CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibakar Bekas Suami Ketika Live Streaming Angkara Dendam

2-10-2020 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9058| Komen: 44

Bintang media sosial China maut selepas dibakar bekas suami ketika melakukan live streaming, bulan lepas.

Mirror melaporkan, keluarga mangsa menyaksikan vlogger Lamu disimbah petrol oleh suspek yang memecah masuk rumah mereka.



Kredit foto: Mirror

Berikutan itu, mangsa menderita akibat melecur 90 peratus sebelum doktor mengesahkannya meninggal dunia dua minggu selepas kejadian.

Menurut laporan, bekas suami Lamu sudah ditahan polis, namun motif perbuatannya masih dalam siasatan.

Sebahagian media tempatan melaporkan, suspek bertindak demikian bagi membalas dendam selepas mangsa meminta cerai kerana keganasan rumah tangga.

Bagaimanapun, perkara itu tidak mendapar pengesahan daripada pihak berkuasa.

Memiliki lebih 782,000 pengikut di Douyin (TikTok versi China), Lamu merupakan blogger dari Tibet dan tinggal di kawasan pergunungan Aba di wilayah Sichuan.



Kredit foto: Mirror

Difahamkan, video terakhir Lamu dimuat naik pada 14 September lalu, menunjukkan dia menyanyikan lagu tradisional Tibet sambil membuat ucapan kepada peminatnya.

Namun, siaran langsung itu kemudian dikatakan bertukar menjadi gelap sebelum peminat mendengar bunyi jeritan, lapor Beijing Youth Daily reports.

Lamu dikatakan 'menyepi' dari laman sosialnya sebelum kakaknya, Zhuoma memuat naik entri berkenaan serangan itu dua hari kemudian, meminta bantuan kewangan untuk menyelamatkan Lamu.

Sebanyak satu juta yuan (RM612,676) didermakan kepada keluarga mangsa, namun pada Rabu lalu, doktor mengesahkan Lamu meninggal dunia sekitar jam 9 pagi (waktu tempatan) selepas usaha menyelamatkannya gagal.

Bekas suami Lamu dikenali sebagai Tang ditahan kerana disyaki melakukan pembunuhan dengan sengaja dan kes masih dalam siasatan.  - CARI

1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • rosasen

  • crossline

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sukacactus 2-10-2020 09:32 AM
Ganasnya
Nasib la xappear visual skali kejadian masa live tu
Quote husna_amal 2-10-2020 09:36 AM
Nasibnya tak berapa baik pernah kahwin dengan lelaki yang teruk macam ni.
Quote ronin 2-10-2020 09:36 AM
Insiden ni agak pelik berlaku di Tibet. Biasa berlaku di India atau di Indonesia.
Quote haryatie 2-10-2020 09:48 AM
kesiannya
malang btul terkahwin dgn  org gile mcm ni
Quote Scheherazade 2-10-2020 09:53 AM
RIP Lamu. Lawa orgnya
Quote duri_durians 2-10-2020 09:55 AM
ronin replied at 2-10-2020 09:36 AM
Insiden ni agak pelik berlaku di Tibet. Biasa berlaku di India atau di Indonesia.

same la pemikiran kita. bukan racist tapi kebiasaannya
Quote mamajawie 2-10-2020 09:59 AM
ingatkan ummah yindon rupanya org tibet..takziah btw lawa sheollss ni
Quote Hizert 2-10-2020 09:59 AM
ronin replied at 2-10-2020 09:36 AM
Insiden ni agak pelik berlaku di Tibet. Biasa berlaku di India atau di Indonesia.

Tak pelik pon bro, leluhur Cina Mainland pon perangai lebih kurang je. Sila masukkan dalam list.

Quote Kurex 2-10-2020 10:07 AM
Biasa yg suka bakar ni ada 2 leluhur je...
Quote jofizo 2-10-2020 10:14 AM
mna video dia...
Quote luvcomot87 2-10-2020 10:15 AM
RIP.. jahatnya bekas suaminya pn.. psiko much{:dot
Quote merrissa 2-10-2020 10:30 AM
cantik mcm jihyo twice je
kesian dia menderita 2 minggu
Quote rosmahisham 2-10-2020 10:33 AM
Lawa..mesti ex husband geram..sheols lebih bahagia lps bercerai
Quote any42 2-10-2020 10:34 AM
jahatnya pelaku. rip Lamu
Quote siputpepel 2-10-2020 10:43 AM
tak voley move on pasai cantik sangat wife tu
Quote Artemesiaa 2-10-2020 10:45 AM
Gila talak mungkin ex isteri diminati ramai buat dia cemburu
Quote amyainsamad 2-10-2020 11:14 AM
seram nya la....
Quote sarah82 2-10-2020 11:36 AM
ronin replied at 2-10-2020 09:36 AM
Insiden ni agak pelik berlaku di Tibet. Biasa berlaku di India atau di Indonesia.

Dan juga india.. Since leluhur both side india dan china.. Jadi tak ada yg mustahil.
Quote gujiwa 2-10-2020 11:55 AM
cantik nya dia..

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:16 AM GMT+8 , Processed in 0.046842 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top