CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

M Daud Kilau Kian Uzur, Rindu Beraksi Di Pentas

1-10-2020 12:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6631| Komen: 25

Description: Diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lepas, kini keadaan kesihatan Datuk M Daud Kilau, 82 semakin uzur.
Diuji dengan beberapa penyakit kronik sejak empat tahun lepas, kini keadaan kesihatan Datuk M Daud Kilau, 82 semakin uzur.

Raja Gelek ini mempunyai kecing manis, jantung dan kurang pendengaran.


Dia juga sudah tidak boleh berdiri lama,  kebas kaki dan tangan serta sakit pinggang.


"Saya doakan peminat panjang umur dan murah rezeki. Doakan juga saya cepat sembuh. Jika tak baik, tidak apa.

"Kalau saya 'pergi', doakan saya selamat pergi dan sedekahkan al-Fatihah.

"Nak berjalan pun sudah tidak larat dan solat atas bangku.

"Saya kini bergantung dengan ubat. Saya kena melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Bagan Datuk tiga bulan sekali. Saya banyak menghabiskan masa dan sisa hidup mencari saham akhirat," katanya kepada Berita Harian.

Foto: Google
Dalam masa yang sama dia rindu untuk beraksi di atas pentas dengan memakai baju labuci.

"Saya sayang dan merindui peminat. Jika kesihatan sudah baik, insya-Allah akan memenuhi undangan dan bertemu mereka.

"Hari ini, saya rasa seperti penyakit hilang separuh kerana ramai yang datang melawat dan membawa rezeki. Syukur, saya tidak dapat membalas budi baik." -CARI



Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashcroft86 1-10-2020 01:22 PM
Begitulah kitaran hidup. Tapi tak sangka heols dah 82. Semoga dikurangkan sakit. Amin.
Quote Kurex 1-10-2020 01:44 PM
Semoga dipermudahkan
Quote missyL 1-10-2020 01:44 PM
Semoga cpt sembuh. Xpyh la datok nek pentas lg...
Rehat je
Quote djzara81 1-10-2020 02:04 PM
Air muka & wajah dato tak mcm org berumur 82 thn. Mcm awal 60-an, awet muda. Semoga dato cepat sembuh & dipermudahkn.
Quote lolen 1-10-2020 02:08 PM

Hahhahaha aku baca tajuk ni dah gelak mengekek.. Mesti nnt ada yg komen dah mcm2 sakit pon ada hati nak naik pentas.. Bukannya nak bgtau xnak menyanyi dah
Quote mamajawie 1-10-2020 02:20 PM
ingat lagi aku penah nampak heollss kat aeon wangsa maju circa 2010..time tu aku da cukup meluat ngan tali pinggang yenna bergantung2 kat pinggang tp heollss masih aktif atas stage kat aeon masa tu..takziah la ye begitu la kitaran hidup..iollsss kalu lagi 50 tahun xtau da pencen berforum atau x..huhuuuhuu
Quote lavendernovella 1-10-2020 02:24 PM
Semoga dipermudahkan atok.
Sebagai penghibur , heol mmg unik.  
Quote mamapea 1-10-2020 03:05 PM
semoga cepat sembuh & diberi kekuatan...Aamiinn...
Quote charkoii 1-10-2020 03:11 PM
rehat je laa
Quote husna_amal 1-10-2020 03:12 PM
Dah makin uzur datuk m daud kilau ni. Salah seorang anak seni terbaik yang ada kat Malaysia ni.
Quote doubleA 1-10-2020 03:37 PM
takyah beaksi dah la, baik rehat jah. nampak uzur dah tu
Quote ikanmasin 1-10-2020 03:40 PM
semoga dipermudahkan segalanya..
Quote Levespa 1-10-2020 05:24 PM
82 dah..Nampak tak tua mana.. Semoga dpermudahkan dan diringankan sakitnya
Quote kivio 1-10-2020 08:15 PM
Adoi rindu nak ke pentas lagi tu.
Cari saham akhirat tu elok dah tu.
Alamat dah sampai tu.
Quote arm_band 1-10-2020 08:44 PM
djzara81 replied at 1-10-2020 02:04 PM
Air muka & wajah dato tak mcm org berumur 82 thn. Mcm awal 60-an, awet muda. Semoga dato cepat sembu ...

kan... tak nampak kecut2 pun
Quote puanbintang 2-10-2020 08:35 AM
semoga dipermudahkan segala urusan beliau
Quote damian_lee 2-10-2020 08:40 AM
Semoga  diberikan ketabahan , dikurangkan rasa sakit dan kesedihan .....

koleksi baju pun dia buat sendiri kan ... memang unique ....

Quote sawi_bayam 2-10-2020 04:21 PM
Rinduuuuuuu heols
Quote me12345 2-10-2020 05:28 PM
Semoga baik baik shj dan dimudahkan

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.054862 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top