msing2 skg

tp apesal aku mcm imgine drg ni join confession KRT kt fb tu? hihi.
hrap semua ni bahagia dgn keluarga msing2
Quote RatuDunia94 27-10-2020 03:30 PM
Sampai awal 2000an masih ada benda ni.. kan dulu majalah suka ada ruangan mari berkenalan.. kena hantar gambar n maklumat peribadi pastu nanti keluar kat majalah.. kawan sekolah iols pernah hantar kat majalah remaja.. sekali gambar heols terpilih.. kecoh satu sekolah.. hahaa..
Quote Artemesiaa 27-10-2020 03:34 PM
Dulu terang terangan semua orang boleh baca sebab ramai suka share majalah.  Ada kes kawan dajalkan kawan tepek gambar kawan  tu saja nak kenakan dia.  Tapi sekarang mereka yang ada apps je boleh baca.
Quote ikanmasin 27-10-2020 03:36 PM
haahaha kenangan dolo2 ni..guna alamat opis arwah bapa.sekali dpt surat perkenalan arwah bapa tak bg pun.simpan byk2 kat opis.sekali arwah bapa meninggal.kemas2 kotak alahai byk nya dpt surat tp arwah bapa tak bg..takut kot msh belajar lg.
Quote Kurex 27-10-2020 04:01 PM
Sahabat pena.. aku pernah nak join dalam majalah mastika tapi terbantut dek kawan yg membahan
Quote sarah82 27-10-2020 04:10 PM
Hobinya mengusti wanita seksi

Ok.. Aku perlukan tido
Quote husna_amal 27-10-2020 04:11 PM
Butiran diri lengkap sekali dengan alamat tu..
Quote saviour_09 27-10-2020 04:17 PM
oit buaya ko pakcik wahab

mengusik wanita seksi

jilakeee
Quote annehuda 27-10-2020 04:34 PM
dulu pun kat majalah galaxie ade gak. tp iklan takde gmbr la. penah try cari penpal sorg. dh tukar no telefon dok sms pastu kejenye asyik mintak top up aku je
Quote TomyamPuteh 27-10-2020 04:46 PM
Penah dlu curi2 baca majalah urtv makcik bhgn kembang setaman. Ruangan cari jodoh dolu2
Quote Belibis 27-10-2020 04:49 PM
Surat berantai pun mesti jenuh dapat nihh.
Sila buat 100 salinan dan edarkan.sipolan dari india yang abaikan telah kematian suami.
Sipolan yang edarkakan telah menang loteri satu juta.{:run
Quote ahlisihircute 27-10-2020 04:59 PM
Nie zaman remaja belia abang n kakak2 aku....
Quote krustykrab 27-10-2020 05:22 PM
Korg prnh tak join penpal...lol
Aku join masa std 6, sekali dpt penpal dr negara aprika, kat akhir surat dia tulis i lap u..terus kensel...lol
Quote Boomibulat 27-10-2020 05:47 PM
Kalau kay majalah Mangga dulu ada ruangan 'remaja cun'..sape2 yg perasan cun boleh htr gambar..
Quote salmon-suki 27-10-2020 06:10 PM
Kalau cari penpal pernah laa tgk..tp y ni mmg lejen.  Tak pernah tgk..hahahahah..lawak betul tp boleh nampak ler picky n straight forward jgk dorg nih{:smile
Quote diss69 27-10-2020 06:49 PM
Ada jugak kwn berjodohan dari majalah.. Alhamdulillah kekal bahagia smpai skrang...
Quote Perawankota 27-10-2020 07:11 PM
Ooo dulu2 pon ada je lelaki nak perempuan yg lagi berumur..
Quote jayn2u 27-10-2020 07:36 PM
Ada yang hantar gambar orang lain yang cun/ensom supaya ramai penpal

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048087 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top