Sebelum wujudnya jaringan Internet atau media sosial, antara usaha mencari jodoh adalah berpandukan ruangan di majalah dan keratan akhbar.
Ianya ketara berbeza dengan zaman serba moden ini di mana semuanya boleh dicapai dengan hujung jari sahaja.
Pemilik akaun @melayu_baru telah memuat naik satu ciapan bergambar menunjukkan cara orang dahulu mencari jodoh dengan menghantar maklumat peribadi untuk diterbitkan.
Dengan halaman bertajuk Mencari Jodoh menerusi Majalah URTV, majalah hiburan popular suatu ketika dulu, biodata peribadi dipaparkan buat tatapan umum termasuk gambar serta sedikit info ciri-ciri lelaki atau wanita yang mereka mahukan.
Apa yang menarik perhatian netizen adalah sebahagian daripada mereka meletakkan ciri-ciri wanita atau lelaki yang mereka mahukan dengan gaya lucu dan bersahaja.
Kredit foto: Twitter
'Teruna atau duda beranak satu', 'Tak suka yang cemburu buta', 'Ingin dara tua dari usianya', 'Tidak suka lelaki perokok' atau yang paling menarik perhatian netizen adalah 'Hobinya mengusik wanita seksi'.
Kredit foto: Twitter
Sejak dikongsikan, ciapan ini telah mendapat lebih 3,000 ciapan balas dan pelbagai reaksi netizen yang kebanyakannya terhibur dengan info ciri-ciri pilihan pasangan masing-masing.
Atuk siapalah yang suka mengusik wanita seksi tu
Kredit foto: Twitter
Power dari Tinder
Kredit foto: Twitter
Dapat surat cinta hari-hari
Kredit foto:
Begitulah. Nampak seperti susah, tetapi itulah antara cara yang popular pada zaman dahulu. - CARI
|