|
Bintang media sosial China maut selepas dibakar bekas suami ketika melakukan live streaming, bulan lepas.
Mirror melaporkan, keluarga mangsa menyaksikan vlogger Lamu disimbah petrol oleh suspek yang memecah masuk rumah mereka.
Kredit foto: Mirror
Berikutan itu, mangsa menderita akibat melecur 90 peratus sebelum doktor mengesahkannya meninggal dunia dua minggu selepas kejadian.
Menurut laporan, bekas suami Lamu sudah ditahan polis, namun motif perbuatannya masih dalam siasatan.
Sebahagian media tempatan melaporkan, suspek bertindak demikian bagi membalas dendam selepas mangsa meminta cerai kerana keganasan rumah tangga.
Bagaimanapun, perkara itu tidak mendapar pengesahan daripada pihak berkuasa.
Memiliki lebih 782,000 pengikut di Douyin (TikTok versi China), Lamu merupakan blogger dari Tibet dan tinggal di kawasan pergunungan Aba di wilayah Sichuan.
Kredit foto: Mirror
Difahamkan, video terakhir Lamu dimuat naik pada 14 September lalu, menunjukkan dia menyanyikan lagu tradisional Tibet sambil membuat ucapan kepada peminatnya.
Namun, siaran langsung itu kemudian dikatakan bertukar menjadi gelap sebelum peminat mendengar bunyi jeritan, lapor Beijing Youth Daily reports.
Lamu dikatakan 'menyepi' dari laman sosialnya sebelum kakaknya, Zhuoma memuat naik entri berkenaan serangan itu dua hari kemudian, meminta bantuan kewangan untuk menyelamatkan Lamu.
Sebanyak satu juta yuan (RM612,676) didermakan kepada keluarga mangsa, namun pada Rabu lalu, doktor mengesahkan Lamu meninggal dunia sekitar jam 9 pagi (waktu tempatan) selepas usaha menyelamatkannya gagal.
Bekas suami Lamu dikenali sebagai Tang ditahan kerana disyaki melakukan pembunuhan dengan sengaja dan kes masih dalam siasatan. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|